Awas. Ada tanda-tanda yang penipuan bantuan derma untuk mangsa banjir sedang dimulakan. Golongan penipu ini memang ada sentiasa, suka mengambil kesempatan atas kemurahan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Prihatin ramai dijadikan bahan untuk kaut keuntungan. Memang shilakak la ini orang!

Ada yang sanggup tubuhkan bantuan derma palsu untuk mangsa banjir. Buat tabung sana sini, letak di premis niaga, letak di restoran, letak di depan pintu bank. Lepas tu guna logo yang dicetak dari Facebook. Orang tak nampak, tabung je yang ada.

Penipuan Bantuan Derma Mangsa Banjir

Penipuan Bantuan Derma Mangsa Banjir

Bukan perkara baru, perkara seperti ini dah sering berlaku. Dan kita rakyat Malaysia memang sering kena tipu hidup-hidup. Bukan sebab kita ni bodoh tenging, tapi disebabkan kita terlalu murah hati, baik budi dan mahu bantu tanpa rasa curiga sedikitpun.

Kita Mesti Hati Hati Supaya Tidak Benarkan Ia Berleluasa

Saya bukanlah mahu menidakkan usaha bantu mangsa banjir. Itu bukan niat saya. Tapi niat saya ialah untuk ingatkan, kita kena hati-hati. Bantuan diberi, derma dibagi, tapi sampainya pada mereka yang sedang goyang kaki kaut untung mudah yang tidak diberkati sumbernya.

Ada kata, "Itu antara mereka dengan tuhan.." Tapi, bukankah kita menzalimi diri kita sendiri kerana terlalu ambil mudah perkara yang boleh dielakkan?

Gunakan saluran betul yang disediakan. Selidik rapi siapa di belakang tabung derma. Ada nombor telefon, jangan lokek untuk siasat dan dapatkan pengesahan. Mulut ada, suara ada, tanya pada sesiapa yang tahu mengenai kesahihan bantuan derma mangsa banjir.

Blog post ini saya tulis untuk beri reaksi Sinar Harian Online.

KEMAMAN - Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai kutipan bantuan kemanusiaan yang kononnya untuk didermakan kepada mangsa banjir.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, mereka yang ingin menghulurkan bantuan harus menyemak terlebih dahulu pertubuhan ataupun individu berkenaan bagi memastikan kesahihannya.

Beliau berkata ia juga bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

"Selepas banjir, kita lihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan, banyak pihak membuat kutipan dan sebagainya, namun bantuan yang kita hulurkan itu disampaikan kepada mangsa atau sebaliknya?

"Kita puji sikap prihatin untuk membantu mangsa dengan melancarkan bantuan dan kutipan tetapi pastikan tidak tertipu dan sumbangan yang dihulurkan itu diterima mangsa banjir," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Maka, pembaca budiman dan pengunjung sekalian, hati-hatilah dengan golongan yang cuba mengambil kesempatan ini. Elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan bantuan derma mangsa banjir. Jika tidak, anda akan hanya menggalakkan ianya terus berlaku lagi dan lagi. Laporkan kepada polis jika anda mengesyaki.

Moga kita semua diberkati.

Kredit gambar: Faizal Fredley

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ya Allah,, ada jugak la yang tak berhati perut guna musibah ni sebagai peluang dapat duit haram,,

    BalasPadam
  2. Entah apalah nak jadi...

    Hidup senang dengan menipu pasti keberkatannya tiada...

    Tapi apa mereka kisah, janji boleh bersenang lenang walaupun untuk seketika. :(

    BalasPadam
  3. Blogger hebat HH ..alhamdulillah rasanya apa yang ada dan ikhlas sedikit membantu, pada awalnya membuat derma ..Etuza berserah padaNya agar mereka yang bertanggungjawab salurkan. Jika ada yang tak bertanggungjawab lagi besar tanggungjawab dia hadap Allah. Pun demikan jalan berhati-hati sangat tepat..terima kasih ingatan ya...HH sebelum banjir pun ada kat keningau depan bank setianya berdiri depan pintu bank..adakah kita perlu ragu, sekarang dah berlaku banjir ada ke yang dah buat macam tu..Allahuakbar..ni benar2 meneguk di air yang keruh..ambil kesempatan..berkat ke tu. Ya Allah..pelihara lah kami ya Allah...

    BalasPadam
  4. http://madey09.blogspot.com/2015/01/blog-pesona-mustika-hits-seminggu-di.html
    Blogger HH petang tadi etuza terklik ni..so ada blog HH hits juga di laman ping.busuk.org..tahniah ya..kalau tak salah cara ni Etuza hargai laman ping.busuk .org.

    BalasPadam
  5. ada lag manusia mcm nie, guna jln mudah pfttt

    BalasPadam
  6. Semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah. Zaman sekarang ni macam2 cara nak menipu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement