Ramai yang tanya saya, ok ke tak nak shopping online di Lazada? Setakat ini, dari beberapa pengalaman sendiri beli belah online di Lazada, alhamdulillah, saya berpuas-hati. Walaupun ada beberapa masalah kecil seperti kelewatan barang sampai 2-3 hari, bagi saya ia normal. Adat bisnes online, memang begitu.

Jika dah biasa beli belah secara online, masalah barang lewat sampai itu memang normal. Masalah itu berbangkit sebab kadangkala stok yang dalam simpanan tak cukup nak tampung permintaan. Kena faham, sistem online ni berbeza-beza. Ada syarikat yang ada sistem yang bagus, pengurusan yang baik tetapi bila stok daripada pembekal yang tidak sampai kepada mereka, maka boleh terjejas juga.

Testimonial Beli Belah Online Lazada

Banyak juga barang saya beli online di Lazada. Antara barang saya pernah beli microwave oven, penyapu elektrik, blender, pemanggang, kipas angin termasuklah steam mop. Barang-barang kecil seperti jam tangan pun pernah saya beli secara online di Lazada Malaysia.

Saya faham, ada beberapa orang hadapi masalah bila beli belah online di Lazada. Apatah lagi, bila ia merupakan pengalaman pertama. Bila nak beli belah online pertama kali, pastu hadapi masalah macam-macam tentulah akan rasa kecewa. Saya pun kalau beli belah online pertama kali, tetiba ada berlaku perkara yang mengecewakan, tentulah akan marah. Yelah, baca testimonial banyak kata syok shopping di Lazada, tetapi bila nak rasa pengalaman sendiri, lain pula jadinya.

Lazada tak terlepas dari masalah sebenarnya. Tapi jika kita tahu untuk respon, masalah boleh diselesaikan dengan cara baik. Dan saya pasti Lazada akan lebih tahu masalah pelanggan mereka selepas kita, sebagai pengguna dan pembeli berikan respon yang sepatutnya.

Saya dah mula beli belah secara online sejak dari 2008 lagi. Macam-macam saya beli, termasuklah kamera DSLR dan juga pakaian. Jika produk tempatan, cepat sikit dapat. Jika produk tu merupakan produk import, tu kena tunggu lama sedikit. Saya pernah beli di Mudah.com, Forum tertentu, blog shop dan beberapa portal antarabangsa.

Ada banyak 'pasaraya' online di internet ni. Bukan setakat jual produk biasa-biasa, produk yang luar biasa pun banyak yang dijual. Ada yang jual kereta, ada jual tanah, ada yang jual rumah.
[post_ads]

Scammer Mencacatkan Pernigaaan Online

Dan biasalah, bila internet jadi lubuk buat duit, mesti akan ada scammer yang mencacatkan perniagaan online ni. Ramai je penipu. Nak tak nak, buat mereka yang mahu beli belah online, kenalah waspada.

Hal-hal tipu menipu tak bertanggungjawab sesetengah individu inilah yang membuatkan perniagaan online termasuklah beli belah online diragui. Ada yang tidak percaya sistem pembayaranlah, ada yang tidak percaya sistem penghantaranlah, dan macam-macam lagi. Ramai juga yang luahkan rasa tak puas hati dengan produk. Bila tengok online, produk macam best je, tapi bila dapat ... ceh .... kualiti pasar malam. Kecewa? tentulah.

Namun, setakat saya beli belah di Lazada, masalah itu tidak timbul. Walaupun ada keraguan, ia boleh diatasi jika kita pengguna dan pembeli menyatakan dan menggunakan hak kita sebagai pengguna. Boleh je buat complaint dan hubungi pihak yang menjual. Jika tak selesai, ada tribunal pengguna dan SKMM yang boleh dikemukakan aduan. KPDNKK pun boleh bantu jika masalah itu berkaitan.

Kena Faham Sistem Beli Belah Online

Beli belah secara online ni, seperti beli belah di Lazada, sebagai pengguna anda perlu faham sistem yang digunakan. Bagaimana ia beroperasi dan menjalankan transaksi. Benda-benda begitu selalunya ada diberitahu di laman web perniagaan online. Kena rajin sikit belek dan baca. Jangan sebab anda malas nak tahu hal-hal penting ini, anda terperangkap sendiri ....
[post_ads_2]
Nasihat saya, jika nak beli belah online, anda kena lihat bagaimana perniagaan itu beroperasi, cara pembayaran, cara penghantaran, apa terma dan syarat dikenakan. Kena juga lihat syarikat apa yang buat jualan, adakah ia syarikat berdaftar atau hanya wujud dalam internet semata. Jika ia perniagaan sah, tentu ada alamat perniagaan, tentu ada nombor perdaftaran perniagaan.

Pengetahuan kena ada. Dan anda kena beli belah seperti mana anda beli belah kat kedai runcit dan pasaraya biasa. Buat perbandingan, cari pilihan. Jika rasa tak berbaloi, jangan beli. Jika ada tawaran harga dan diskaun menarik, semak dan pastikan ianya benar.

Hak pengguna. Pastikan anda gunakan untuk selamatkan anda dari kena tipu lagi dan lagi.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah beli dkt lazada..so far puas hati & suka bab voucher tuuu...time sales mmg dinantikan

    ReplyDelete
  2. ina tak pernah cuba lagi beli barang online ni.. hehe.. takut pun ada..

    ReplyDelete
  3. selalu jugak beli kat lazada . lazada kadang kadang murah betul . memang tu yang paling dinantikan . :D

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee saya pun dah selamat membeli mesin jahit di Lazada jugak. ;p

    ReplyDelete
  5. Up sikit confidence nak shopping kat lazada.
    Niat nak beli printer yang baru.

    Doakan ya, semuanya okay. :)

    ReplyDelete
  6. servis lazada teruk..pengalaman saya membeli dilazada...
    http://www.cakaplebat.com/2015/07/pengalaman-buruk-sewaktu-membeli-di.html

    ReplyDelete
  7. salam semua masalah says ....says order kt lazada washer mesin model WA10J5710 RM 2100 yg di hantar model WA10J5710SG RM1499. Nasib baik saya Cek no siri belakang washer. resit diaorg tulis model yg sy order. apa Bila pecah lubang penipuan ini...cepat2 diaorg tarik blik barang tu. setelah 2minggu menunggu pihak LAZADA boleh beritahu stock tak ada. punya pan as hati..buka ,asalah pihak lazada nk pulang kan duit ke apa. says mak barang yg dijanjikan. segala resit bukti says simpan utk menyaman lazada

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement