Sesetengah blogger dia sendiri tak tahu apakah kata kunci blog dia untuk dapatkan perhatian enjin carian. Saya dulupun tak tahu juga. Masa awal-awal saya berblog, saya lebih banyak kongsikan gambar menerusi entri setiap hari, jadi keyword 'gambar' dan 'foto' memang melekat kat blog ini.

Dek kerana itu, saya mula masukkan kata kunci tersebut di dalam meta tag blog, atau masukkan sahaja keyword tersebut di dalam bahagian description. Dari mana saya tahu untuk guna pakai perkataan kata kunci 'foto' dan 'gambar'? Saya gunakan Google Webmaster Tools, saya ceritakan di sini Cara Tingkatkan Trafik Blog Guna Keyword Search Google Webmaster Tools

Mudah je. Ye tak?

Cara Masukkan Kata Kunci (Keywords) Dalam Blogspot

Ok. Mungkin ada yang tak tahu bagaimana cara nak masukkan keyword atau kata kunci dalam meta tag dan deksripsi blogspot. Lihat contoh di bawah ini untuk blog ExamKerjayaKerajaan.com yang saya buat khas untuk promosi produk-produk affiliate niche-X.

Anda buka bahagian dashboard blogspot anda, pergi ke bahagian Settings - Basic. Anda akan nampak seperti paparan di bawah ini.
Tips SEO Blogspot
Cuba anda teliti di atas.

Tajuk blog saya dah letakkan kata kunci untuk blog ExamKerjayaKerajaan.com - Rujukan Peperiksaan Kerjaya Kerajaan.

ExamKerjayaKerajaan.com itu sendiri sudah ada kata kunci exam - bermaksud peperiksaan, yang sering dijadikan bahasa pertuturan dan komunikasi gantikan perkataan peperiksaan.

Lihat description, saya sebut URL blog ExamKerjayaKerajaan.com, dan saya terapkan kata kunci kerjaya - kerajaan - soalan - peperiksaan - jawatan. Kalau anda perhatikan, ia satu variasi dengan perkataan-perkataan lain terutama sekali pada nama blog dan URL.

Cara Bina Backlinks Bersandarkan Kata Kunci Blog

Ok. Tips dah diberikan, tapi saya masih lagi belum ceritkan mengenai cara nak bina backlinks bersandarkan kata kunci blog.

Satu pedoman mudah dari saya. Ambil contoh untuk blog ExamKerjayaKerajaan.com.

Guna Google.com atau Google.com.my, taip 'peperiksan kerajaan' atau mungkin 'soalan peperiksaan'. Anda akan nampak senarai laman web dan blog seperti di bawah ini.
Tips SEO Blogspot
Mana-mana blog atau laman web yang disenaraikan, itulah tempat anda nak bina backlinks berkualiti untuk entri dan blog anda.

Salah satu cara nak bina backlinks ialah menerusi ruangan komen yang disediakan. Jika tiada ruangan komen, anda boleh gunakan cara berbudi bahasa dengan buat entri yang ada link ke arah laman web atau blog yang 'menggunakan' kata kunci yang sama.

Cara kedua ialah dengan secara rawak, pilih blog-blog atau laman web yang benarkan anda berkongsi tajuk entri/URL entri anda di ruangan komen. Komen menggunakan kata kunci blog anda. Paling disyorkan ialah anda kerap komen blog-blog yang berada dalam bloglist anda, dan blog tersebut juga ada masukkan blog anda dalam bloglist mereka!

Cara ketiga ialah kongsikan entri blog anda menerusi Google+ dan jangan lupa untuk +1 entri tersebut. Kongsikan dengan hashtag #katakunci supaya dapat impak daripada pencarian hashtag yang dimaksudkan.

Itulah antara cara-cara nak bina backlinks dengan bersandarkan kata kunci blog anda. Semoga ia bermanfaat buat anda.

17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih info ini. Satu ilmu baru lagi saya dapat. Kalau blog 'rojak' camne plak nak buat kata kunci? macam blog saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ainun,

      Sebab itulah yang paling digalakkan dalam aktiviti berblogging ialah cari topik yang khusus supaya senang nak buat pemasaran.

      Tapi jika dah buat blog begitu, boleh juga guna kaedah backlink di atas. Caranya ialah sebelum nak mula menulis artikel, tak kisahlah tentang apa, cari katakunci yang mempunyai jumlah carian yang tinggi.

      Gunakan google keyword planner. Dah dapat keyword yang sesuai, gunakan katakunci tersebut dalam penulisan artikel. Gunakan katakunci terssebut di bahagian tajuk artikel.

      Di dalam artikel pun banyakkan guna keyword tersebut, tapi jangan terlalu banyak. Nanti google akan anggap sebagai spam. Ini cara yang saya gunakan, tapi bezanya blog saya mempunyai topik khusus.

      Jika tuan HH boleh berikan tip yang lebih menarik, ok juga. Boleh saya tambahkan ilmu :)

      Padam
    2. Betullah ni. Kalau nak menjual menerusi blog, elok buat satu blog khusus untuk produk.

      Padam
  2. perkongsian yg sgt bermanfaat. tq sifu hh. nanti nak perhatikan secara terperinci.

    BalasPadam
  3. Blog tuan kekadang takde url backlinks...kebiasaannye ada, hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena seimbangkan ... tanak nampak blog seperti TAMAN SPAM backlinks ... kena nampak natural .. itu penting. Tak perlu terlebih buat.

      Padam
  4. masih nampak blur lagi..takpe nad akan belajar lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. ni dah kena tahap masuk kelas ni .. :P

      Padam
  5. tenkiu sifu hasrul.... perkongsian yang bermanfaat ni :)

    BalasPadam
  6. perkongsian ilmu yang terbaik, dapat belajar ilmu terbaru. Terima aksih dengan ilmu ini.

    BalasPadam
  7. perkongsian yang sangat bagus. fyna pun cuba mencari niche yang sesuai untuk blog fyna yang lain.

    BalasPadam
  8. pernah gunakan cara ini.. memang berkesan..

    BalasPadam
  9. tumpang tanya..betulke kalau orng ckp kebanyakan komen2 yang ada backlink tu no follow..kalau no follow xde value di mata google...so sia2 buat backlink..mohon pencerahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Google sekarang tak macam dulu. Dulu, ramai pakar SEO kata ia tidak ada value, tetapi sebenarnya, sesebuah blog itu perlu ada suasana seimbang - perlu ada link dofollow dan nofollow ... agar ia nampak natural, dan bukan sekadar satu strategi utk pikat Google semata.

      Sekiranya kita fikirkan bahawa komen itu kebanyakan nofollow, akan rugilah sebuah blog ada ruang komen, terutama blogspot. Tentu tidaklah blogspot akan benarkan perkara itu, apatah lagi ia merupakan sebahagian dari Google.

      Padam
  10. oo...begitu..tq Bro !! Baru paham sket2...

    BalasPadam
  11. ada faham,tapi blur pulak.susah hadam istilah baru upload dalam otak ni.

    BalasPadam
  12. makasih ya gan untuk infonya semoga tambah sukses aja.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement