Blog saya pernah menerima ribuan trafik dari blog Mazidul. Tidak disangkal blog Mazidul Akmal Sidik memang ramai pembaca tegar, malah kesempatan berada di dalam bloglist Mazidul Akmal, menjadikan blog saya mudah dikenali dan mendapat trafik hasil perkongsian entri-entri saya yang ada kena mengena dengan isu semasa ketika itu.
Tetapi kini tidak lagi.
Dimanakah Mazidul Akmal Sidik?
Saya pernah kongsikan kisah Mazidul Akmal yang terlantar sakit dan didakwa berada di dalam keadaan koma. Namun, kisah induced coma yang dikatakan terjadi pada saudara Mazidul Akmal telahpun dijawab oleh isterinya, dan mendakwa ia adalah satu laporan salah dan tidak benar.Celupar si Mazidul masih lagi tidak keluarkan bahasa-bahasa kesat melampau serta mencaci cerca atau keluarkan kata lucah - setakat pengetahuan sayalah. Jadi, saya hormati dirinya kerana itu. Maka, saya mohon jangan dikaitkan.
Dimanakah Mazidul Akmal Sidik?
Ada sesiapa dari anda yang tahu di mana beliau sekarang? Apa terjadi padanya kini?
Kali terakhir kisahnya dilaporkan adalah sekitar Ogos 2014. Ada yang mengatakan bahawa Mazidul Akmal Sidik telah pulih dari strok tetapi keadaannya masih memerlukan pemerhatian doktor. Mazidul dilaporkan sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar. Manakala pihak TV3 pula mengatakan yang Mazidul masih lagi dalam tempoh bercuti. Bercuti?
Saya ingin tahu. Ada sesiapa tahu?
p.s: Perkara yang baru saya tahu ialah namanya bukan Mazidul Akmal Sidek, tetapi Mazidul Akmal Sidik.
Last berita saya dengar tentang dia sakit, tu je la
BalasPadamTu lah kan..Rindu juga nak baca update dia dan pembongkaran isu baru. Dia ada gaya sendiri dlm ketengahkan isu.
BalasPadamBulan lepas ada terserempak dgn mazidul di klinik pakar ENT HKL menaiki kerusi roda..Mgkn beliau buat rawatan susulan..
BalasPadamOh terima kasih atas info ni ... :) kalau ada gambar lagi bagus ...
PadamBeliau memang berani dan baru tahu dia bukan koma. mudahan beliau cepat sembuh.
BalasPadamMoga dia kembali merungkai perkara yang orang lain tak berani nak rungkai.
PadamSaya juga dah lama tak dengar berita tentang beliau.
BalasPadamDulu pernah juga saksikan 999 di mana beliaulah penyampainya.
Yelah lulu pun tertanya tanya di manakah beliau skrg
BalasPadamAda yang cuba korek cerita tapi pihak keluarga Mazidul mendiamkan diri je.
PadamLama juga tak dengan tentang kisah Mazidul ni
BalasPadamMoga HH berjaya menemui beliau ..dan semoga beliau beransur pulih...
BalasPadamKali terakhir baca kisah mazidul pun waktu dia sakit....
BalasPadammemang lama tak dengar berita tentang wartawan ni..seolah tiada liputan apa-apa..stesen tv iaitu maajikannya juga tiada sebarang liputan juga..
BalasPadamlama dah tak nampak beliau di kaca tv
BalasPadamMedia prima x de cover kah ttg wartawan hebat ni? Inilah dunia,bila dah x buleh menyumbang,semakin dilupakan.sewajarnya wakil media prima menyusul kerumah klrga saudara mazidul untuk update berita ttg kesihatan beliau.wassalam
BalasPadamPermintaan keluarga untuk tidak dibuat coverage berkaitan diri Mazidul. Isteri Mazidul sendiri yang tidak benarkan.
PadamOh ya, ada entri terbaru berkaitan saudara Mazidul ini, anda boleh cuba search di blog saya. Ada gambar terkini Mazidul atas kerusi roda dalam satu majlis perkahwinan anak buahnya.
betul lama tak baca entry baru dia..moga dia cepat sembuh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.