Tercapai hasrat merasai pengalaman menarik di Big Bad Wolf 2014. Big Bad Wolf merupakan satu acara besar-besaran pameran dan jualan buku pelbagai genre termasuklah buku-buku terlaris dan best-seller. Harga yang ditawarkan sangat-sangat menarik dan anda boleh dapat harga buku kulit keras (hard-cover) serendah RM3 senaskah.

Big Bad Wolf 2014 merupakan pameran dan jualan buku yang membariskna sebanyak 3.5 juta buku pelbagai judul dengan diskaun sehingga 95 peratus. Big Bad Wolf diadakan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan bermula 5 Disember 2014 tanpa henti selama 278 jam siang dan malam. Pameran dan jualan buku Big Bad Wolf akan berakhir pada 9 malam 16 Disember 2014.

Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014

Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014
Memang mengujakan bila saya dan keluarga pertama kali masuk ke dewan MIECC. Mana taknya, gila banyak buku yang ada di sini .... kagum kami satu famili. Inilah pengalaman pertama saya dan keluarga hadir ke sebuah pameran buku super mega besar. Selama ini kami hanya dengar cerita-cerita orang sahaja mengenai Big Bad Wolf. Alhamdulillah, berkesempatan juga alami pengalaman serba menarik di situ.
Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014
Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014

Saya juga baru tahu yang rumah blogger hebat Denaihati berada berdekatan dengan lokasi pameran. Cuma saya tidak kesempatan sahaja untuk teh tarik dengan blogger hebat Denaihati Ilhamku. Jika ada yang mahu ke sana, dan tidak tahu cara-cara, boleh rujuk entri Denaihati mengenai Big Bad Wolf 2014.

Tips Beli Buku Big Bad Wolf 2014

Saya nak kongsikan sedikit tips untuk beli buku-buku hebat yang dijual diskaun sehingga 95% di Big Bad Wolf 2014.
  • Bawa beg sendiri untuk mudah anda pilih buku-buku kegemaran anda - beg pakaian beroda disyorkan atau bakul beroda. Kotak ada disediakan tetapi sukar nak angkat nanti bila buku sudah banyak dipilih.
  • Lihat tag harga sebenar buku yang mahu dibeli di belakang, jangan sampai anda terbeli buku yang harganya jauh lebih murah daripada harga tag Big Bad Wolf 2014. (Saya terkena dah..)
  • Pilih buku-buku yang kulit keras kerana buku-buku ini kualiti terbaik.
  • Pilih buku-buku dengan cermat, dan semak setiap muka surat untuk lihat sebarang kecacatan.
  • Buat pemilihan kali kedua supaya anda tidak terbeli buku-buku yang tidak akan dibaca. Hanya pilih buku yang anda yakin akan baca sehingga habis.
  • Jangan tamak, supaya anda tidak membazir.
  • Bandingkan harga antara buku dan kualiti, walaupun harganya serendah RM5 senaskah.
  • Datang awal pagi atau datang selepas jam 10 malam untuk elak kesesakan ke lokasi.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan, in Sha Allah.

30 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang terdapat banyak pilihan di BBW dan memang setiap kali berlangsungnya BBW ianya tidak mengecewakan...

    ReplyDelete
  2. betul tu bang... beli buku yg sure kite akan abes baca... sebab masa pesta buku awal tahun lepas, kemain beli buku banyak.. bacanyee tidakk..heeee...

    ReplyDelete
  3. tak dapat nak pergi walaupun sebelah rumah je. adohai.

    ReplyDelete
  4. banyak pilihan buku kat situ. Kena buat pilihan betu-betul ni

    ReplyDelete
  5. kalau aku mungkin ambil masa untuk memilih sebuha buku..kena teliti gaya bahasa yang kita minat dan yang penting isinya

    ReplyDelete
  6. wahh memang dah lama dah teringin nak pergi sana, tp tak dapat jugak T-T

    ReplyDelete
  7. Rugi saya tak dapat datang situ.... sebab saya hantu buku tapi syukurlah anak saya yang belajar di Bangi berkesempatan ke situ dan belikan saya buku2 yang saya suka... katanya murah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rambang mata dibuatnya. Serius rasa macam nak beli je semua buku yang ada tapi tgk bajet ... kena tangguh dan pilih mana yang benar2 nak baca.

      Delete
  8. Saya pun pasti tidak melepaskan peluang untuk mencari buku buat anak-anak serta diri sendiri. Nak grab banyak-banyak buku pasal kesihatan, senang nak update blog nanti.hehe

    ReplyDelete
  9. ada kat Ipoh aritu, tapi tak sempat nak pergi..ada hal lain plak

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi dapat pergi kat sini. Teringin. Nak borong komik bebanyak. Huaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dok dekat pun tak gi ke? Saya mai dari Penang ni ... :P

      Delete
  11. Dah lepas le pulak...bile dan bagaimana nak tahu info pameran atau karnival mcm ni lagi ye...

    ReplyDelete
  12. Rambang mata ni, dah lama tak berkunjung ke pameran buku..

    ReplyDelete
  13. Dekat rumah je. puashati cari buku kat Big Bad Wolf.
    terimaksih tip dan backlink tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik denaihati duduk balakong ke?hehehe..main agak-agak je ni..

      Delete
  14. saya tak sempat lagi ke sana...mudah2an kali ni sempat la nak ke sana...^_^

    ReplyDelete
  15. Pasti banyak buku yang penuh ilmu yang menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pompuan yang giler novel, memang leh gila datang Big Bad Wolf ni .. hahaha

      Delete
  16. belum berkesempatan hendak ke sini lagi.

    ReplyDelete
  17. Bestnya kalau tinggal area sana. T_T

    ReplyDelete
  18. yang suka baca buku mcm saya ni mmg kecewa sgt sebab tak dpt pergi.

    ReplyDelete
  19. Penat jalan cari makan. Sedih makanan pun habissss.

    ReplyDelete
  20. Teringin nak pegi ngan hubby... tp die xminat buku-buku nih! Nak pegi ngan adik yg tgh study, die sebok ngan project degree aje! Adoii... saya sgtlah gila buku!

    ReplyDelete
  21. banyak buku novel je, buku bisnes bahasa melayu tk byk. Kalau beli buku mat salleh memang tk terbaca la...

    ReplyDelete
  22. Kalau sy menaiki ktm..stesen yang terdekat sy boleh turun stesen ape eaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa Sri Kembangan kot .. leh Google Map tu ... :)

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement