Sudah lebih dari 5 tahun kot saya menjadi seorang house husband. Pernah merasa ulang alik dari Parit Buntar ke Taiping, bila si isteri ditugaskan berjawatan di sana. Dan saya pula, sehari-hari hantar anak pergi balik sekolah, ulang alik dari Taiping ke Parit Buntar. Tak lama, cuma setahun lebih. Namun, setahun yang penuh getirlah juga.
Susah Ke Jadi House Husband?
Dulu. Semasa saya masih lagi berjawatan dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM, hari-hari terasa meletihkan. Jam 8:30 pagi sudah perlu masuk ke pejabat. Nasib baiklah boss saya tu sudah sedia maklum keadaan saya yang perlu ulang-alik dari Parit Buntar ke Taiping.
Cuma pernah juga beberapa kali, dengan rasa terpaksa, saya terpaksa biarkan anak lama dalam jagaan si pengasuh. Ketika itu, dua anak saya dijaga dua pengasuh berlainan. Bila pengasuh lain-lain ni, dah kira 2 hati kena jagalah. Nasib baiklah satu pengasuh tu dah anggap anak saya yang sulong seperti anak mereka, jadi tak ada masalah sangat. Cuma kurang bernasib baik dengan pengasuh anak kedua saya, yang benar cerewet. Tak boleh ambil lebih masa, kalau tidak ditelefon berulang kali hatta saya dah berada di depan rumah pengasuh tu sekalipun. Dah tu, lebih masa dibayar kadar lain pula ...
Petang, ada masa habis kerja boleh balik dalam jam 5 petang. Kalau terlebih pun, dalam 5:30 petang. Cuma ada beberapa kali terpaksa sehingga jam 6 hingga 6:30 petang bila ada kerja urgent perlu disiapkan.
Mula Belajar Untuk Jadi House Husband
Dari situ, saya dah mula belajar untuk atur perjalanan hidup anak-anak saya. Saya mula belajar menjadi seorang house-husband. Ketika itu juga, saya sudah mula terfikir bahawa kerja kontrak saya bersama USM tak akan lama, bakal tamat bila masa sahaja ...Saya kelak (ketika itu fikir) akan tiada kerja, dan bakal menjadi seorang suri rumah a.k.a house husband sepenuh masa. Jaga anak-anak, jaga makan minum, sekolah, dan sebagainya. Gamaknya bagaimana nanti ....
Jadi house husband perlu ada sokongan dari isteri
Isteri saya ... tak boleh nak jadi surirumah sepenuh masa sebab nature kerjanya perlu tamatkan kontrak yang telah termeterai sekian lama.
Susah ke jadi house husband ni? In Sha Allah, nanti saya sambung cerita .. buat sembang blogger yang sama seperti saya, sama seperti Ben Ashaari yang sudah mula rasa perit menjaga dua cahayamata!
awal2 syiok, lama2 perit ! sha pernah rasa jaga adik bongsu sha lepas arwah opah meninggal.. haha... house sister la kekdahnya !
BalasPadamsemoga abg hasrul berjaya !!
Doakan .... saya adakala lelah juga bila fikir hal ni. Tapi inilah daya yang ada.
PadamX sabar tunggu next part nak bagi hasben baca.... hihi....
BalasPadamHmm dah kena mula fikir nak tulis menda ni Nadot .. :)
Padamrasanya mula2 mungkin susah terutamanya dari segi kewangan...dah bila dah terkenal mcm hasrul ni...kewangan dah stabil...bab uruskan anak2 tu...mula2 rasa lain...tapi lama2 enteng jer..tul tak hasrul?? :)
BalasPadamAwal-awal memang peritlah pasal kewangan tu, tapi in Sha Allah, berjimat cermat awal boleh atasi masalah. Kena bijak berbelanja. Tak leh mewah2 sangat.
Padamdapat peluang fulltime jaga anak hujung minggu je.. :)
BalasPadamcerita yang bestlah..teruja saya tuan!
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.