Sebelum ini, saya ada ceritakan mengenai pengalaman pertama saya melalui jalan Cameron Highlands ke Gua Musang, satu pengalaman baru untuk tahu bagaimana keadaan jalan untuk jimatkan perjalanan dari Ipoh untuk ke Pantai Timur, khasnya untuk ke Kelantan dan juga Terengganu. Secara amnya, perjalanan dari Cameron Highlands ke Gua Musang mengikut Lojing, adalah ok, boleh dilalui cuma perlu berhati-hati dengan keadaan jalan yang agak kurang baik.

Saya juga berikan tips paling penting untuk ikuti laluan pintas ini - mesti kenderaan diisi dengan tangki penuh minyak, dan kenderaan mesti dalam keadaan baik. Ini adalah kerana anda tidak akan jumpa sebarang stesen minyak mahupun bengkel di sepanjang perjalanan tersebut (dari apa yang saya dah lalui).

Jalan Pintas Kuala Terengganu dari Gua Musang

Kali ini, saya nak kongsikan pengalaman saya melalui jalan pintas untuk ke Kuala Terengganu dari Gua Musang melalui Jalan Felda Aring yang secara rasminya ia bukanlah jalan yang digazetkan untuk dilalui memandangkan ia melibatkan laluan dalam Felda Aring. Jalan pintas ke Kuala Terengganu dari Gua Musang menerusi jalan Felda Aring adalah jalan alternatif, dan laluan 'persendirian'. Ia bukan jalan utama yang digazetkan oleh JKR; jadi sekiranya anda melalui jalan pintas ini, anda perlu menanggung risiko sendiri.

Sekali lagi, sebelum anda bertolak dari Gua Musang ke Kuala Terengganu menerusi Jalan Felda Aring, pastikan tangki minyak kereta anda lebih dari separuh, paling elok adalah tangki penuh kerana perjalanan menerusi jalan pintas ini agak berliku dan berbukit bukau - yang memungkinkan penggunaan minyak petrol yang lebih.
Jalan Pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu

Jalan pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu sering dijadikan laluan utama oleh banyak kenderaan berat, terutama lori tangki dan lori balak. Jadi, jika melalui jalan ini, anda akan banyak bertembung dan mengekori kenderaan-kenderaan berganda besar. Pastikan brek kenderaan anda berfungsi dengan baik, dan bunga tayar kenderaan anda dalam keadaan memuaskan.

Simpang Kanan Berhampiran Pekan Chiku

Dari bandar Gua Musang, anda perlu menghala ke arah Pekan Chiku. Perjalanan dari Gua Musang ke Pekan Chiku ini sangat selesa kerana jalannya agak lebar dan luas. Ia seperti sebuah lebuhraya dengan jumlah kenderaan yang tidak terlalu banyak. Kiri kanan sepanjang perjalanan anda akan hanya nampak banyak ladang kelapa sawit dan juga kampung-kampung kecil. Ada banyak jajahan Felda di sini.

Sebelum tiba ke Pekan Chiku, anda akan jumpa satu simpang masuk ke Felda Aring. Akan ada papan tanda yang menunjukkan arah ke Tasik Kenyir. Pastikan anda pilih jalan yang betul kerana ada 2-3 simpang yang seakan serupa menunjuk arah ke Tasik Kenyir. Penting anda lihat ada Felda Aring di papan tanda arah tersebut.


Peringatan penting - Tiada reception telefon di sini - jadi anda nak guna Waze ke Google Map ke .. apa ke .. memang tak boleh. Telefon bimbit canggih jika pasang, cepat bateri habis. Hanya ada satu kawasan sahaja dalam Felda Sungai Aring ini yang boleh terima dan buat panggilan telefon bimbit; yang saya sendiri pun tak tahu.

Apabila anda melalui Jalan Pintas Gua Musang - Kuala Terengganu menerusi Jalan Felda Aring; anda akan bertemu dengan satu sekatan jalan yang dijaga oleh polis bantuan Felda. Selalunya, jika anda tiba di sekatan tersebut pada jam hampir petang atau jam 7 malam, pihak polis bantuan Felda akan menasihati anda supaya tidak melalui jalan tersebut. Ini adalah kerana jalan tersebut sangat gelap dan tiada lampu jalan sepanjang perjalanan. Waktu malam juga kenderaan kecil agak jarang menggunakan jalan tersebut melainkan lori tangki, lori tanah dan lori balak.

Jalan Gelap Gelita

Pernah seseorang bercerita kepada saya, tayar kereta pancit dan meletup di tengah jalan, betul-betul selepas menuruni bukit. Tayar pecah kerana terlanggar lubang besar di jalan. Hampir sejam perlu menunggu kenderaan lalu untuk minta bantuan. Bahaya bila kenderaan rosak di jalan Felda Aring kerana jalannya agak sempit dan curam. Apatah lagi waktu malam bila suasana gelap gelita. Dah la tak boleh nak call mana-mana sebab tak ada isyarat telefon.
Jalan Pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu
Ia bukan jalan berturap sepenuhnya. Ada bahagian jalan yang bertanah merah dan berbatu. Keadaan jalan selain dari gelap, curam dan sempit ... ia juga berlopak dan banyak lubang-lubang bahaya. Jadi, anda perlu sentiasa berwaspada.

Jangan Silap Ambil Simpang ke Kuala Koh

Sebaik sahaja anda melewati Jalan Felda Aring ini, anda akan melalui satu simpang, satu menghala ke Taman Negara Kenyir (Taman Negara Kuala Koh, dan satu lagi ke arah Kuala Berang. Ambil laluan ke Kuala Berang.

Anda akan tahu perjalanan menerusi Felda Aring telah tamat apabila bertemu satu lagi pos kawalan polis bantuan Felda.

Teruskan perjalanan anda kerana anda baru sahaja separuh dari perjalanan keseluruhan ke Kuala Terengganu menerusi jalan pintas Felda Aring dari Gua Musang ini.

Anda akan kemudian bertemu satu simpang tiga jalan besar. Ada satu kedai makan di situ yang selalunya disinggahi oleh pemandu lori balak. Simpang ini adalah simpang utama untuk ke Kuala Terengganu menyusuri Tasik Kenyir. Anda perlu belok ke kanan ke arah jalan besar - seperti lebuhraya. Simpang ini selain nampak kedai makan, anda akan dapati banyak lori balak parking.

Laluan Segar Mata Memandang Bila Tamat Felda Aring

Laluan seterusnya agak melegakan kerana ia luas, dan dalam keadaan memuaskan. Sepertimana perjalanan dari Cameron Highlands ke Gua Musang, maka begitulah juga jalannya dari Felda Aring ini ke Kuala Terengganu.
Jalan Pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu

Jalan Pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu

Anda akan dapat tahu bahawa anda melalui jalan yang betul apabila nampak Tasik Kenyir yang melaut di kiri kanan anda. Jalan ini agak sunyi dan tiada lampu jalan. Walaupun jalannya agak baik, luas dan lebar tetapi hati-hati kerana ada selekoh bahaya dan jalan yang rosak akibat laluan sering digunakan kenderaan besar. Ia juga laluan haiwan liar yang ada di Tasik Kenyir.

Anda akhirnya akan jumpa dengan satu persimpangan utama (simpang tiga). Dari situ; anda ambil arah ke Felda Sungai Tong atau Jalan Kampung Sungai Tong. In Sha Allah, perjalanan selepas ini anda hanya ikuti papan tanda menuju ke Kuala Terengganu.

Jarak perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Terengannu menerusi laluan pintas Felda Aring adalah sejauh 200 km dengan ambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Anda mungkin ambil masa lebih dari 3 jam jika laluan di Felda Aring agak licin atau becak terutama selepas hujan.

Secara puratanya, saya boleh katakan ia jalan pintas yang menjimatkan masa dan juga kos petrol untuk ke Kuala Terengganu mahupun ke Kelantan dari arah Ipoh.

Peta Jalan Pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu






16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aku masih fikir, nak ikut ke tak jalan ni nanti nak ke Kelantan..hoho..ikut Cameron Highland dan terus lajak ke Terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut je ... pengalaman beb ... luar negara leh gi .. dalam negara takkan takut kot .. :P

      Delete
  2. terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  3. wow bagus nie kena sebarkan makluman

    ReplyDelete
  4. Itu gunanya smartphone.. kybkn org hanset harga ribu2 tapi utk hanya guna hingga 20% shj fungsi smartphone (buat call,social app,main game,SELFISH??)..lg 80% agak2 mcm maps,waze,gps,magnetometer etc SEKALI SEKALA @ TAK GUNA LANGSUNG. rugi2 duit... baik pakai china phone... hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak leh guna smartphone kat jalan ni ... sbb tak ada line .... apa telefon semua tak leh pakai walau canggih dan mahal mana sekalipun. Tempat ni juga tidak ada telefon awam ...

      Delete
    2. Disarankan sesiapa nak adventure ke atau masuk hutan ke...jgn harapkan cellphone provider ni..sewa satelit phone incase berlaku kecemasan dapat membantu.Bukan mahal sangat pun lebih kurang rm1.89 per min

      Delete
  5. Memang ada cadangan nak pergi ikut Cameron Highlands ke Gua Musang,nasib baik ada tips di sini.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. kalau jalan-jalan sambil ambik angin ok juga jalan ni, cuma tak berani 1 kereta, konvoi 2 kereta ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm kalau konvoi dengan motor, kena ada spare tangki bawa petrol.

      Delete
  7. Ya, memang kena tunggu orang lalu lalang la .. tu sbb dinasihatkan ikut jalan ni waktu siang je .. memalam ... elakkanlah

    ReplyDelete
  8. Agak adventure untuk lalu disini.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaykum,
    oh my God..Ya Allah..saya ada pengalaman paling ngeri beberapa tahun dulu,bersama suami ketika itu dari gua musang hendak ke kuala terengganu via felda aring ketika jalan baru belum siap lagi..sekarang ni dah ok lah kot.Sepanjang jalan berlubang-lubang hingga sampai separuh highway yg baru siap.Rasa tayar dan rim kereta bagai nak tercabut..tiba sahaja di highway baru berhenti seketika untuk relief shock,ada sebuah kereta kancil berhenti untuk bertanya jalan pintas ke gua musang.Saya beritahu jalan teruk sangat,cuba cari alternatif lain tapi dia hendak guna jalan tu juga.Selepas dia bertolak saya berkata dalam hati...kalau kereta aku ni agak besar dan kuat lah juga...macamana agaknya kancil tu masuk lubang-lubang yg sebesar kawah nasi minyak...eemmm

    ReplyDelete
  10. tahun 2013 saya pernah lalu jalan ni tapi saya confuse sebab jalan tu teruk sangat. berlopak,tak berturap sepenuhnya,tak rata,sempit,kiri kanan hutan dan ada la sikit-sikit rumah/pondok. macam jalan kampung. kereta boleh kira dengan jari. malah kalau naik kereta macam mustahil sebab jalan teruk sangat. nasib saya naik 4wd. betul ke jalan yg saya lalu tu? tapi last sekali memang jumpa warung makan kak atie yang lori berenti banyak tu. saya rasa macam tersalah masuk lorong kecik-kecik macam denai je.

    ReplyDelete
  11. Memang jalan ni berhantu..tak caya lalulah jalan tu malam2..menyeramkan...ela

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement