House Husband memasak memang terbaik. Erkkk .. ecewah, kenyataan masuk bakul angkat sendiri ni.... hahaha. Ya, saya seorang house husband. Saya seorang suami yang bekerja dari rumah, dan cara saya mendapat income adalah menerusi blog. Ada yang persoalkan bagaimana saya dapat jana income dan tampung perbelanjaan harian. Tempoh hari saya sudah bercerita, anda boleh baca - Jadi Hamba Wang dan Kenapa Pilih House Husband dan Blogger Sepenuh Masa?

Jika anda mengikuti blog ini, dan baca mengenai kisah house husband yang saya paparkan, tentu anda perasan yang saya ada ketika menyelitkan entri-entri berkaitan resepi. Resepi yang saya masak sendiri tanpa bantuan sesiapa, walaupun hakikatnya saya sering merujuk blog-blog resepi seperti Dapur Tanpa Sempadan dan blog Kakinakl.

House Husband Memasak Memang Terbaik


Ada yang tanya, bagaimana saya boleh memasak untuk isteri dan anak-anak walhal masa yang sama dok sibuk untuk mencari income secara online? Ok, mudah ... masaklah dengan penuh kasih sayang. In Sha Allah, apa jua anda masak niat untuk beri makan isteri dan anak-anak semua akan jadi mudah, dan paling syok ia akan membuatkan isteri dan anak-anak sentiasa menghargai apa yang anda masak walaupun hanya telur goreng dengan kicap.

Jika tak ada aral melintang, dan apabila saya merasakan resepi saya itu perlu dikongsi dengan rakan pembaca blog saya, maka saya akan cuba tulis dan selitkan gambar-gambar berkaitan resepi yang saya masak. Alhamdulillah, ada antara resepi yang saya kongsikan di dalam blog mendapat respon yang baik lagi positif. Enjin carian Google pun suka dengan perkongsian resepi saya ...hoho...
Saya telah terima satu email semalam (30 April 2015), ada pengikut dan pembaca blog ini minta saya tulis dan kongsi lagi mengenai resepi house husband saya... hoho...

Terima kasih kepada blogger Rahimah dari KakiMelancong.com kerana sudi kirimkan email di atas. Terharu saya terima email sebegini. Ia menyakinkan saya bahawa apa yang telah saya tulis, baik mengenai tips blogging, mengenai bisnes online, mengenai pendapatan dari rumah, mahupun perkongsian resepi mendapat tempat di hati pembaca, dan telah dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Resepi House Husband Simple dan Mudah

Resepi House Husband saya bukan resepi hebat mana pun, tapi itulah ... apabila kita melakukan sesuatu kerana niat betul dan juga minat .. pasti ia akan dibuat dengan penuh kasih sayang. Seperti saya katakan awal tadi, biarpun tulis resepi mudah contohnya Resepi Daging Masak Kicap atau telur goreng ... in Sha Allah, dengan kasih sayang ia akan menjadi menu paling istimewa dan lazat untuk seisi keluarga.

Saya tidaklah mengatakan bahawa isteri yang memasak untuk keluarga tidak hebat, saya cuma nak beritahu bahawa seorang suami House Husband juga hebat memasak dan terbaik, kerana bukan mudah nak jumpa seorang suami yang ada keinginan penuh ikhlas memasak untuk famili. Itu sebab lelaki House Husband itu terbaik .. ye tak? Hoho ...

Nak cemburui para isteri, maka cemburulah pada isteri yang ada suami yang sanggup ke dapur ... hoho... tapi bukan tiket untuk si suami pasang umpan untuk berpoligami .. hahahaha....

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah terer brader kita ni masak...memang terbaekkk...bukan setakat buat blog tapi pakar memasak didapur rupanye...

    ReplyDelete
  2. orang lelaki kalau masak memang sedap.. husband saya pun camtu.. walaupun jarang masak tapi sekali masak mmg sedap.. hehehee

    ReplyDelete
  3. masak memasak memang menarik kalau licin semua hasil yang dimasak...hehe...

    Tuan Hasrul, saya ada 2 soalan

    1. Macam mana nak buat yang iklan kat bawah sekali dalam artikel? "Fakta: Malaysia Diancam Warga Asing"....letak sekali keluar semua kat semua artikel

    2. Berkaitan "Isikan alamat email dan klik butang HANTAR"...rasa nak buat ni senang ja tapi jadi konfius...ada form html sendiri kan? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan:

      1 - Iklan tu boleh masukkan menerusi edit pada HTML blogspot. Masukkan pada post-footer ...

      2 - Isikan nama email tu saya gunakan feedburner, boleh juga gunakan cara lain dengan masukkan form autoresponder. Hanya letakkan kod form dalam HTML/Javascript.

      Delete
  4. Dulu kalau saya meninggalkan rumah berhari-hari saya tak masak sebab suami saya tukang masak yang bagus juga tapi sekarang saya masak dan bekukan. Semua orang senang dan gembira hehe

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Kalau masak dengan penuh kasih sayang, masakan akan terasa lebih sedap. By the way, the prawn look delicious! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap udang galah kalau masak lemak cili api .. slurrpppsss

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement