Cara jana income dan buat duit menerusi video YouTube. Tahukah anda bahawa anda boleh buat duit secara online menerusi video yang dikongsikan di laman YouTube? Jika mahu tahu cara-caranya, maka anda perlu baca blog post ini dari awal sehingga akhirnya. In Sha Allah, anda akan dapat idea dan sedikit panduan am bagaimana nak jana income menerusi video YouTube.

Ok. Pertama sekali untuk menjana income menerusi video di YouTube ialah anda perlulah mempunyai sebuah akaun Google Adsense. Memandangkan YouTube adalah sebahagian daripada Google, dan Adsense adalah saluran monetize untuk sesebuah kandungan online, maka memang wajib anda daftarkan dan dapatkan sebuah akaun Google Adsense secara percuma.

Cara Nak Dapat Income Menerusi Video YouTube

Cara Jana Income Menerusi Video YouTube
Ya. Anda boleh buat duit dengan video YouTube dengan percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Seronok kan ... dapat buat duit online dengan percuma? Jadi inilah adalah satu peluang yang tidak harus anda lepaskan.

Langkah Demi Langkah Buat Duit di YouTube

Step by step untuk bolehkan anda dapat income dengan video di YouTube.
  1. Buka akaun Google Adsense.
  2. Rakam video pendek durasi dalam 30 - 60 saat.
  3. Upload di YouTube.com
  4. Klik video manager.
  5. Klik butang monetize.
  6. Tunggu pengesahan daripada YouTube.

Dah siap. Selepas itu, apa yang perlu anda buat ialah kongsikan video anda itu di mana-mana platform yang sesuai, termasuklah blog dan juga laman sosial. Malah, dengan beberapa teknik tertentu terutamanya SEO, anda boleh tempatkan video anda tersebut di laman enjin carian Google, dan mula jana income setiap hari!
Cara Jana Income Menerusi Video YouTube
Bagaimana anda dibayar? Ok. Memandangkan ia menggunakan platform Google Adsense, untuk jana income menerusi video YouTube, anda perlulah memastikan video tersebut ditonton oleh pengunjung.

Setiap kali video itu dipasang atau dibuka, akan keluar iklan daripada Google Adsense. Iklan tersebut akan keluar dalam pelbagai cara, antaranya iklan sebelum permulaan video, iklan semasa video itu dimainkan dan iklan di ruangan panel laman YouTube itu sendiri.
Cuba tengok video yang saya muat naik di laman YouTube ini - Singaporean Prata Girl . Di pertengahan video akan keluar iklan Google Adsense. Dari situlah income ini dijana.
Oh ya, sebelum saya terlupa. Anda perlu ada akaun YouTube dan create channel anda sendiri.

Ini Cara Berdasarkan Pengalamana Saya .. Ada Cara Pantas

Cara jana income menerusi video YouTube ini adalah bersandarkan kepada pengalaman saya sendiri. Ia mungkin berbeza dengan orang lain.

Tapi kini saya diberitahu ada jalan pintas untuk jana income menerusi video di YouTube. Saya sendiri pun terkejut, rupanya ada jalan lebih mudah nak buat duit online menerusi video YouTube ini.

Jika anda berminat dan mahu tahu teknik-teknik buat duit YouTube ini, cuba dapatkan di pautan ini - Buat Video Dengan Youtube

Selamat mencuba.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement