Serius. Saya salah seorang daripada ribuan orang yang telah terjerat dengan taktik licik oleh Lazada ini. Saya boleh katakan setiap orang yang baca blog saya ini pasti pernah terlihat iklan Lazada berada di mana-mana sahaja semasa sedang online. Tak kiralah anda singgah di laman web berita, blog, mahupun semasa anda sedang menulis status di Facebook, anda akan nampak iklan Lazada mengekori anda.

Kisah sama juga berlaku pada rakan blogger saya, +sabree hussin apabila bercerita mengenai teknik dan taktik Lazada ini sehingga menjeratnya untuk membeli sebuah ... err sebijik punching ball! Anda boleh tengok macamana dan bagaimana rakan blogger yang juga seorang internet marketer ini akhirnya membeli punching ball dari Lazada di sini - Strategi Pengiklanan Syarikat Lazada

Taktik Licik Lazada Menjerat Pelanggan

Taktik Licik Lazada Menjerat Pelanggan

Apakah taktik licik diguna pakai oleh Lazada yang mampu menjerat pelanggan seperti rakan blogger saya tadi?

Inilah teknik dan taktik dinamakan retargeting atau juga disebut juga sebagai remarketing.

Apa yang berlaku ialah ...

Apabila kita singgah pertama kali di laman web jualan online Lazada Malaysia, laman web tersebut akan menyimpan data-data mengenai kelakuan atau behaviour pengunjung laman webnya. Ia akan mencatatkan apa yang kita cari, mana produk yang kita lihat, mana produk yang kita berikan perhatian dan jenis produk itu.

Lalu, apabila kita meninggalkan laman web tersebut, dan singgah di tempat lain contohnya Facebook; maklumat ini yang telah dikumpul dan dikutip akan dijadikan sebagai sumber untuk sesuatu iklan oleh Lazada menjerat bakal pelanggannya tadi. Iklan tersebut akan muncul di sebelah tepi bahagian Facebook, dan menariknya ialah ia keluarkan iklan yang menunjukkan produk yang telah kita berikan perhatian semasa berada di laman web Lazada.

Ok.

Saya tunjukkan dalam bentuk visual di bawah.

Saya telah masuk ke laman web Lazada untuk mencari rak kasut dan juga almari baju, dan lihat bagaimana iklan Lazada itu mengikut saya ke mana-mana sahaja semasa saya menggunakan internet.

Taktik Licik Lazada Menjerat Pelanggan

Taktik Licik Lazada Menjerat Pelanggan
Produk sama. Siap dengan memperlihatkan tawaran harga lagi. Hoho ..

Teknik dan taktik inilah yang telah membuatkan saya dan isteri telah membeli banyak barang secara online dari Lazada Malaysia. Jika anda pembaca setia blog ini, sudah tentu dah baca mengenai pengalaman saya beli belah di Lazada secara online.

Banyak juga barang telah saya beli - ada kipas, ada microwave, ada penyapu elektrik untuk emak saya, ada jam tangan dan macam-macam lagilah.

Teknik remarketing atau retargeting ini telah membuatkan Lazada berjaya membuat jualan jutaan ringgit setiap kali ada promosi. Serius, saya sendiri dapat tempias bila dapat beberapa komisen menerusi affiliate Lazada.

Iklan Lazada Target Individu Yang Sama

Apa yang dilakukan oleh Lazada ialah target produk kepada individu sama setiap kali online atau menggunakan pelayar internet. Maka, bakal pelanggan yang mulanya sekadar mahu mencari informasi mengenai produk itu, akan akhirnya terjerat untuk membeli, samada disebabkan ada tawaran menarik diberikan, atau kerana memang hati sudah mula dipengaruhi oleh iklan yang sama mengikuti setiap jejak langkah.

Cara ini buat mereka yang pakar dalam bidang IT mungkin boleh buat, tetapi sekarang sudah ada cara lebih mudah. Anda boleh lakukan teknik dan taktik yang sama dilakukan oleh Lazada untuk menjerat pelanggan menjadi pembeli dengan Instant Retargeter.

Guna Software Untuk Remarketing dan Retargeting Pelanggan Anda

Software Instant Retargeter ini dijual menerusi Ashadee.com untuk sesiapa yang berminat. Terutama sekali usahawan yang mahu tingkatkan sales produk mereka menerusi Facebook. Jadi, ia merupakan satu software yang sangat sangat baik yang boleh digunakan oleh usahawan online.

Untuk lebih info, anda boleh lihat apa itu Instant Retargeter di sini - Instant Retargeter - Gandakan Jualan Bisnes Online Anda

24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. teknik nak menghabiskan duit kite kan..tapi seumur hidup..kite tak pernah beli brg dengan lazada..
    tak berminat sgt...

    BalasPadam
  2. haha..betul, aritu tgok handbag..tiap kali bukak fb, asyik keluar je gambar handbag tu..geram tgok

    BalasPadam
  3. ha ah memang betol.... kadang kita baru nak usha je... tapi bila dia iklan gak di FB, asyik pandang je barang yang kita usha tu. tu yang boleh termakan perangkap tu!

    BalasPadam
  4. oo patutlah, saya mmg suka gadget dan selalu beli kat lazada, tp bila pegi blog lain mmg dia paparkan gadjet, pelik gak saya.. kekadang terkata gak dalam ati... pandai plak lazada ni tau apa yg aku berkenan nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Itulah pasal .. nampak tak bagaimana teknik dan taktik licik Lazada ini? Psiko ooo ..

      Padam
  5. memang merimaskan bila iklan Lazada asyik muncul jer memang ler bosan. macam kena follow jer..kita masuk sometimes nak survey apa latest trend in market.

    BalasPadam
  6. ooo gitu rupanya, patutlah asyik-asyik dok iklan mainan kanak-kanak aje ehehe

    BalasPadam
  7. Ha.. sy pon pembeli tegar dari lazada. Heheh tp bukan la sebab terpengaruh dgn iklan2 yg ada di blog or fb. Sy yg gatal g cri sendiri kt lazada. sbb rasanya macam murah beli dari sana.

    Tp baru2 ni saya perasan mcm yg en.hasrul bgtaw tu. Sy dah agak jugak. Mesti dorg ada sistem yg store apa yg sy cari di lazada. Sbb pegi mana2 pon iklan produk yg sama je muncul.. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, yang tu memang tak boleh nak elak la .. haha

      Padam
  8. haha tuan..lazada adalah pengiklan dlm google adsense..tuan tidak boleh band lazada sbb iklan lazada ada dalam blog tuan..nanti kena band oleh google adsense nanti.. haha

    BalasPadam
  9. Patutlah kerap muncul powerbank je..adehaiii..

    BalasPadam
  10. Hebat strategi Lazada. Bukannya menipu pun, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, Lazada tidak menipu, ia gunakan strategi tadi - remarketing atau retargeting .. sehingga iklannya muncul dalam sosial media pelanggannya... :)

      Padam
  11. lazada ni banyak kes aku dgr. mcm mcm alasan dieorg kasi. pastu costumer servise dia semua biadap biadap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini, Lazada pada saya brikan servis yang bagus. Barang ok, sampai pun ok walaupun COD. Belum lagi kecewa dengan pembelian di Lazada ... :) alhamdulillah.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement