Resepi udang galah ini merupakan resepi yang saya cedok daripada blog rakan blogger saya yang amat saya kagumi - blogger Che Mat Gebu menerusi entri Gulai Pedas Udang. Ada sedikit modifikasi saya buat dengan teknik dan cara saya masak, almaklumlah, teknik Che Mat ni kira tahap 'dewa' masakan dah .. hehehe...
Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api
Resepi ini ada yang namakan masak gulai pedas, ada yang namakan gulai kunyit .. tapi saya, masakan ini lebih kurang sama nak masak lemak cili api, masakan popular di Negeri Sembilan.Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk masak lemak cili api udang galah adalah seperti berikut:- Udang galah saiz sederhana. Saiz besar sangat tak sedap, sebab manisnya udang tidak terasa.
- Sebiji timun.
- Dua helai daun kunyit saiz sederhana.
- Serai. Sebatang mencukupi, tapi nak letak 2 batang dialukan, kena sesuai dengan jumlah udang.
- 4 biji tomato segar.
- Semangkuk kecil Santan.
Bahan Dikisar
- 10 biji Cili api.
- Kunyit hidup sebesar separuh jari kelinking.
- 3 biji bawang besar.
- 3 ulas bawang putih.
Cara Menyedikan Udang Galah Masak Lemak Cili Api
- Pertama sekali, udang perlulah disiang dan dibasuh dengan bersih. Kena pastikan tahi udang dibuang terlebih dahulu dengan sebersihnya supaya nanti gulai lemak cili api tak berbau hanyir.
- Kemudian, titikkan serai dan buang kulit timun. Timun yang dah bogel, kena potong memanjang, dikerat dua macam biskut wafer (potong je ikut suka .. hahahaa).
- Tomato pula dipotong besar, saya suka potong empat atau enam, ikut saiz buah tomato segar tu.
- Masukkan udang dan serai ke dalam periuk bersama santan dan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan suku atau separuh santan dahulu.
- Kacau udang, serai dan bahan-bahan dikisar dengan api periuk yang sederhana.
- Apabila sudah mendidih dan udang sudah bertukar warna dan mengecut, masukkan tomato, timun dan sedikit garam. Masukkan baki santan yang ada.
- Masukkan sedikit gula jika perlu. Kacau dan gaul masakan dengan api kecil.
- Siat-siat atau rincikkan helaian daun kunyit dan masukkan ke dalam gulai. Kacau dengan perlahan biar nampak sebati.
Sila rasa masakan anda, bila tak cukup masam, masukkan lagi tomato segar atau dengan cara lain masukkan asam keping atau asam gelugor.
Walla .. dah siap masakan udang galah masak lemak cili api. Peringatan khas, jangan letakkan air, hanya gunakan santan pekat sebab udang galah dah ada airnya sendiri.
Jika mahu masakan pedas, bolehlah guna sampai 50 biji cili api, jika tidak boleh ganti dengan cili masak. Kunyit hidup untuk rasa kunyit dan hilangkan rasa hanyir. Jika tak ada, bolehlah ganti dengan serbuk kunyit untuk warna serba menyelera masak lemak cili api udang galah.
Alhamdulillah, tak susah nak masak udang galah masak lemak cili api ni. Resepi sama untuk masak bahan mentah lain terutama ikan kembong. Pandai-pandailah ubah .. cuma jangan jadikan masak lemak ni jadi masak kicap dah la .. agak-agak la juga kalau nak ubahsuai resepi ehh .. hehehe..
Selamat mencuba ... terutama buat bapak-bapak macam saya.
perghhh.. nampak sedap! rasanya pon mesti mabeles ni..
ReplyDeleteAllahu Akbar ..Sedap nyer Bro HH ..Buat saya lapar la pulak tgk gambar ni ..Udang galah tu betul2 menggoda jiwa raga la Bro hahahaha ...Sakit pulak hati saya tgk Bro up gambar ni ..Hahaha ..dah boleh buat blog resipi la lps ni ya Bro ..Tahniah tahniah .mesti sedap tu ..
ReplyDeleteTak buat blog resepi .. cuma suka nak kongsi aktiviti saya sebagai blogger house husband di rumah .. janagn ingat blogger lelaki dok umah dok depan PC je ...
DeleteSiap denagn ikan goreng kangkung goreng pulak tu ..Aduhaii kenapa la kita ni tak berjiran hahahaha..Kalau tak dah lama hulur mangkuk bertingkat2 ni ... Lapar lapar ...Mmg menguji skesabaran sungguh la UDANG tuu tu tu kat ats tuu ......Adoiii
ReplyDeleteHehehe.. minta maaf la ye kalau buat terliur .. hoho
Deletemak oi, terliur sungguh tengok udang galah tu.. lahai, lapar baliklah pula..
ReplyDeleteLapar? Silalak makan .. hehehehe .. leh buat mee segera kawin kawin ...
DeleteTabik kat tuan HH sekali lagi kerana kepakaran buah tangannye yang menjadi ni...bukan setakat buah fikiran tapi serba serbi terer ni...cuma yang saya hairan..kenapa banyak blog2 otai ni pakat buat artikel resepi ye...? Banyak tak terkira blogger duk buat pasal masakan ni...blh tlg jawabkan tak tuan HH?
ReplyDeleteSyabas tuan blog kerana berjaya membuat saya lapar semula di malam2 hari camni..
ReplyDeletehidangan yang menyelerakan, pictures pun cantik.
fuhhh sedap ! udang galah ni part otak tu paling best...
ReplyDeletemasak lemak jadi masak kicap? entah entah encik hasrul pernah buat apa... hahahahaha... syabas sebab jadi suami terbaik!!!
ReplyDelete50 biji cili api...mesti terangkatlah..tapi cukup sedap.
ReplyDeletewaahhhhh... pandai masak rupanya si Mr Mama ni ... udang galah ni masak apapun mesti jadi sedap sampai ke kepala dia ... ;)
ReplyDeleteBro HH nhe Chef yang hebat.. terbaik Bro
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.