Dalam satu kajian baru-baru ini, obesiti dikaitkan dengan kebijaksanaan seorang kanak-kanak. Menurut kajian itu, bijak dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Tips Buat Anak Bijak Matematik
Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.
Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.
Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam. Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.
[Klik] Baca Panduan ini Jika Mahu Anak Anda Bijak Membaca Awal Usia..Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.
Jadi, dah tahu fakta hangat ni, jangan dok biar sangat anak-anak main iPad, tablet atau komputer .... aktifkan mereka dengan senaman ... mana tahu, dengan tips ini boleh buat anak anda jadi bijak matematik.
[Baca] Rahsia Anak Saya Dapat UPSR 6A, Jadi Tokoh Pelajar dan Pelajar Terbaik Sains MatematikTak susah pun nak buat anak-anak ni bersenam, bawa je mereka ke taman permainan, bawa bola sebijik, dan biar mereka berlari ke sana ke mari kejar dan tendang bola. :)
yeake..kena suh anak bersenam bile besar nanti cz sy minat sgt math.... hehe
ReplyDeletesemua org, xkira la obes atau tak, senaman tu semmgnya satu keperluan...
ReplyDeletekalau dah sifat anak2 tak boleh duduk diam, macam maner...
ReplyDeletebukan sahaja 40 minit... lebih dari itu deme boleh bergerak dan aktif. agaknya boleh jadi pakar matematik dah kot... hehehe
ReplyDeleteMungkin la kot, sbb anak saya dah 2 tahun jadi pelajar terbaik Matematik kat sekolah.
Deletekena balancekan main ipad dan sebagainya kot, kena banyak senam lepas ni...
ReplyDeletenice tips.insyallah masih dipraktikkan
ReplyDeleteBersenam merupakan aktiviti yang sgt bermanfaat dalam hidup ni..bukan setakat pandai IQ tapi yang lebih penting untuk menjaga kesihatan diri terutama kita yang dah dewasa ni...
ReplyDeleteAnak blh berjaya melalui pelbagai cara cuma IQ cemerlang perlu dididik daripada pemberian pemakanan dan senaman..satu perkongsian menarik dan sangat bermanfaat utk kita semua...
ReplyDeleteYe saya setuju sangat dengan senaman menambahkan kekuatan IQ terutama kanak2...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.