Makan angin sambil kutip ilmu. Siapa yang tidak tahu mengenai keris Melayu? Kalau tak tahu, anda pasti akan dapat tambah pengetahuan dengan entri ini, in Sha Allah, sedikit sebanyak boleh mengenali mengenai Keris Melayu ini. Saya dan keluarga berpeluang nak kenali Keris Melayu, kesempatan berkunjung ke Muzium Adat di Kota Bharu, Kelantan beri peluang terbaik kenali mengenai asal usul keris.

Sebelum ini, saya pernah jejakkan kaki ke Kompleks Sejarah Pasir Salak, di situ ada juga satu bahagian yang menceritkan mengenai sejarah keris. Bukan setakat keris Melayu, tetapi keris di Nusantara. Saya tak ingat samada saya ada kongsikan entri kunjungan saya di Kompleks Pasir Salak di Kampung Gajah, Perak ... mungkin kena belek album gambar selepas ini.

Mengenali Keris Melayu di Muzium Adat, Istana Jahar Kota Bharu, Kelantan

Pengertian Perkataan Keris

Maksud Pengertian Perkataan Keris

  • Ketahanan Rakyat Yang Sepadu
  • Kekuatan Raja Yang Sejati
  • Keamanan Rakyat Yang Sejahtera
  • Kemuliaan Raja Yang Susila
  • Kebanggan Rakyat Yang Setia
  • Kuasa Raja Yang Sejagat
Sebelum ini, saya tidak tahu langsung bahawa perkataan keris di dalam tulisan Jawi mempunyai makna dan maksud tertentu. Jadi, sekarang saya dah tahu, anak-anak saya juga dah tahu, dan seharusnya anda juga dah tahu. Hebat bukan?

Keris unik. Ia ada bahagian-bahagian yang dinamakan secara khusus. Dan setiapnya ada ceritanya tersendiri. Saya nak cerita detail pun tak boleh, jadi jika anda ada kesempatan, lawati Muzium Adat di Istana Jahar, yang terletak di Kota Bharu, Kelantan ini.

Bahagian-Bahagian Keris

Bahagian Keris

The Parts of a Keris
Mengenali keris paling menarik ialah mengenali mengenai Luk atau Lok. Ada maksud tertentu dengan Luk 7, Luk 9, Luk 13 dan sebagainya. Luk adalah bahagian mata utama keris, yang letaknya mata keris. Ada mata keris yang hujungnya tirus, ada yang leper, ada yang bercabang, dan ada yang seolah tumpul tetapi berbisa.

Ukiran pada keris juga beri makna tertentu. Begitulah halusnya seni yang ada pada sebilah keris. Anda tentu tertanya apakah itu kepala cicak, dagu keris, Lambai Gajah, Rigi, Aring, Ganja, Janggut, Pamor, Tuntong Keris ..  - ini semua bahagian keris yang bukan dibuat tanpa pengertian.
The Parts of a Keris
Bukan sekadar kisah keris, malah banyak lagi perkara yang anda bakal tahu, terutama sekali mengenai sejarah Ketamadunan Melayu, dan juga sejarah Kelantan itu sendiri.

Cuti sekolah bolehlah pergi melawat negeri Kelantan, singgah di Istana Jahar, dan ketahui mengenai sejarah dan fakta yang tidak diketahui sebelum ini. Anda pasti kagum betapa hebatnya sejarah keris itu. Dan anda akan lagi kagum jika ketahui bahawa keris itu punyai saktinya sendiri - atas izin Allah S.W.T jua.
Kenali Keris Melayu Muzium Adat Istana Jahar
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement