Anda ada produk, anda mesti mahir dengan produk tersebut. Selepas dah mahir, buat satu blog yang hanya ceritakan mengenai produk itu sahaja. Jadikan anda pakar mengenainya. Bila dah pakar, sudah ada 'jenama' sendiri, maka anda boleh pelbagaikan pula produk anda menerusi blog yang lain pula.
Blogger Buat Duit Dengan Blog
Ini cara ramai dah buat. Ramai blogger yang bermula dengan menjual di blog, dah ada jadi jutawan pun. Ingat blogger yang jual tudung online semasa belajar di IPT tu tak? Saya ada ceritakan dalam blog. Fuh .. dah jutawan dalam usia cukup muda ... perempuan lak tu ... hoho.Tak tahu apa nak jual menerusi blog? Anda boleh jual servis sewa kereta, jual rumah, jual servis homestay, jual vitamin, jual servis buat kad bisnes murah, jual beg tangan, jual seluar pelikat, malah anda boleh jual kepakaran anda dalam menulis sesuatu.
Buat Duit Jual Produk Orang Lain
Tak ada produk sendiri, anda boleh 'cipta' produk anda sendiri dari sumber lain - contohnya dari MLM, produk insurans takaful, komisen jual kereta terpakai, komisen agen umrah haji dan macam-macam lagi.Saya lihat ramai pengedar Shaklee buat cara ini. Mereka mempromosikan produk Vitamin Shaklee yang dipercayai bagus untuk kesihatan. Mereka jual produk yang mereka percaya akan kebaikkannya, dan mereka juga adalah pengguna produk tersebut. Mereka hasilkan blog bukan setakat menjual, tetapi memberikan informasi dan sumber rujukan.
Pengalaman Saya Buat Blog Jual Produk Online
Saya pernah menjual lampin pakai buang menerusi blog. Sehinggakan ada permintaan dari luar negara seperti India, Bangladesh dan Indonesia. Dan pernah diminta untuk kerjasama dengan syarikat pengeluar lampin pakai buang dari China. Semuanya kerana saya buat blog jual satu produk menggunakan 'jenama' saya sendiri, walhal saya dapatkan bekalan dari pengedar yang jual loose pack. Saya juga pernah ada blog untuk jual online pelekat tapak kaki berubat.Bukan takat tu je, saya pernah buat satu blog seakan kedai buku online, dan pernah mendapat komisen jual produk-produk buku dari Stormreader. Modal kosong. Hanya promosikan blog yang sudah ada produk yang disenaraikan, dan ... walla .. tunggu jualan terhasil.
Baca cara blogger buat duit online.
Anda tentu pernah dengar mengenai dropship. Dropship adalah salah satu lagi cara yang membolehkan anda wujudkan blog niaga dan jual produk anda 'sendiri'. Anda pilih mana-mana produk yang bagus untuk dijual, buatkan satu blog khas, dan promosikan blog tersebut.
Cara nak promosi ada dua - menerusi banner iklan diletakkan di blog-blog yang ada trafik tinggi, dan juga dengan cara mendapatkan servis penulisan advertorial. Dua cara ini antara cara berkesan nak perkenalkan produk dan jenama blog niaga anda.
Ok. Berminat nak dapatkan servis pengiklanan dari saya, dan bantu anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu? Hubungi saya di sini - Email Jejaka Kacak Ini Segera
Leceh2 pun jual barangan org atau dropship je kat Fb pastu jgn give up. Then dah ada kemajuan buat blog niaga plak...
BalasPadamYe. Dropship salah satu bisnes yang boleh dibuat online. Memang senang, kita hanya dapatkan butiran pembeli je. Komisen pun agak tinggi kalau ikut sesetengah barang.
PadamUntuk mereka yang berbakat sebagai usahawan tegar dan tidak mengenal erti putus asa..:)
BalasPadamBerniaga dengan medium blog ni sesuai jika kita nak letak info banyak. Boleh juga buat di Facebook, tapi selalunya info kita lama-lama terbang di angin lalu. Dengan blog, insyaAllah info itu sentiasa kekal.
BalasPadamTapi nak berniaga ni, semangat kena kental lah. :-)
Ceritakan mengenai maklumat berkaitan produk, kalau org mencari ikut Google, senanglah nak pikat mereka dengan info yang bagus untuk mereka. Lepas tu, mana tahu, jika mereka benar dalam masalah dan fikirkan ini adalah penyelesaian, produk akan dibeli.
PadamBuat duit dengan blog... cara lain ialah, buat blog tu bagi cantik, lepas tu jual blog tu
BalasPadam:) blogger yang bijak pandai buat template, memang buat duit dengan cara ni. Jual kat pasaran luar - antarabangsa .. mereka sanggup bayar tinggi kalau website atau blog itu bagus.
PadamMemang tengah berjinak2 dengan blog sekarang ni sebab medium ni lagi senang nak menjual walaupun mengambil masa yang agak lama la nak berkembang. Yang penting belajar dan terus belajar dari pakar macam HH
BalasPadamTerima kasih , sekali lagi saya bukanlah pakar mana pun, sekadar kongsi pengetahuan dan ilmu sahaja.
PadamMasih study lagi nie tapi niat nak buat bisnes online pas graduate nanti. Tapi tak tau la ada produk sendiri ke. Ingat nak jual barang ibu dan anak sebab minat dengan barang-barang gitu.
BalasPadamPermulaan yang baik, jual produk yang kita tahu selok belok lebih ok.
Padamtima kasih..tips yang bagus.
BalasPadamBetul3... blogshop saya dag banyak beri pulangan kepada saya.
BalasPadamHaaa .. kak ieta antara blogger yang saya tahu ada blogshop yang bagus. Dari blogshop bolehlah nanti buka kedai pula. Ramai blogger yang berjaya buat gitu.
Padamblog memang banyak kegunaan, yang penting cari ilmu untuk berjaya
BalasPadamSenangnya nak buat duit dengan blog kalau kena tekniknya kan...hehe
BalasPadamIn Sha Allah, cara promosi itu penting. Jika tanpa promosi susahlah nak buat duit dengan blog.
Padambuat duit dengan blog jual produk sendiri pastu jual sekali dengan blog yang telah dibuat tersebut... buat blog dan jual blog...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.