Adakah anda biasa dengan kek coklat jenama Anis Choc Moist? Ohh tak biasa dengan jenama ini ke? Ok. Kita mukadimah sikit, Anis Choc Moist atau Anis Choc Melt adalah jenama kek coklat yang semakin dikenali kini. Keenakkan kek coklat ini telah menjadikan pasangan suami isteri Junaidy dan Anis menjadi antara jutawan di Malaysia.

Hebat bukan? Hanya dari suka-suka buat kek coklat di rumah, pasangan ini telah ada beberapa kilang dan beratus cawangan Anis Choc Moist atau Anis Choc Melt di Malaysia.

Coklat Anis Choc Melt

Mungkin ada yang tidak tahu, pasangan ini merupakan senior saya semasa belajar di USM. Malah, tuan Junaidy merupakan rakan 'korum' saya ketika itu. Bila dah jadi rakan korum ni, macam-macam rahsia mereka saya tahu .. hoho .. termasuklah kisah cinta mereka di Desasiswa Permai, USM ... jeng jeng jeng ....
Resepi Rahsia Kek Coklat Anis Choc Moist
Tuan Junaidy ni memang serius baik orangnya. Saya yang memang sengkek masa belajar dulu selalulah dok pinjam motor dan komputer. Jasa beliau memang tak dapat nak balas. Begitu juga dengan Puan Anis yang cantik jelita (masa tu ..), pujaan ramai weihhhh ... saya yang junior ni pun tergoda jap. Wajah cantik, pastu peramah gila ... dengar suara je leh cair kauuu .. hoho ... huhu ..

Hehehe.. memang best teringat zaman muda-muda, zaman belajar ni. Sambil saya tulis ni, sambil saya imbau balik kenangan lampau, serius saya sedang tersenyum sambil menaip entri ini.
Kek coklat anis choc moist melt
Kek coklat anis chocolate melt
Ok. Berbalik pada resepi rahsia Anis Choc Moist ni. Sebenarnya resepi kek coklat Puan Anis dah lama didedahkan menerusi blog peribadinya, tetapi mungkin sebab belum terkenal macam sekarang, orang lain mungkin tak ambil kesah sangat. Yelah, mana nak sangka Puan Anis dan Tuan Junaidy boleh menjadi jutawan hanya kerana kek coklat! Saya pun tak percaya ...

Resepi Kek Coklat Anis Chocolate Moist Melt

Bahan A

  • 1 cawan air
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko

Bahan B

  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung (tak dinyatakan pula tepung apa)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh Double Action baking powder

Cara Menyediakan kek Anis Choc Moist

  1. Masak bahan A di atas api sederhana. Masakkan ia sehingga semua gula larut di dalam air.
  2. Telur pula dipukul di dalam mangkuk lain, dan kemudiannya dimasak sekali dengan bahan A tadi.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung, soda bikarbonat dan Double Action.
  4. Kukuskan kek tersebut untuk mendapat moist yang diinginkan. Ia akan masak lebih kurang setengah jam.

Bahan C

  • Coklat masakan
  • Sedikit mentega
  • Whipping cream
Campurkan semua bahan C yang akan digunakan untuk topping kek coklat tadi. Masak dengan teknik double boil.

Alternatif Bahan C

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko

Panaskan minyak masak dan masukkan susu pekat dan serbuk koko. Jika mahu topping nampak pekat, boleh tambah, dan boleh kurangkan. Atau boleh tambahkan sedikit susu penuh krim. Kacau bahan-bahan ini sehingga sebati. Siap untuk topping kek coklat.

Begitulah adanya.

Oh ya, bagaimana nak letak topping pada kek? Hoho .. main curah je pun boleh, nampak macam larva gunung berapi gitu .. hoho.
Nak resepi kek coklat dalam bentuk CD/DVD? Leh tempah di sini - Sensasi Kek Coklat Kukus

Rahsia besar kesedapan dan enaknya kek coklat ini adalah .... kerana ia perlu dimasak dengan penuh kasih sayang, dan kerana itulah bekas atau pembungkusan kek coklat Anis Choc Moist Melt ini berbentuk hati ... hoho

Rahsia Kejayaan Anis Chocolate Moist Melt

Kek coklat Anis Choc Moist yang kini dikenali Anis Choc Melt ini begitu berkembang sehingga menembusi pasaran Sabah dan Sarawak. Dulu buat kat rumah ... sekarang sudah ada kilang sendiri. Hebat tak hebat, mereka antara anak didik Dr Azizan yang berjaya, dan beberapa kali ditampilkan dalam program mentor jutawan Dr Azizan ni.

Rahsia Kejayaan Resepi kek coklat anis chocolate melt

Kejayaan kek coklat Anis Choc Moist bukan sekadar pada resepi dan rasa istimewa kek coklat Anis dan Junaidy, tetapi kerana teknik pemasaran yang digunakan. Al maklumlah, Junaidy merupakan graduan dalam bidang ini. Jadi, memang terbaiklah gandingan suami isteri ini, seorang pandai masak kek dengan penuh kasih sayang, seorang lagi pula mahir selok belok pemasaran.

Resepi rahsia kek coklat anis chocolate melt

Permulaan kejayaan kek coklat Anis Choc Moist ini adalah kerana sifat yakin dan berani Tuan Junaidy yang berjaya memasarkan kek coklat ini di rangkaian stesen minyak Petronas.

Banyak lagi kisah suka duka dan penceritaan perjalanan bisnes Junaidy dan Sophiahanis sehingga akhirnya mereka menjadi jutawan kek berjaya di Malaysia. Anda boleh baca dan mungkin timba pengetahuan sesuatu dari pengalaman pasangan ini membina kejayaan di Blog Anis Choc Moist Cake
Berminat nak belajar bakeri dari rumah? Boleh terus ke sini - Belajar Bakeri Di Rumah
Bangga ooo bila member makan satu korum berjaya jadi jutawan, teringat susah senang dulu masa belajar .... harap dapatlah sedikit-sedikit aura dari mereka lepas saya tulis ni .. hoho ..

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah...sedapnya..macam masuk blog resepi pulak kali ni HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai pembaca blog saya adalah wanita, jadi ini satu bonus untuk mereka .. :) kena kenal siapa pembaca blog supaya kita boleh memanfaatkan blog sebaiknya.

      Padam
  2. sedappp kot kek moist coklat tuuu.. memg ketagih.. nak cari pon senang.. kat kl ni pegi je mana2 petrol pump..kompemmm ada... setakat nak rasa, beli je... nak buatnye malas.. hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu tak ramai yakin, sekarang ramai nak jadi pengedar ... hebat tak hebat segalanya kerana usaha keras yang dibuat mereka.

      Padam
  3. Baru jer...rasa tadi anis chocolate melt. Ermmm memang sedap.

    BalasPadam
  4. macam sedap je ..jap nak salin resepi..hahaha

    BalasPadam
  5. Salam...kdg2 benda yg remeh temeh pun leh jadi rezeki besar pd orang lain...yang penting usaha pasti berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu, banyak sebenarnya idea bisnes ni tapi ramai macam malas nak buat, saya siap pernah berikan cd idea bisnes percuma pun orang tak mo

      Padam
  6. Memang sedap pun... Suami sy pernah setiap hari beli... Bertimbun2 bekas kek berbntuk hati kt rumah... Hehe... Tahniah buat mereka... Berkat usaha dan kejayaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, sebab itulah ia mudah sikit nak dijual, ramai yang suka ... :)

      Padam
  7. Wah blh jadi rakan niaga mcm ni...agen atau atau stokist...

    BalasPadam
  8. nampak mudah je resepi... boleh try ni

    BalasPadam
  9. memang sedap kek dia...masa mula2 try kek ne...kawan yg jual....time tu beli 2 jer....pastu bila die jual lagi...saya beli lagi dan lagi masa tu tak tau pun kek ne mmg terkenal...alhamdulillah dapat resepi kek kat sini....mmg moist betul n sedap....

    BalasPadam
  10. saya copy resepi ya...

    dah ada resepi,tapi nak bandingkan dengan yang dah ada ni,mana lagi best.

    Terima kasih untuk perkenalan saya dengan blog beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Ehhh silakan silakan .. tak ada masalah buat diri saya.

      Padam
  11. Memang layan kek ni kalu makan skali rase berhantu beb mesti nak makan lagi tak boleh tahan.

    BalasPadam
  12. sy dh cuba buat kek ikut resepi anis ni...mmg sedap dn sempoi....

    dh berapa lma kek coklt
    at anis dlm psaran?

    BalasPadam
  13. kek coklat anis ni memang sedap yang amat. memang heaven. pernah juga juga resepi ni tapi tak dapat rasa yang sama. mungkin kena tambah mood masak dengan rasa kasih sayang tu. tapi memang sedaptk terkata lah.

    BalasPadam
  14. kek coklat anis ni mmg fav saya... selalu beli juga... tp skrg ni cam susah nak dpt kat stesen minyak dah... byk brand lain... boleh try resepi kek batik juga sedap

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement