Mencari Homestay di Tawau, Sabah? Homestay yang berbaloi dengan bajet? Sekiranya anda merancang untuk bercuti-cuti sekitar Tawau, Sabah; maka bolehlah anda jadikan Univilla Homestay sebagai pilihan pertama untuk penginapan yang selesa pada kadar sewa yang sesuai dengan bajet. Univilla Homestay menawarkan sebuah rumah penginapan yang luas serta lengkap kemudahan.

Homestay yang terletak di Taman Uni Villa, Tawau Sabah ini menawarkan tiga (3) bilik berhawa dingin yang memberikan keselesaan yang cukup. Univilla Homestay ialah rumah teres yang cukup luas dijadikan homestay sesuai dengan bajet adalah pilihan untuk mereka yang mahu bercuti bersama keluarga.

Univilla Homestay Bajet Selesa Tawau Sabah

Univilla Homestay Bajet Selesa Tawau Sabah
Univilla Homestay boleh memuatkan sehingga 20 orang dewasa!

Berpatutan dengan harga yang ditawarkan, Univilla Homestay Tawau memberikan segala kemudahan yang lengkap untuk sebuah penginapan percutian yang telah dirancang rapi. Ada dapur cukup luas lengkap dengan kelengkapan untuk memasak - termasuklah dapur gas, periuk nasi, microwave, peti ais dan sebagainya.

Serba Serbi Kemudahan Terbaik Univilla Homestay

Dengan kemudahan dan kelengkapan yang memuaskan di Univilla Homestay ini, ia sangat sesuai untuk mereka yang mahukan:

  • Percutian di Tawau bersama keluarga besar dengan bajet ekonomi.
  • Percutian yang panjang memandangkan banyak kawasan menarik sekitar Tawau.
  • Keselesaan untuk rombongan perkahwinan.
  • Keselesaan untuk penginapan yang berbaloi dengan harga. 
  • Kemudahan lengkap dalam sebuah homestay.
  • Homestay yang ada bilik hawa dingin.
  • Homestay yang punyai ruang tamu yang luas.
  • Homestay yang menyedikan kemudahan dapur untuk memasak.
  • Homestay dengan parking yang luas - muat sehingga 3 buah kereta
  • Ada Astro ... :)
Servis Kereta Sewa Univilla Homestay Tawau Sabah

Dan paling menarik, Univilla Homestay di Tawau ini ada kemudahan sewa kenderaan pandu sendiri! Ini bermakna, anda boleh dapat dua servis hanya dari satu pakej penginapan. Pasti harga ditawarkan cukup berbaloi kerana selalunya harga pakej sebegini lebih jimat.

Tempat Menarik Sekitar Tawau, Sabah

Bolehlah dapatkan servis penginapan di Univilla Homestay jika anda ingin melancong ke Tawau. Antara tempat menarik yang ada di Tawau Sabah ialah:
  • Taman Rekreasi Air Panas Tawau.
  • Taman Rekreasi Sungai Balong - terdapatnya Bongkah Berapi atau Batu Bersusun.
  • Maliau Bassin atau Lost World of Sabah
  • Hutan Simpan Gemok atau Bukit Gemok - terdapatnya Titian Silara untuk pemandangan menakjubkan bandar Tawau.
  • Muzium Koko Teck Guan
  • Taman Bukit Tawau
Bukit Tawau - hasrulhassan.com
Bongkah Batu Bersusun Volkanik Sungai Balong Tawau Sabah

Makanan Popular di Tawau Sabah

Antara makanan yang popular dan agak jarang ditemui di tempat lain yang ada di Tawau:
  • Nasi Bambong
  • Nasi Kuning
  • Nasi Gondrong
  • Nasi Goreng Lalap
  • Berobbok
  • Martabak Jawa
  • Amplang
Oh ya, anda boleh nikmati makanan dan hidangan masakan laut yang segar murah-murah di Tawau sebab Tawau dekat dengan laut. Ia juga menjadi bandar persinggahan untuk destinasi pelancongan antarabangsa yang lain, khususnya Pulau Sipadan yang amat terkenal dengan kecantikan pantai dan kawasan perairannya.

Jika mahu maklumat lanjut mengenai Univilla Homestay, anda boleh rujuk maklumat di bawah ini:

Hubungi:
Univilla Homestay Tawau - 0138804974
www.univillahomestay.com


p.s: Pastikan anda sebut nama blog ini ketika tempahan .. mana tahu ada diskaun menarik untuk anda ... :)

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Berapa kadar sewa seharian? Kalau lebih 2, 3 hari ada diskaun ke tuan HH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tanyalah dengan tuan punya Homestay ni ...:)

      Delete
  2. cukup besar sampai muat 20 orang, rombongan kahwin/bertunang atau buat family day sesuai ni.

    ReplyDelete
  3. nmpk homestay tue selesa ja. dengb kemudahan yg lengkap

    ReplyDelete
  4. hahaha seofis saya baru jer habis kerja dekat petron tawau, kalau tak boleh lah bagi info ini dekat dia.

    ReplyDelete
  5. kena dtg bawa ramai family ni utk bcuti dkt sini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement