Tak tahu pasal apa, memang anak perempuan ni manja lebih dengan si ayah. Dulu, saya pun lihat kebanyakan sepupu-sepupu saya yang perempuan memang manja dengan pak sedara. Tak tahu pasal apa. Nak kata mak sedara saya garang, fikir-fikir balik .. pak sedara saya pernah je rotan anak-anak dara dia sebab tak sholat. Ada pak sedara saya yang lain, main renung je .. semua pakat lari masuk bilik.

Dulu, saya tertanya-tanya gak. Sekarang ni bila dah ada anak perempuan sendiri, baru saya tahu ... err tahu ke? Haha .. actually saya pun masih lagi tertanya-tanya kenapa anak perempuan manja mereka lebih pada si ayah.

Manjanya Anak Perempuan Dengan Si Ayah


Mungkin sebab ayah kot yang manjakan lebih anak perempuan, almaklumlah, menjaga anak perempuan ni bukannya satu perkara yang mudah. Sebagai ibu bapa kena didik seperti acuan yang pernah Rasulullah S.A.W sediakan. Didik anak perlu ikut sunnah S.A.W. Memang, dalam agama Islam sendiri pun, dititikberatkan untuk jaga anak perempuan lebih sikit prihatinnya. Anak perempuan emosinya mudah terguris dan terganggu. Pantang silap, akan merajuklah dia.

Saya pernah kongsikan cabaran didik anak perempuan bukan mudah. Ustazah dalam video entri tu banyak beri pesan dan beri tips. Jika tak tengok, bolehlah baca dan tonton video tu nanti.

Anak perempuan ni, dari kecil sehingga menjadi anak dara banyak fasa dalam hidup. Anak perempuan akan merasai perubahan fizikal ketara. Malah secara biologi pun ada perubahan. Jadi, menjadi ibu bapa yang ada anak perempuan kena ambil tahu dan kena lebih berpengetahuan.

Anak perempuan manja pada ayah kerana sifat ayah itu sendiri yang memang kena lebih ambil berat soal mereka. Anak perempuan kena bermain dengan emosi, jadi manja pada mereka itu sebenarnya satu cara mendidik mereka.

Namun, dalam menjaga dan didik anak perempuan ini kena berhemah, silap langkah ... anak perempuan akan fikir merekalah puteri yang tidak boleh ditolak kata. Ayah perlu jadi hero, dan pelindung kepada anak-anak perempuan.
Terkenang zaman jahiliyiah sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W, diceritakan di dalam Al Quran; bila anak perempuan dilahirkan dianggap satu kehinaan, sampai ada yang sanggup kuburkan bayi perempuan baru lahir hidup-hidup.

Bila Islam datang, bayi perempuan diberikan satu darjat dan taraf tinggi dalam masyarakat.

Anak perempuan diberikan satu kelebihan dalam Islam, dan anak-anak perempuan ini perlu dididik dengan terbaik kerana ia akan menjadi kepada isteri dan ibu kepada seseorang. Jika baik didikan mereka, in Sha Allah, syurga anak itu akan terjamin bersama suami soleh, dan menjadi ibu mithali buat anak-anak yang bakal mendoakan segala kebaikan dunia akhirat.

Memang takkan terbanding dengan puteri-puteri Nabi Muhammad S.A.W tetapi setidaknya kita ibu bapa mencuba. Ye tak?

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. anak perempuan aku pun manja sangat dengan aku..nak tidur pun kena aku ulikkan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak aku Maira ni kena peluk tangan aku baru leh tidur dengan aman.

      Delete
  2. Dari pemerhatian... zaman sekarang ni nampak anak2 lebih manja dgn ayah dr ibu berbanding dulu2 yg semua anak2 takut dgn ayah. Hmmm

    ReplyDelete
  3. Comelnya anak perempuan HH ni. hehehe :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement