Untung isteri yang ada suami yang tahu memasak. Lagi untung jika memang pandai memasak. Suruhlah masak apa sahaja, si suami bagai petik jari dan senyum angkat kening. Suami pandai memasak memang satu kelebihan. Jika nak cari suami, pilihlah suami yang tahu memasak, bonus jika suami pandai memasak.

Antara tahu dengan pandai memasak, ada bezanya ye. Kalau tahu - kategori macam masak telur goreng, masak nasi, masak air .... jika kategori pandai, si suami boleh masak ikan patin masak tempoyak, kailan ikan masin, kari kepala ikan, sup kelapa kepala ikan merah sedap, sotong celup tepung, masak karipap, masak cucur udang ... dan langkahnya bukan semasa kuali di atas dapur tapi bermula dari menyiang ikan dan sayur sampailah ia menjadi masakan licin pinggan bila menjamah.

Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan

Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan

Kelebihan Punyai Suami Tahu dan Pandai Memasak

Suami pandai memasak satu kelebihan sebab anak-anak tidak perlu makan di kedai apabila si isteri tidak sihat atau tidak larat nak memasak.

Suami pandai memasak satu kelebihan bila si isteri tak cukup tangan nak layan para tetamu yang datang bertandang di hari raya.

Suami pandai memasak satu kelebihan jika kemudian kelak isteri sudah tiada, dan apabila si isteri mewasiatkan minta menjaga anak-anak dengan baik. Jadi, isteri tak perlu risau si suami nak cari isteri lain jaga makan minum anak-anak bila dah tiada (walaupun ada yang izinkan). Ok, this is the worst example, bukan mendoakan, tetapi cuba fikir-fikirkan.

Saya pasti ramai anak dara suka kalau pasangan mereka pandai memasak, yelah zaman sekarang ni bukan ramai mana pun anak dara yang boleh memasak ni... hoho ... semua main segera je, mana ada masa nak berada di dapur. Saya boleh jamin, antara 1 daripada 5 mesti ada yang tak tahu nama ikan dan sayur yang dijual di pasar. Belum lagi sebut nama buah-buah pelik.... hoho...
Suami pandai memasak satu kelebihan - Ikan Semilang
Cara siang ikan tilapia merah
Ada anak dara tak tahu nama ikan dan cara nak siang ikan dengan betul!

Jadi, untuk anak-anak dara ni, jika dapat pasangan yang pandai memasak macam Chef Riz ke, memang untunglah badan. Nak pikat tak susah, kena jadikan diri cantik je .... hoho ...

Mudahnya Isteri Nak Berbakti Pada Suami

Namun, sukacita nak sebut .. seandainya si isteri memasak untuk suami dan anak-anak, walaupun si suami tu chef terkemuka antarabangsa, ganjaran pahala Allah S.W.T nak bagi memang hebat. Walaupun rasa diri macam tak berapa bijak hebat memasak ni, tapi in Sha Allah, berkat rajin melayan suami sediakan masakan kegemaran walaupun kerap tak menjadi, akan lama-lama diberkati, dan Allah S.W.T pasti akan tolong.

Practice makes perfect. Kalau tak buat lansung, itu masalah. Anak dara kena tahu memasak, dan belajarlah untuk jadi pandai memasak. Nak belajar mudah je, ikut je resepi online yang dah berlambak tersedia. Ebook pun ada. Baca dan buat, lama-lama dok bikin benda sama, jadilah anda pakar masakan - hatta ia hanyalah satu resepi biasa semata.

Mengahwini seorang suami yang pandai memasak memang satu kelebihan, tetapi tidak bermakna si isteri perlu abaikan pula tugas memasak. Boleh je bergandingan, dan boleh je bergilir-gilir... yang penting anak-anak perlu merasa air tangan ayah dan ibu. Berkat tu.

29 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya tak pandai masak tetapi buat kek bolehlah.... apapun memang satu kelebihan bila suami pandai masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah situ ada la tu kepandaian, lepas ni ... Pattaya leh buat dah tu .. hehehee

      Delete
  2. iye betul. untung suami yang pandai masak or ada niat nak belajar masak.

    masa ummi lahirkan adik saya semua, arwah abah yang jaga kami..buat sarapan sebelum kami g sekolah... kalau x reti masak, susah juga.. sian ummi duk fikir apalah jadi dekat rumah tu..

    ReplyDelete
  3. setuju...kalau dua2 pandai masak lagi bagus...lagi senang kan....setuju jugak ada anak dara sekarang x tau nama ikan or siang ikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha serius ehh anak dara sekarang tak tahu siang ikan?

      Delete
  4. sbg org bujang. pndai memasak mmg saving giler hidup.!
    haha tp sayang tak berapa pndai masak.

    ReplyDelete
  5. Ramai sebenarnya sang suami di Malaysia ni yang pandai memasak tapi kalau dah start memasak, takot2 sang Isteri pulak ambil banyak kesempatan....

    ReplyDelete
  6. fuh memang cemburu dengan lelaki yang pandai memasak :-) saya cuma tahu memasak tapi tak pandai sangat nak memasak

    ReplyDelete
  7. Kelebihan untuk isteri apabila datang kemalasan memasak..hehe

    ReplyDelete
  8. Bolehlah kalau nak msk cincai2 utk famili..kalau nak panggil org buat makan2 kena serah kat org dapur le...

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni nak memasak senang ja kan, pakcik google anyak. kat media sosial pun banyak orang duk share pasal masakan. kena berlatih selalu baru la nak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.... ya, memang senang. Buku resepi pun boleh. Tak ada masalah.

      Delete
  10. Pandai tu tak ada lah...tp boleh lah kalau nk hidang untuk family.. cuma kadang tu bila rajin sangat masak isteri dah mula tarik diri dari dapur.. aku rasa sebab tu laki buat-buat tak pandai masak..

    ReplyDelete
  11. Nasib baik pandai masak jugak ni.. haha :D

    ReplyDelete
  12. Asalam bro HH..hebat juga kan lelaki memasak ni..pada Etuza kalau di restoran lebih elok kita jamah makanan dari air tangan lelaki. Tapi kena bersih ..apapun tabik para wanita hadal di dapur. ada bab lelaki tak boleh lawan wanita memasak di dapur. konsantrat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... wanita memasak dengan penuh kasih sayang, lelaki banyak masak sebab nak duit .. keng keng keng .. jajajajaja.. lalalala ... oppss

      Delete
  13. alhamdulillah, memang sangat syukur dapat suami yg boleh membantu dalam urusan dapur. bukan nya berat tulang ke apa, tp kalau ngah super bz ngn anak2 tu, boleh la suami tolong yg basic2 :)

    ReplyDelete
  14. Suami pandai memasak satu kelebihan buat isteri yang nak rehat selalu..hehe...

    ReplyDelete
  15. Baik kita rajin dari malas...baik ada kelebihan dari tunjuk kelemahan...yang penting rumah tangga rukun damai dan sentiasa beralah ye...so suami pun mesti kena rajin memasak tlg istri yang selalu tak menang tangan tu ye...

    ReplyDelete
  16. Adakah anda salah seorang dari suami yg pandai masak itu? atau kategori yang boleh masak air dan telur goreng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai tu tidaklah, tapi in Sha Allah .. boleh masak dan boleh dimakan .. hehhehe

      Delete
  17. saya rasa ramai laki nie pandai masak. cincai2 pun tetap sedap. cuma tang dapur lepas diorg masak tue je lah, kena tutup mata sikit. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tapi ada gak lelaki pengemas, lepas buat kerja derang cepat kemas .. bukan apa, takut kena leteran isteri yang bingit telinga .. hahahaa

      Delete
  18. memang untung isteri yang ada suami pandai masak, lagi untung kalau rajin. tapi masakan isteri kedua sedap lepas masakan mak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement