Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru 1436H. Tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan 1 Muharram. Permulaan baru. Hijrah bermaksud berpindah.

Tetapi Hijrah dari segi istilah dalam sejarah tamadun Islam bermaksud perpindahan Rasulullah S.A.W berserta sahabat – sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul.

Sejarah Hijrah Nabi Muhammad S.A.W


Saya masih ingat ketika belajar dulu kat sekolah menengah, fakta-fakta penting mengenai peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W:

  • Kaum Quraish nak bunuh Nabi Muhammad S.A.W dengan mengupah 11 penjenayah terpilih.
  • Saidina Ali jadi pengganti Nabi S.A.W di tempat pembaringan.
  • Nabi Muhammad S.A.W guna pasir untu kaburi penglihatan penjenayah atas izin Allah S.W.T
  • Ali terselemat dari dibunuh di tempat pembaringan 

Ingat-ingat lupa, detail mengenai hijrah ni saya tak dapat nak recall, al maklumlah umur dah semakin mantap .. hoho ...

Setelah merujuk beberapa sumber, kejadian hijrah itu berlaku pada pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari Allah S.W.T. Baginda Nabi telah melakukan perpindahan dari kota Mekah ke Madinah pada waktu malam, yang ketika itu rumah baginda dikepung oleh 11 penjenayah kejam lagi licik diupah oleh pembesar-pembesar kaum Quraish.

Persiapan dan perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W dibuat di Darul Nadwah pada pagi tersebut.

Apabila malam menjelma, iaitu malam 27 Safar tahun ke-14 kenabian, 11 orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan rumah Nabi. Pembunuhan telah dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur. Jadi, sepanjang malam itu mereka menunggu dan mengintai-intai samada Nabi sudah tidur atau belum.

Kisah di atas ada disebut dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.

Sebelum Nabi S.A.W bertolak meninggalkan rumah, Banginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau. Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin.

Nabi S.A.W telah memulakan hijrah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar A.S. Sebelum memulakan hijrah, Nabi S.A.W terlebih dahulu ke rumah Saidina Abu Bakar A.S. Dari rumah Saidina Abu Bakar A.S, Nabi bersama Saidina Abu Bakar A.S. telah keluar menerusi pintu belakang sebelum terbit fajar. Baginda berdua telah menuju ke Gua Thur.

Perjalanan ke Gua Thur bukanlah jalan kebiasaan dilalui untuk ke Madinah. Ia menghala arah selatan, walhal kebiasaan ketika itu perjalanan untuk ke Madinah adalah menerusi arah utara. Mereka sengaja mengikut arah selatan dan tidak mengikut arah utara yang menjadi jalan biasa agar tidak dikesan oleh musuh. Apabila keadaan menjadi tenang, mereka keluar dari Gua Thur menuju ke Yathrib dengan dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat.

Peristiwa hijrah ini berlaku secara berperingkat, dan berdikit-dikit. Ini adalah kerana untuk mengelak daripada buruan pihak Quraish.

Baginda Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar sampai di Quba, iaitu kira – kira 5km dari Kota Yathrib setelah menempuh perjalanan yang meletihkan selama 8 hari. Pada hari Isnin, 8 Rabi’ul Awal bersamaan dengan 20 September 622M, baginda S.A.W mendirikan masjid Quba. Inilah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah S.A.W.

Setelah 4 hari di Quba, Rasulullah S.A.W dan rombongan berangkat meneruskan perjalanan. Sebelum sampai ke Yathrib, baginda singgah di suatu tempat yang bernama Lembah Ranuna. Di lembah ini baginda telah menunaikan solat fardhu Jumaat. Ini adalah solat Jumaat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan juga khutbah pertama disampaikan.

Pada hari Jumaat, iaitu 12 Rabi’ul Awal bersamaan 24 September 622M, baginda dan rombongan telah sampai ke Yathrib. Inilah hari bermulanya Kalendar Islam (Kalendar Hijrah). Ketibaan baginda dan rombongan disambut dengan penuh meriah, kesyukuran dan kegembiraan oleh penduduk Yathrib.

Ketika tiba di Yathrib iaitu Madinah, unta yang ditunggangi baginda S.A.W telah berhenti di suatu tempat yang dimiliki oleh dua orang anak yatim. Di sinilah Rasulullah S.A.W. mendirikan masjid pertama di kota Madinah, yang kini terkenal dengan nama Masjid An-Nabawi atau Masjid Madinah Al – Munawwarah.

Begitulah serba sedikit kisah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan bagaimana bermulanya kalendar Hijrah buat umat Islam.

Agak mendukacita sedikit kerana kalendar Hijrah tidak digunakan secara meluas terutama di negara Islam. Walaupun setiap tahun ada sambutan Maal Hijrah tetapi penggunaan kalendar tahun Hijrah seolah agak terpinggir sedikit. Mungkin nanti saya harap, Malaysia akan jadi negara Islam pertama yang guna pakai kalendar Hijrah dalam urusan pentadbiran dan awam di negara ini.

Oh ya, umat Islam digalakan baca doa ketika waktu ini. Doa tersebut ialah doa akhir dan awal tahun Hijrah.

Salam Maal Hijrah 1436H

21 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam maal hijrah..malam ini baru etuza nak fokus baca ya. masa ni nak BW

    ReplyDelete
  2. Hijrah adalah suatu pengorbanan dan mesti ada dalam setiap manusia yang ingin menggelarkan diri mereka sebagai 'hamba Allah'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dalam diri kita mesti sering melakukan penghijrahan, bila kita sedar keadaan semasa adalah merugikan.

      Delete
  3. Salam Maal Hijrah 1436 untuk semua umat Islam....semoga apa yang kita lakukan akan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah. Kita doakan yang terbaik terutama kesejahteraan kita, dan hindarkan kita semua dari fitnah dunia yang semakin menjadi jadi.

      Delete
  4. Mari ramai2 tekad untuk mempertingkatkan keimanan dan membetulkan dan memperkemaskan niat kita hidup dan bekerja kerana Allah...

    ReplyDelete
  5. Salam maal Hijarh semua..tu la kalendar islam jarang digunakan..dan ade yang tak tau pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang tak tahu. Tapi di sekolah dah ada pendekatan tulis tarikh hijrah di papan hitam/papan putih bersama dengan tarikh miladiah.

      Delete
  6. salam maal hijrah bro..hijrahkan diri kearah kebaikkan

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah HH.. semoga kita semua sentiasa terpelihara dibawah keberkatan Allah swt... aamiin.

    ReplyDelete
  8. Salam maal hijrah. bab kalendar, harap kalenda kuda yg lengkap dgn kalendar Islam.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Terima kasih Cahaya Vitamin .. :) uhh vitamin pun ada bercahaya ye

      Delete
  10. Salam Maal Hijrah buat bro sekeluarga. Semoga panjang umur untuk teruskan pergorbanan dan perhijrahan dari tahun ke tahun untuk lebih baik dari sebelumnya. Amin....

    ReplyDelete
  11. salam maal hijrah, semoga tahun baru ini membawa lebih keberkatan dalam hidup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement