ABC Talam di Bukit Merah Laketown Clubhouse ada tiga jenis. Ia dikenali sebagai ABC Talam Kaseh, ABC Talam Bukit dan ABC Talam Gunung. Cukup mudah nak membezakannya. ABC Talam Kaseh ada bentuk hati, manakala ABC Talam Bukit dan Gunung adalah merupakan Ais Batu Campur kesinambungan ABC Gunung dan ABC Bukit yang sebelum ini diperkenalkan.
ABC Talam Bukit Merah Laketown Clubhouse
Hebat betul idea pemilik Bukit Merah Laketown Clubhouse ni yang memperkenalkan sesuatu yang unik daripada sesuatu yang biasa.Sebaik sahaja keluar tol plaza, anda perlu belok ke kanan dan masuki ke Bukit Merah Laketown. Apabila masuk ke Bukit Merah Laketown Resort, di bulatan pertama, ambil terus (jam 12) dan terus sehingga bertemu satu lagi bulatan. Anda akan jumpa lokasi ini di penghujung jalan, betul di depan deretan kedai runcit di situ.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.