Resepi Udang Galah goreng sempoi. Yeah .. kalau di tempat anda ada Udang Galah, bolehlah cuba resepi serba malas dan sempoi ini. Udang Galah kalau buat guane masak sekalipun, ia tetap antara hidangan paling menyelerakan. Alhamdulillah, di Parit Buntar, nak dapatkan Udang Galah segar tak susah, cuma kena rajin ke pasar... in Sha Allah, boleh dapat Udang Galah dengan harga antara RM20-RM32 sekilo, bergantung dengan saiz dan kesegaran.

Sebagai seorang house husband, kadangkala saya pun malas nak masak yang rumit-rumit. Apatah lagi kalau wife outstation. Bab masak yang rumit-rumit ni, selalunya wife saya yang masak. Hebat tak hebat wife saya, awal pagi dah sediakan lauk makan tengahari sebelum ke pejabat. Jadi, bila isteri saya kena outstation, dan saya pula tetiba ada rasa nak masak, saya akan masak benda simple. Simple sebab wife saya tak ada, cuma saya dan anak-anak je makan. Kalau wife saya ada, mungkin resepi udang galah jadi lain ... hoho macam Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api.

Resepi Udang Galah Goreng Sempoi

Resepi ni sempoi sebab tak banyak bahan-bahan, sesiapa pun boleh masak asalkan ada Udang Galah dan tahu 'sembelih' Udang Galah dengan betul.
Resepi Udang Galah Goreng Sempoi

Bahan-Bahan

  • Udang Galah setengah kilo
  • Satu sudu teh Cuka Epal
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Setangkai Daun Kari
  • 2 biji Bawang Besar
  • 5-10 helai Cili Kering
  • Halia seinci.
  • Satu sudu teh minyak masak.

Cara-Cara Memasak

  1. Tuang minyak dalam kuali, tunggu sampai panas. Minyak gunakan sedikit sahaja ye... hoho.
  2. Basuh Udang Galah dengan betul dan toskan.
  3. Gaul Udang Galah dengan garam dan kunyit.
  4. Masukkan Udang Galah dalam kuali minyak panas.
  5. Goreng dengan api sederhana sehingga Udang Galah jadi kemerahan. Jangan lupa balik-balikkan Udang Galah untuk masak sekata.
  6. Setelah nampak banyak buih muncul, masukkan bawang besar yang dihiris halus, halia yang dihiris kecil dan juga cili kering yang dipotong pendek-pendek.
  7. Sebatikan gorengan.
  8. Selepas naik bau bawang yang sedap, masukkan pula daun kari.
  9. Akhirnya masukkan cuka epal. Goreng dan balik-balikkan dalam 1-3 minit.
  10. Siap.

Hoho .. hidangkan segera dengan nasi... nyummm nyummm .....
Resepi Udang Galah Goreng Sempoi

Cubalah ye.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement