Bila jadi begini, kasihan ibu bapa; apa yang berlaku buat mereka takut dan risau untuk hantar anak-anak ke pusat jagaan atau asuhan kanak-kanak. Ibu bapa risau nak hantar ke rumah pengasuh yang dibayar sehingga beratus ringgit sebulan.
12 Tips Memilih Pengasuh Anak
Isu dan perkara ini saya nampak macam menjadi-jadi sahaja. Makin banyak kes, makin banyak pendedahan dibuat.Dek kerana itu, saya mahu kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya sebagai bapa dalam memilih pengasuh dan tempat asuhan didikan anak-anak. Anak-anak saya ketiga-tiganya dihantar ke rumah pengasuh di awal usia; semenjak mereka berumur belum pun setahun.
Ia benda biasa bagi ibu bapa yang bekerja. Nak tak nak, kena hantar anak-anak ke pengasuh. Nak minta tolong ibu bapa yang tinggal di kampung, macam tak adil pula, dah la mereka besarkan kita, la ni nak suruh mereka pula jaga anak-anak kita. Dari satu sudut ada positifnya, tetapi dari satu sudut lain .. kenalah kasihan pada mereka.
Ibu saya, awal2 angkat tangan bagitahu tak sedia nak jaga cucu-cucu apatah lagi umur kecil lagi. Katanya dah tak berapa nak reti jaga budak-budak kecil ni, apatah lagi bayi. Saya pun ok je walhal ibu saya pernah menjadi pembantu KEMAS semasa di kampung. Ramai budak-budak kampung anggap mak saya sebagai mak mereka, sebab makan minum semasa mereka belajar di KEMAS adalah hasil tangan emak saya .. hoho...
Tips Mencari dan Pilih Pengasuh Anak
Apa yang saya nak kongsi dengan anda? Ia mengenai tips dan panduan untuk memilih pengasuh anak-anak. Ini merupakan pengalaman saya dan isteri, terpulang nak ikut atau tidak.- Pilih pengasuh yang ada latar belakang yang baik. Caranya, bertanyalah dan lakukan 'interview' anda sendiri.
- Cari pengasuh yang menjaga sholat dengan betul. Bab ni anda kena pandai-pandai sendiri. Macam saya, saya akan lihat samada pengasuh atau pasangannya selalu pergi ke surau atau tidak.
- Cari rumah pengasuh dekat dan hampir dengan surau atau masjid.
- Cari pengasuh yang tiada anak kecil.
- Dapatkan pengasuh yang ada anak-anak berjaya - contohnya anak belajar sekolah agama, jadi tahfiz, masuk IPT, jadi best student dan sebagainya.
- Dapatkan pendapat dari mereka yang pernah hantar anak ke rumah pengasuh tersebut. Dan lihat anak-anak mereka ini - adakah ok atau tidak setelah hantar ke rumah pengasuh itu.
- Jika rumah pengasuh ada anak-anak lain, cuba perhatikan anak-anak ini. Lihat fizikal mereka. Cuba sembang dan tanya-tanya anak-anak tersebut. Anak-anak sukar nak bohong.
- Lihat persekitaran dalaman rumah pengasuh. Ada bilik khas dan khusus untuk anak-anak adalah lebih bagus.
- Lihat juga apa yang disediakan untuk anak-anak; macam makanan, macam permainan, benda-benda untuk belajar. Selalu yang serius nak jaga anak-anak akan ada keperluan ini.
- Adakan komunikasi berkesan antara anda sebagai ibu bapa dengan pengasuh, bina persahabatan; bukan anggap mereka seperti orang gaji yang anda bayar semata nak jaga anak anda sahaja.
- Untuk rumah pengasuh atau asuhan, lihat juga pekerja yang ada di situ. Pilih yang berdaftar.
- Elakan dapatkan pengasuh yang jaga ramai anak-anak. Macam saya, untuk baby, hanya satu untuk seorang pengasuh. Rumah asuhan, jangan lebih dari 15 daripada 3 orang pekerja.
Ok, itu sedikit sebanyak tips daripada saya untuk cara memilih pengasuh anak atau mencari tempat asuhan anak-anak.
Ibu Bapa Perlu Lebih Prihatin
Sebagai ibu bapa, kita mestilah nak terbaik buat anak-anak. Sayangi anak kerana mereka anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai. Untuk itu, kita kena usaha berikan yang terbaik. Mungkin ada tips itu agak berat buat ibu bapa nak buat, tetapi ia adalah jalan terbaik agar kita tidak sesal kemudian hari.Ada fikir macam leceh je nak siasat-siasat, nak ambil tahu latar belakang pengasuh, tetapi jika dah jadi kes pengasuh dera anak-anak ... haa ... jangan nak disalah sahaja pada orang lain, walhal awal-awal lagi kita macam ambil hal ini sebagai acuh tak acuh. Ada yang tengok pada harga dan bayaran semata, janji anak ada orang jaga, dan kita boleh pergi kerja.
Jika anda ada benda lain nak kongsikan, jangan lupa tinggalkan komen. Saya hargai input, in Sha Allah, pengunjung lain juga akan membaca komen-komen anda.
[Dah Baca?] Tips - Bagaimana Anak Saya Cemerlang UPSR 6A Dalam UPSR
Nah .. posing anak saya yang nombor dua .. Zikri masa nak promosikan bisnes lama saya .. hoho ... nampak cam ganas, tapi Zikri pernah kata pada saya ... "Abah .. ni dalam hati ada taman ..."
Lagi satu,pastikan tak terlalu ramai kanak-kanak agar pengasuh tak terlepas pandang..
ReplyDeletePendapat je..
Ya betul, saya dah masukkan dalam tips di atas.
DeleteSaya dan suami tak pernah fikir untuk hantar anak2 untuk dijaga oleh orang persendirian. Sebab, kami jenis yg tak mudah nak percaya kat orang asing. Lagipun, takut nanti gaya atau cara kehidupan seharian berbeza dengan kita. Jadi, sebaik habis pantang 60 hari je, kami hantar anak ke taska/pusat jagaan yg berdaftar & mempunyai syllabus pembelajaran & bimbingan yg sistematik & berteraskan Islamik. Kami memang cari taska yg teachernya pakai tudung labuh, senior & berpengalaman. Lagipun, bila hantar pada pihak yg sah berdaftar ni, kalau ada apa-apa yg tak diingini berlaku (na'uzubillah), kita ada hak dari segi undang2 hitam/putih yg boleh diambil. :)
ReplyDeleteYa, itulah sebaiknya, kena cari berdftar. Tapi ada juga kes dari yang berdaftar buat onar. Kena berdoa dan mohon pada Allah S.W.T
DeleteMesti berhati2 pilih pengasuh sekarang samada hantar rumah orang atau nursuri, banyak kes dah, tak termasuk yg tak dilaporkan.
ReplyDeleteSebab nilah SP pilih wanita suri rumah sepenuh masa. Sukarnya nak cari pengasuh anak. Biarlah bersusah payah mencari rezeki daripada hati tak tenang memikirkan anak-anak..
ReplyDeletemakin berleluasa kes penderaan di rumah asuhan atau taska. syukur kerja dari rumah je. dapat jaga anak sendiri. kalau ibu ayah yang nak cari pusat asuhan better carilah yang berdaftar, mungkin mahal sikit tapi berbaloi
ReplyDeleteIni untung buat mereka yang buat kerja dari rumah. Sebab itu jugalah saya jadi house husband, leh tgk anak membesar dan dididik mengikut apa yang kita mahukan, dan tentulah nakkan yang terbaik.
DeletePengasuh adalah ibu kedua yang mesti boleh dipercayai..jadi carilah pengasuh dari tips2 yang diberikan oleh tuan HH agar kita benar2 percaya ibu kedua ni mampu mengasuh anak kita dengan sebaik2nya....(bukan bini kedua ye).
ReplyDeleteHantar anak ke rumah pengasuh sama mcm memperjudikan masa depan anak dgn asuhan org lain.sbb tu mmg kene pilih pengasuh yg betul.apa nak buat, zaman makin mencabar dan pengasuh yg betul-betul sempurna mmg susah nk dapat.kita sbg ibubapa yg kene bentuk anak ikut acuan islam
ReplyDelete***masalahnya kadang parent sndr x ikut cara hidup islam.
assalamualaikum hh...perkongsian info yg baik....
ReplyDeleteperkongsian yang menarik...satu lagi minta DOA semoga Allah permudahkan...bukan senang nak cari pengasuh yg sempurna...kalau pengasuh yg kita rasa ok...yang dia jaga ramai la pulak..pengasuh ni pun nak buat duit jugak.
ReplyDeleteHmm kena cari pengasuh yang boleh kita bina kepercayaan. Penting seperti saya katakan dalam entri ini jalinkan hubungan dengan pengasuh atau pihak asuhan kanak-kanak.
Deletebenda yang tidak patut di buat sambil lewa. Perlu bijak cari yang terbaik menjaga anak kita. Anak umpama permata
ReplyDeleteMacam-macam saya tengok apa yang ibu bapa minta. Nak cari pengasuh yang sempurna.. bagaimana nak sempurna jika dengan pengasuh dibayar gaji, dan gajinya terpaksa dikongsi dengan anak-anak asuhan mereka? . Saya senaraikan sikap ibu bapa yang inginkan pengasuh sempurna..cukuplah tujuh. Nanti saya akan buat blog luahan hati pengasuh pula…
ReplyDelete>>Kedekut / hadkan susu anak-anak kononnya susu mahal/nak ajar anak berhenti menyusu.Bila anak merengek kebulur susu sebab tak cukup susu bekalan, pengasuh kene kongsikan pulak susu/makanan di rumahnya. Bukan berkira, tapi itu HAK pengasuh. Upah dibayar kerana menjaga anak.
>>Malas sediakan makanan/bekal untuk anak-anak..mintak pengasuh sediakan bubur/makanan untuk anak tapi upah tetap tak masuk kos penyediaan makanan.
>>Mintak pengasuh toilet trainingkan anak.. tapi kat rumah pakaikan pampers.. gaji tetap sama…
>>Guna istilah ‘TUMPANGKAN’ anak-anak (bukan jagaan pengasuh).. ambil kesempatan.. GAJI TETAP SAMA…
>>Buat pengasuh macam pembantu peribadi…boleh panggil guna bila-bila masa, last minit… macam pengasuh taka da kehidupan sendiri.. BERAPA BAYAR? GAJI TETAP SAMA..
>>PEMALAS.. DASAR MEMANG TAK SUKA JAGA BUDAK KECIK.. semua serah pengasuh.. dari pagi buta, sampai isyak baru ambil.. sebab balik2 terus tido kononnya…
>>Jika anak sakit perut, cuba cari salah pengasuh… tapi rupa-rupanya susu tak sesuai.. sebab kedekut susu, pengasuh bagi susu murah . ye lah… pengasuh gaji rm300.. mana mampu beli susu S-26.
sy.. anak pertana dan kedua mak mentua jaga setahun dua..lepas tu antar ke taska..ni bakal anak ketiga..rasanya xmo antar taska..minta benar bos bawa anak ke opis aje..hihi
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.