Bilik yang kami sekeluarga tempah di Aston Braga adalah bilik jenis studio berbalkoni yang lengkap dengan dapur mini, siap ada microwave oven, serta pinggan mangkuk. Agak mengejutkan juga, ada periuk dan senduk memasak disediakan. Bagi saya ia memang pilihan berbaloi untuk percutian keluarga yang mementingkan bajet.
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung



Bilik juga bagi saya selesa walaupun ia kelihatan agak kecil sedikit. Walaupun mendapat bilik dengan ruang pemandangan yang tidak begitu
Namun begitu, saya sedikit kecewa kerana ruang balkoni yang ada tidak boleh diakses kerana berkunci. Jadi, tak dapatlah nak merasa udara dingin segar Kota Bandung di pagi hari.



Tidak Perlu Soket Antarabangsa
Oh ya, lupa nak beritahu; soket elektrik juga dah disesuaikan untuk kegunaan pelancong antarabangsa terutama dari Malaysia, jadi tak perlu mencari soket antarabangsa untuk charge keperluan alatan eletronik seperti komputer, ipad mahupun telefon pintar. Ia sangat penting terutama bagi saya dan isteri yang sentiasa mahu berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.Cumanya, kedapatannya terhad. Hanya ada satu soket seperti ini disediakan. Ada sumber kuasa elektrik yang lain tetapi anda perlu ada soket antarabangsa untuk menggunakannya.

Lokasi Terbaik Untuk Kaki Shopping
Lokasi hotel ini adalah antara terbaik dan berbaloi dengan ringgit kerana berdekatan dengan beberapa kompleks beli belah atau shopping mall berjarak 'jalan kaki' sahaja. Dan lokasi beli belah paling ngetop terhampir ialah Pasar Baru. Tempat makan juga banyak di sekitar hotel ini seandainya anda mahu mencuba masakan tempatan yang pelbagai rasa dan jenis, sesuai dengan budaya masyarakat Bandung yang pelbagai ini.