Saya bukanlah seorang yang mahu berbangga berlebih-lebih, nanti akan dikata orang sebagai bongkak lagi takbur. Tetapi apabila ada di kalangan syarikat yang berduit yang pandang lekeh pada usaha seorang blogger, tentulah saya mahu tunjukkan bahawa ianya bukan cakap kosong.
Bukan Mudah Nak Capai 500K Pageviews Sebulan
Bukan usaha sehari dua untuk membolehkan blog diterima, apatah lagi untuk mencapai dan mencecah ribuan hits sebulan. Tambah lagi bila sesuatu blog itu banyak berunsur ilmiah dan teknikal. Kalau blog gossip atau blog berita tu lainlah, senang-senang je leh capai sampai sejuta hits sehari!
Nak capai 500k pageviews sebulan tanpa entri copy-paste, cerita sensasi, gosip artis, cerita politik panas bukan mudah. Lagi-lagi bila tiada sokongan jumlah LIKE Fanpage yang tinggi. Ada blog yang boleh jangkau sehari hingga 1-2 juta hits sehari disebabkan blog itu ada sokongan Fanpage yang banyak like. Malah bukan satu fanpage, tetapi dari beberapa fanpage. Sekali post di fanpage yang ada lebih 1 juta likes, senang-senang dah boleh lepasi 500 ribu pageviews sehari. Nak dapat untuk sebulan, hmmm .... bukan takat 500 ribu pageviews, 5 juta pun boleh buat.
Mereka Hanya Bayar 'Sedekah'
Ada syarikat yang hanya beri 'sedekah' je pada kerja keras blogger Malaysia, bukan membayar seperti sepatutnya. Cukup hanya berikan tiket wayang percuma atau dua tiga sampel produk, dah suruh macam-macam dibuat di dalam blog. Konon orang akan sangat suka produk mereka, walhal yang jadikan suka itu adalah teknik penulisan blogger terbabit."Boleh tak tengok pageviews blog you, kalau lebih 500K sebulan, baru boleh kami release payment" erkkk ... tinggi permintaan mereka ni. Kalau blog kecil, yang baru nak naik, yang baru nak menapak, yang sedang berusaha nak capai trafik tinggi ... memang putih matalah jawabnya.
Release payment ... jika harganya leh sama dengan 500K sebulan pageviews tak mengapalah juga. Ini bayar cukup untuk duit minyak petrol sebulan. Malah, ada syarikat yang bayar hanya cukup untuk belikan lampin pakai buang bayi yang boleh bertahan selama sebulan.
Sepatutnya mereka lebih prihatin.
Mudah-mudahan lebih banyak yang buka mata dan nampak kerja keras seorang blogger - bukan sekadar melihat menerusi angka dan jumlah.
Oh ya, blog saya ini masih lagi belum dapat capai 500k pageviews sebulan, jadi memang tak dapatlah tawaran pengiklanan berbentuk advertorial daripada syarikat seperti itu. Yang mampu hanyalah sekadar 300 ribu hingga 400 ribu pageviews sebulan sahaja.
Jika anda seorang usahawan atau mungkin pemilik syarikat yang mahu beriklan di blog ini, anda boleh hubungi saya menerusi ruangan Contact yang disediakan.
Pencapaian menarik dan memberansangkan..
BalasPadamhanya 300K-400K... tak banyak lagi ke tu ;)
BalasPadammemang layak sebenarnya.
sedang berkayuh lagi nak capai 10,000 pageview dalam masa sebulan. Abang HH memang hebak!
BalasPadammintak deposit separuh dulu sebelum terima job.
BalasPadamkalau tak, tolak aje.
Habis cerita.
Masih ramai marketer syarikat di Malaysia yang masih bodoh bab pengiklanan blog. Ramai bro.. jangan terkejut, sebab dalam subjek marketing mereka tak belajar lagi internet marketing. Yang dorang belajar iklan flyers je
BalasPadamPerghhhhh... ena sebulan pv 20k.. tu pun so-so je.. percapaian abang HH buat ena bersemangat nak berusaha dalam blog ni..
BalasPadamUsaha berterusan dan jangka masa yg panjang diperlukan untuk dpt 500k pageviews.
BalasPadamTahniah HH. Bilalah saya bley dpt PV macam nih.
BalasPadamMantap...
BalasPadamWah best nyer...
BalasPadamKitew pun still hijau lagi ni..,
Masih berusaha mempromosikan blog kitew.
Doakan yer..
http://afidahazmi88.blogspot.com/
Jom Klik..dan Follow kitew.
Kita akan follow balik..
JANJI...PROMISE...
Sebulan 1K pun merangkak. aduhai...
BalasPadamBangga dengan blogger mcm abang, tak kejar nama sangat.
BalasPadamTanpa bantuan entri hangat semasa ianya agak sukar direalisasikan...
BalasPadamInsyaAllah...nampak graf PV makin meningkat tu... :)
INSYA ALLAH, boleh punya kalau blog ni. hehe, kalo saya kena usaha lebih ni.
BalasPadambetul tu abg HH...at least hargailah kerja seseorang blogger. Dah mintak tolong review iklan itu ini pastu buat dekk aje... semua nak free payahlah!
BalasPadamTahniah abam HH, semga tahun ni mencapai target berjuta pengunjung pula
BalasPadamGud job!!
BalasPadamGud job!!
BalasPadamJauhnya nak sampai 400k pun
BalasPadamTahniah sifu HH.. U deserved it..
BalasPadamtahniah tuan..huhuhu.byk nye viewer..nak jugak,nak jugak!!
BalasPadamteruskan momentum, kita akan berjaya
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.