Mungkin ada blogger yang tidak tahu bahawa Google Adsense kini membenarkan blog berbahasa Melayu untuk mendapatkan akaun penuh Adsense. Saya telah bercerita mengenainya di dalam entri - Google Adsense Kini Menyokong Blog Berbahasa Melayu. Sebelum ini, untuk memohon akaun penuh agak sukar memandangkan Google tidak support blog berbahasa Melayu secara khusus.
Rayuan (Appeal) Google Adsense Diterima Setelah Membuat Rayuan Kali Kelima
Saya sendiri mendapatkan akaun Google Adsense menerusi blog berbahasa Inggeris yang pernah dibuat sekitar tahun 2007 - 2008. Saya mula menjana income menerusi Google Adsense pada Mac 2007. Dan mula mendapat income USD100 pertama daripada Google Adsense setelah membaca ebook Jana Wang AdsenseMenerusi akaun penuh Google Adsense tersebut, saya gunakan untuk menjana income blog di blog-blog saya yang lain, terutama blog-blog berbahasa Melayu. Saya juga menggunakan akaun Adsense yang sama untuk menjana income menerusi video YouTube.
[ads] Anda boleh maksimakan income Adsense menerusi YouTube jika tahu cara-caranya. Download panduan yang disediakan di sini - Cara Sebenar Buat Duit YouTube
Tetapi,bukan mudah nak maintain blog yang menggunakan Adsense sebagai platform pengiklanan ini. Tersilap langkah, blog anda boleh dikenakan penalti oleh Adsense, dan akaun anda mungkin dibekukan.
Saya telah beberapa kali dikenakan 'tindakan' oleh Adsense.
Blog ini (www.hasrulhassan.com) dan satu lagi blog saya (dirahsiakan) telah dinyahaktifkan untuk papar iklan Google Adsense beberapa kali. Antara sebab dikenakan tindakan tersebut:
- Salin kandungan daripada laman web berita tanpa kredit khusus.
- Papar duplikasi kandungan entri di dalam blog - ada beberapa entri dengan kandungan lebih kurang sama.
- Salin kandungan blog dari blog A ke blog B - walaupun penulisnya dan pemilik akaun blog adalah orang yang sama.
- Menggunakan gambar milik orang lain tanpa kebenaran sah.
- Penggunaan iframe
- Perletakkan lokasi iklan Adsense yang dianggap cubaan memanipulasi pertambahan jumlah klik.
Saya sebenarnya ada beritahu mengenai perkara ini sebelum ini, jadi saya sukacita mempersilakan anda untuk rujuk entri-entri berkenaan .. hehehe...
[Tips] Baca mengenai permohonan rayuan kali keempat dan sebab ianya ditolak di Sedih - Adsense Tolak Rayuan Kali Ke Empat
Bukan mudah kalau blog kena blocked dari paparkan iklan Adsense. Saya telah membuat rayuan sebanyak lebih daripada 3 kali, dan kesemuanya gagal. Alhamdulillah, sebaik sahaja Google Adsense umumkan bahawa mereka kini support blog Bahasa Melayu secara khusus, maka saya pun membuat permohonan rayuan buat kali kelima.
Adsense Re-Enable Setelah Blog Kena Temporarily Disabled
Dan dalam masa 24 jam, saya telah menerima jawapan balas yang sangat menggembirakan dari pihak Google. Bermula 3 April 2015, blog ini (www.hasrulhassan.com) telah kembali menyiarkan iklan-iklan PPC dan PPV Google Adsense.
Nampaknya kesabaran saya selama ini terbalas. Alhamdulillah.
heheheh wow.. tahniah :D
ReplyDeletecongrats bro, ni rasa nak appeal pula blog2 lama yang kena disable, harap2 boleh lepas
ReplyDeletetahniah..lepas ni kena la dengar cakap..eehhee
ReplyDeletefuyooo. tahniah abg HH! :)
ReplyDeleteSatu lagi jangan letak live online streaming dan sebagainya..sesungguh2nya sangat merbahaya...
ReplyDeleteTahniah bro HH....
ReplyDeleteWah blog Tuan HH kembali disinari GA, iklan2 lain semakin menipis..hehe...
ReplyDeleteHaha. Pandailah .. iklan lain masih ada .. :) saya masihgunakan untuk tujuan tertentu.
Deletewaaa..saya pun baru tahu lps bace dlm fb..try search kt google rupenye mmg kompem..alhamdullilah..skrg x perlu la nk rase gelabah sangat dah bila monetize adsense dgn blog melayu..syukur...
ReplyDeleteDah ada innity sekali nih, nampkanya kita tak boleh pakai floating ads pada masa sama, nanti kena banned lagi.
ReplyDeleteFloating ads letak Adsense memang tak boleh. :)
Deletesekalung tahniah dariku..hihihi
ReplyDeletepergh... paling atas terr
ReplyDeleteApa yang paling atas? Hoho ..ganti tempat KOMLI tu .. 970x250 ad placement tapi saya guna kod Adsense untuk responsive .. jadi iklan adsense akan ikut saiz blog dalam mobile
DeleteBestnya dapat pakai adsense.. Tahniah!
ReplyDeletewahh..patut la acc akak kena ban,tapi malangnya nak appeal x berapa nak reti,sbb masih x dpt nak cari google analystic
ReplyDeleteCari Google Analytic?? Err ada kaitan ke dengan buat appeal kat Adsense? Saya fikir tak kot .. cuba tgk email dari Google Adsense yang kata kena ban, tak pun login ke akaun dan tgk bahagian mesej.
DeletePadan laa sampai ada org buat servis apply akaun kena banned.. dah boleh appeal rupanya...google dah murah hati gak akhirnya... :)
ReplyDeleteActually bukan sebab Google murah hati tetapi polisi Google Adsense kini membenarkan blog Bahasa Melayu untuk jadikan URL blog permohonan.
DeleteTerima kasih Syuhada Salleh
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeletebaru baca entri ini.. tahniah bro..
ReplyDeleteSangat menarik. Bagaimana mendapatkan semula akaun adsense yang telah dibanned oleh google?
ReplyDeleteApe ayat nak appeal tu bro?
ReplyDeletebestnya klau bole ber adsense jugak.
ReplyDeletesalam tuan saya kena disabled sebab invalid traffic... apa tips terbaik untuk saya tulis appeal?
ReplyDeleteTerbaik...info berguna..
ReplyDeletesalam, bang ada cara nak appeal tak? sy appeal x pernah dpt, ni y terbaru kena lagi, blog trafik byk dari google media sosial mcm fb jrg2, katanya invalid juga.. aduhhh..
ReplyDeleteni blog sy, saripkay.com
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.