3 bisnes yang boleh dilakukan dari rumah. Semakin hari semakin ramai yang mula mengorak langkah mencari sumber income tambahan mahupun sampingan dengan bekerja dari rumah. Golongan suami House Husband seperti saya tentulah mencari peluang untuk jana income dari rumah, malah ramai dah golongan surirumah yang berjaya jana income ribuan ringgit sebulan hanya melakukan kerja cari income dari rumah.

Saya mahu kongsikan tiga bisnes yang boleh anda lakukan dari rumah, ia bersandarkan kepada kebolehan dan minat, in Sha Allah, dengan kebolehan yang ada, anda boleh menjual kebolehan itu sebagai penyelesai masalah kepada orang lain. Jika tidak pun, anda mungkin boleh meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri untuk bolehkan anda menjalankan bisnes dari rumah.

3 Bisnes Lumayan Boleh Dilakukan Dari Rumah

3 Bisnes Dilakukan Dari Rumah
Ok. Apakah tiga bisnes menjana income lumayan yang boleh anda lakukan dari rumah?

Bisnes Pelbagai Produk Menerusi Dropship

Tahukah anda, bahawa anda boleh anda bisnes sendiri tanpa perlu ada kedai, tanpa perlu daftar SSM, malah tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar? Anda boleh sertai mana-mana program dropship yang ada di Malaysia, malah di luar negara. Salah satu program dropship yang menarik ialah Muslim Niaga, yang menjual produk muslim.

Ia bisnes yang tidak memerlukan anda sebuah pejabat atau kedai, apatah lagi menyimpan stok produk untuk dijual. Tugas anda hanyalah mempromosikan produk-produk dropship, mendapatkan data pembelian, membuat bayaran pada pembekal dropship dan membuat keuntungan atas perbezaan margin harga produk.

Anda tidak perlu pun menyimpan produk tersebut kerana semuanya diuruskan oleh pihak pembekal! Anda hantarkan butiran pembelian yang telah dilakukan oleh pelanggan, bayar dan kemudian biarkan pembekal uruskan segalanya - termasuk penghantaran (serta kos) kepada pelanggan.

Bisnes Jual Baju Kurung Dari Rumah

Antara bisnes terhangat yang sering mendapat sambutan saban tahun ialah bisnes baju kurung. Bisnes ini memang mempunyai pasaran tanpa had, kerana ramai wanita yang suka berfesyen dengan baju kurung.

Tahukah anda bahawa seorang wanita boleh berbelanja sehingga ratusan ringgit hanya untuk mendapatkan baju kurung fesyen terbaru dalam pasaran? Apatah lagi jika baju kurung itu merupakan fesyen unik dan corak kainnya itu adalah eksklusif!
Bisnes dari rumah - menjual baju kurung

Malah, seorang wanita boleh membeli sehingga 3-4 pasang baju kurung apabila berbelanja. Jadi, ia merupakan produk terlaris yang jika difikirkan mudah terjual jika tahu untuk tackle golongan wanita ini.

Bisnes baju kurung memang dah lama dipraktikkan sebagai bisnes dari rumah oleh ramai usahawan wanita kecil dan golongan ibu tunggal. Malah ada ibu tunggal yang berjaya di dalam bisnes baju kurung dilakukan dari rumah yang mampu menyara 5 orang anak hingga ke IPT luar negara.

Mahu ketahui cara-cara dan teknik untuk melakukan bisnes baju kurung dari rumah? Jika anda mahu, saya syorkan anda membaca panduan ini - Lubuk Baju Kurung

Bisnes Jual Kuih Raya

Bisnes jual kuih raya
Kuih raya. Bila sebut kuih raya sahaja, akan ada dalam ingatan pelbagai jenis kuih raya yang ada dalam pasaran terutama bila hampiri bulan Ramadan dan juga bulan Syawal. Saban tahun, kita akan lihat ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis kuih raya ini.

Bisnes dari rumah menjual kuih raya bukan setakat orang biasa je buat, malah mak-mak datin, orang kerja pejabat, pegawai awam malah artis serta selebriti pun ceburi bidang bisnes dari rumah menjual kuih raya.

Tahukah anda, bahawa menerusi teknik tertentu dan mengetahui kuih raya yang mendapat permintaan tinggi serta kurang kos, anda boleh jana income lumayan hanya dengan menjual kuih raya sekali atau dua kali dalam setahun? Malah ada rakan saya yang boleh beli set home theater, set sofa malah set bilik tidur baru hanya jual kuih raya semasa bulan puasa!

Jika mahu tahu bagaimana nak mulakan bisnes dari rumah menjual kuih raya ini, saya fikir elok anda mendapatkan panduan ini - Buat Duit Dengan Kuih Raya.

Jadi bagaimana? Anda sudah diberikan 3 peluang untuk buat bisnes dari rumah, sudah nampak bahawa anda ada jalan penyelesaian untuk tambah income sedia ada. Dalam keadaan ekonomi sekarang, dan cabaran hidup yang penuh dengan pelbagai dugaan, mencari sumber income sampingan dan tambahan dari rumah merupakan alternatif paling baik.

Pilihan anda. Anda hanya perlu pilih sahaja.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement