Saya dah beritahu di status FB yang saya nak bocorkan rahsia seorang usahawan bernama Akma Omar tentang bagaimana beliau berjaya melariskan bisnes Buffet Ramadan Casa Ombak pada tahun 2014. In Sha Allah, dalam blog post ini saya cuba kongsikan sedikit penelitian.

Restoren Casa Ombak telah berjaya meningkatkan jualan semasa Ramadan tahun 2014 sehingga setiap hari 200 tempahan telah dibuat, malah booking Buffet Ramadan Casa Ombak telah penuh dari awal sehingga hari ke 25 Ramadan.

Rahsia Casa Ombak Lariskan Bisnes Buffet Ramadan

Rahsia Casa Ombak Lariskan Bisnes Buffet Ramadan
Akma Omar salah seorang orang kuat di belakang Casa Ombak yang juga seorang blogger hebat Malaysia telah membuktikan langkah promosi yang dibuat telah menghasilkan jualan yang sangat memberansangkan. Apakah rahsia Casa Ombak sehingga berjaya melariskan bisnes buffet Ramadan 2014 yang sememangnya banyak saingan sana sini ketika itu?

Tahukah anda rahsia restoren Casa Ombak lariskan bisnes Buffet Ramadan 2014 adalah disebabkan oleh review yang diberikan oleh blogger Malaysia? Review yang bertalu-talu mengenai Buffet Ramadan Casa Ombak telah membuatkan carian di Google Malaysia membawa kepada promosi buffet ramadan yang disediakan oleh Restoren Casa Ombak.

Review Terbaik oleh Blogger Malaysia

Menurut Akma Omar, ramai pengunjung yang datang ke Casa Ombak untuk menikmati juadah berbuka puasa buffet yang disediakan mengatakan bahawa mereka mendapat tahu mengenai promosi tersebut menerusi internet. Ramai yang suka dengan ulasan yang diberikan oleh blogger, dan tertarik dengan review serta post berbentuk advertorial yang telah dikongsikan.
Rahsia Casa Ombak Lariskan Bisnes Buffet Ramadan
Salah satu antara keberkesanan promosi buffet Ramadan ialah blogger Akma Omar menggunakan platform blog untuk menarik ramai blogger membuat review mengenai buffet ramadan disediakan Casa Ombak. Tekniknya ialah dengan anjurkan kontest yang disertai ramai blogger. Blogger telah diminta untuk menulis satu review berkaitan Buffet Ramadan Casa Ombak. Promosi itu telah dimulakan olehnya sendiri di blog AkmaOmar.com.

Casa Ombak Popular di Google Semasa Ramadan

Dengan review yang sangat baik oleh blogger-blogger Malaysia, tempahan demi tempahan buffet Ramadan telah diterima setiap hari di Casa Ombak. Malah, carian di Google mengenai buffet Ramadan ketika itu semuanya menjurus kepada hidangan masakan kampung yang disediakan oleh Casa Ombak untuk berbuka puasa.
Blogger Malaysia bantu lariskan jualan restoren
Dengan review yang ditulis oleh beberapa orang Pakar SEO Malaysia, entri berkaitan buffet Ramadan Casa Ombak antara carian popular yang jadi pilihan orang ramai untuk berbuka puasa. Ia menjadi faktor Casa Ombak lariskan bisnes di bulan Ramadan 2014.

Kata Akma Omar, jika mahu dapatkan review terbaik yang akan dicari dan menjadi 'viral' di carian Google, perkara penting ialah memastikan produk itu sesuai dengan masa dan keadan. Seperti contohnya buffet Ramadan Casa Ombak ini, dipromosikan apabila hampir bulan puasa. Paling tidak, perlukan 3 bulan untuk produk itu berjaya dikenali menerusi entri-entri review oleh blogger.

Restoren Casa Ombak Dapat 'Pengiktirafan' Sendiri

Disebabkan review yang bagus oleh blogger Malaysia, restoren Casa Ombak telah menerima satu 'pengiktirafan' tersendiri, malah jenama Casa Ombak itu sendiri berjaya dinaikkan dan mendapat perhatian ramai - bermula dari promosi online oleh review dan advertorial blogger tulis sehinggalah menjadi promosi mulut ke mulut dari pengunjung yang telah berpuas-hati!

Memang hebat penangan blogger Malaysia. Jika anda ada bisnes, mahu promosi berkesan dan untuk jangkamasa panjang, maka dapatkan servis daripada blogger Malaysia untuk buat review dan advertorial. Malah, daripada review ini bisnes anda bukan setakat boleh berkembang, malah boleh diperbaiki kelemahan (jika ada) kerana selalunya blogger Malaysia akan menulis mengikut pandangan dan pengalaman mereka.

Review Blogger Terbaik Untuk Jangkamasa Panjang

Inilah rahsia Casa Ombak dan Akma Omar berjaya melariskan jualan bisnes buffet Ramadan Casa Ombak pada Ramadan 2014 - daripada pemasaran atau marketing online menggunakan khidmat blogger Malaysia.

Review oleh blogger adalah pelaburan untuk jangkamasa panjang. Pemilik bisnes tidak akan rugi kerana jenama mereka akan kekal di dalam dunia maya selagi blogger itu menghidupkan blognya dan blognya menjadi perhatian enjin carian. Entri advertorial selalunya bersifat kekal dan ia adalah cara pengiklanan terbaik dengan bajet yang mampu oleh semua usahawan Malaysia!

Strategi sama juga sedang dilakukan untuk Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.

Kredit Foto: Shakiddo.com

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalammualaikum.. bro HH,

    casa ombak suatu jenama yang telah laris setelah di review oleh ramai blogger yang hebat3..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni tak susah lagi untuk promosi sebab dalam Google pun dah banyak berikan trafik dan naikkan jenama ni.

      Delete
  2. Tahniah buat beliau, tahun depan iklan sikit2 pun dah cukup, orang dah kenal dah.

    ReplyDelete
  3. sebab itu ada syarikat sanggup berbelanja besar untuk tujuan promosi dan iklan...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Boleh minta Quotation daripada saya .. hoo

      Delete
    2. Huhuhu sharing yang terbaik Hasrul hassan....hope ramai yang dapat input...terima kasih juga review pasal saya hehe

      Delete
  5. hebat pengaruh dari blogger, terpampang hasilnya di search engine :)

    ReplyDelete
  6. Sharing is caring...memang tidak nafikan review dari blogger antara marketing yang terbaik untuk bisnes sekarang ni...kena tempat dan masa..InsyaAllah nampak hasil yang tidak disangka 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement