Harga kereta baru terkini selepas GST 6 peratus. Isu GST semakin hari semakin hangat diperkatakan. Banyak produk yang merupakan barangan pengguna dikenakan GST 6%. Ada harga barang yang naik, ada yang turun sedikit. Ini termasuklah juga dengan harga kereta.

Saya difahamkan kebanyakan harga kereta terutama merangkumi semua model kereta dipasang siap sepenuhnya (CBU) dan komponen terurai (CKD) akan turun harga. Begitu juga dengan kereta keluaran Nasional seperti model dari Perodua dan Proton.

Sebelum ini, saya ada kongsikan price-list harga kereta baru sebelum dan selepas GST. Harga yang dipaparkan ialah harga kereta untuk model Peugeot 308. Price-list tersebut adalah perkongsian rakan blogger saya iaitu Paultan.org.
Harga Kereta Baru Terkini Selepas GST

Harga Kereta Baru Terkini Selepas GST

Kali ini, saya mahu kongsikan harga kereta selepas GST bagi model keluaran Ford, Nissan dan juga Subaru yang kebanyakkan modelnya adalah model-model CBU dan CKD.

Harga Kereta Terkini Model Ford Selepas GST

Harga Kereta Terkini Selepas GST

Harga Kereta Terkini Model Nissan Selepas GST

Harga Kereta Terkini Selepas GST

Harga Kereta Terkini Model Subaru Selepas GST

Harga Kereta Terkini Selepas GST

Harga Kereta Terkini Model Mitsubishi Selepas GST


Harga kereta bagi keluaran Mitsubishi juga turut turun dengan harga baru untuk model berikut:
  • Model Mirage GS - RM63,740 (-RM200) berbanding harga asal RM63,940.
  • Model Pajero - RM289,177 (-RM2,000) berbanding harga asal RM291,177.

Harga Terbaru Kereta Proton, Honda dan Toyota Selepas GST

Harga untuk model Proton pula turun sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.

Senarai harga OTR - harga atas jalan buat semua model kereta Proton boleh anda dapati di sini - Senarai Harga Kereta Proton (OTR) Semua Model Bermula 1 April 2015

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.

Manakalan pihak UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan hingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.

Bagaimana nak cari kerja kosong secara sambilan dengan mudah? Dan dibayar dalam USD? - Dapatkan kerja kosong dari rumah menerusi TaskV.com

Apapun, harga-harga kereta terkini akan hanya akan dapat diketahui secara rasmi menerusi price-list yang akan dikeluarkan oleh setiap pengeluar, pengimport kereta di premis-premis niaga mereka. Anda bolehlah jadikan paparan di atas sebagai rujukan untuk dijadikan perbandingan.

Harga disebutkan di atas tidak termasuk insuran yang dijangka naik selepas GST diperkenalkan.

Kredit: Paultan.org

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Harga kereta turun tp insuran naik,mcm xde bezanya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. betul. Kena bijak pilih insuranlah lepas ni.

      Padam
  2. Macam takder effect je harga baru dengan GST ni..lain la kalau ada penurunan harga yang banyak..pengguna nak kena cover insurans dengan road tax lagi

    BalasPadam
  3. Untuk harga keta recond macamana pulak ye..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya Sham, harga mungkin tertakluk pada cukai GST alat-alat ganti tu, mungkin naik kot. Tak berapa sure.

      Padam
  4. Ya betul..harga perodua pun turun :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement