Dah tengok idea rumah kontena untuk mangsa banjir tak? Belum lagi? Ok. Saya nak kongsikan sedikit idea rumah kontena ini untuk anda fikirkan, dan mungkin berikan pendapat samada ia sesuai atau tidak.

Konsep rumah kontena ini simple je. Ia adalah untuk dijadikan penempatan dan tempat tinggal sementara. Walaupun begitu, ada negara di luar sana yang terima pakai konsep rumah kontena ini sebagai sebuah kediaman tetap yang menjimatkan kos.

Idea Rumah Kontena Bantu Mangsa Banjir

Idea Rumah Kontena Mangsa Banjir
Ramai jurutera dan arkitek yang dah tampilkan idea rumah kontena ini, dengan mendakwa bahawa ia merupakan rumah kediaman yang kos-efektif, dan mudah selain tidak memerlukan masa yang lama untuk dibina. Ia juga tidak memerlukan keluasan tanah yang sangat besar.

Memandangkan ia kos efektif dan tidak memerlukan tapak yang luas untuk 'dibina', maka baru-baru ini, banyak idea rumah kontena ini diketengahkan dalam membantu mangsa-mangsa bah besar yang melanda bahagian Pantai Timur Semenangjung Malaysia. Malah, ramai juga blogger yang menulis mengenainya, sehingga topik rumah kontena menjadi viral dan diperkatakan ramai orang.


Samada percaya atau tidak, idea rumah kontena ini telahpun dikomersilkan, dan ada pembaca blog ini yang pernah pun merasai pengalaman tinggal di rumah kontena. Ramai yang mengatakan bahawa tinggal di rumah kontena selesa walaupun ianya hanya dijadikan kediaman sementara.

Rumah Kontena Untuk Chalet Kawasan Peranginan

Saya juga difahamkan ada yang terima pakai idea rumah kontena ini sebagai tempat kediaman yang tetap. Malah, ada penguasaha chalet di tempat peranginan tepi pantai yang menggunakan konsep rumah kontena ini.



Masalah rumah kontena ini ada dua:
  • Masalah haba - kepanasan kerana ia bukan dari material yang boleh mengeluarkan haba. Jadi, penggunaan penyaman udara dianggap penting dan menjadi satu keperluan.
  • Masalah ruang - ia tidaklah luas, dan berbentuk memajang. Jadi, untuk sebuah keluarga besar, ia mungkin akan jadi satu masalah.
Untuk mengatasai dua masalah yang ada pada idea rumah kontena ini, saya sertakan cara berikut:
  • Masalah haba - buat sistem insulasi yang bagus bagi mengeluarkan haba terperangkap di dalam rumah kontena. Dibina di kawasan yang terdapat banyak pokok dan persekitaran hijau.
  • Masalah ruang - rumah kontena dibina daripada buah kontena lain, dengan sedikit ubahsuai menjadikan ia sebuah rumah kontena bersaiz lebih besar.
Idea Rumah Kontena Mangsa Banjir

Jadi, apa pendapat anda mengenai idea rumah kontena untuk mangsa banjir? Tidak kiralah samada ia disediakan sebagai penempatan sementara, mahupun kekal. Sesuaikah? Berbaloikah? Ada pengalaman tinggal di dalam sebuah rumah kontena? Boleh share sedikit mengenainya di pautan ini - Idea Rumah Kontena untuk Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur

Mungkin pendapat dan idea anda akan diterima pakai atau dibincangkan lebih lagi supaya dapat membantu mangsa banjir.

Rumah Kontena Trend Kediaman Masa Akan Datang?

Mari layan beberapa gambar rumah kontena luar negara yang sudah diubahsuai menjadi kediaman yang cantik dan selesa. Perghhh .... memang awesome sekali nampak gayanya. Mungkinkah ia akan menjadi trend untuk golongan muda yang tinggal di pingir kota besar satu hari kelak? Dan bukan sekadar rumah sementara untuk bantu mangsa bencana besar seperti banjir, tanah runtuh atau ribut taufan?


Kredit Gambar: http://villafane.fr/page5.shtml

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bila tgk nie....luar je nmpk mcm kontena....tp dlm lawa kot...mcm bilik hotel lak kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm mesti nak kreatif... kalau dibawakan sedikit sentuhan idea yang mungkin boleh cari menerusi dekorasi ..in Sha Allah.

      Padam
    2. orang kreatif je boleh wat - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. Saya membesar dalam rumah kontena. Tapi xlah selawa gambar yang dikongsikan HH. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Inilah namanya kekreatifan. :) kadangkala pasu pecah pun leh jadi satu bernilai jika pandai menjadikan ia lebih menarik dari sebelumnya ... ye tak?

      Padam
  3. idea yang kreatif....mesti ada tangga tinggi....supaya dapat menahan bah ....ada tingkat atas...tingkat bawah biar jadi ruang kereta....atau ruang santai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. boleh kreatifkan lagi mengenai idea ini.

      Padam
  4. pergh..kalau lawa ni dah tak panggil kontena..hehe

    BalasPadam
  5. kalau kontena 40 kaki rasanya memang selesa,
    dalam video tu saudara azree buat untk 20 kaki,
    nampk menarik walaupun kecil..
    siap ada 2 tingkat lagi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement