Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada hanya beberapa resort golf di Malaysia yang telah menerima perakuan Sijil Halal daripada JAKIM, Buffet Ramadhan BGR ini digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. BGR menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga 200 pilihan! Dengan harga yang bermula dari RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak, Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai.
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Kambing Bakar Mengiurkan di Buffet Ramadhan BGR 2015
Para tetamu BGR boleh menikmati Cooking Showcase BGR tahun ini yang menampilkan Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang dan menyediakan sup kambing panas yang akan menghangatkan selera. Para pelanggan juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang yang dibuat sendiri serta Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang digoreng panas di hadapan mereka.Hidangan menu Kambing Bakar, Sup Kambing dan Hirisan Daging Kambing empuk antara menu pilihan saya dan keluarga di Buffet Ramadhan BGR 2015. Sup Kambing ala Mamak memang sedap dicicah dengan roti lembut yang tersedia. Sangat disyorkan!
Pelbagai Menu Western, Tempatan dan Masakan Timur Paling Sedap
Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi isitmewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Hidangan ini sungguh menyelerakan dan chef kami dengan senang hatinya akan menyajikan hidangan tambahan atas permintaan tetamu! Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, kami mengesyorkan Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.Beef Lasagna di BFR memang terbaik, sedap betul rasanya. Almaklumlah saya dan famili baru pertama kali merasa menu ini.
Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula, pasukan dapur BGR menyediakan pelbagai pilihan juadah seperti Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai dan tidak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Taik Minyak.
Pencuci Mulut Buffet Ramadhan BGR 2015
Pada setiap Buffet Ramadhan di BGR sudah menjadi kemestian pelanggan untuk menikmati pencuci mulut di sini. Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan amat digemari oleh pelanggan kami tanpa mengira usia. Aiskrim ini dihasilkan menggunakan teknologi yang sering digunakan di restoran-restoran mewah dan ianya haruslah dicuba. Rasailah perbezaannya berbanding aiskrim-aiskrim lain!Pemanis Mulut Resepi dan Menu Terbaik Antarabangsa
Para tetamu juga boleh mengakhiri jamuan mereka dengan juadah manis di ‘Live Station’ Spanish Churro dengan kuah coklat yang pekat. Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kuih muih buatan kami sendiri, pudding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan tempatan. Para tetamu juga akan rambang mata dengan pelbagai pilihan popular Barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Éclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik kami yang terkini untuk tahun 2015 – Infused Chocolate Ganache Tartlet.BGR Unik Dengan Dapur Terbuka
Pada Buffet Ramadhan tahun ini, sekali lagi Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan 'hiburan di dapur', yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari.Bangi Golf Resort juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta secara percuma. Kemudahan lain seperti Surau Lelaki/Perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu.
BGR Buffet Ramadhan 2015 - Pilihan Kegemaran Berbuka Puasa
Seperti yang dikatakan oleh Chef Kamaruddin, "Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan. Kami sentiasa memperkenalkan hidangan baru untuk memastikan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan dan pada masa yang sama, kami juga bekerja keras untuk mengekalkan keenakan rasa tradisi masakan kami secara konsisten agar pelanggan kami sentiasa datang kembali."Harga Buffet Ramadhan BGR 2015 dan Cara Tempahan
Harga: RM 55 Dewasa, RM27 Kanak-Kanak
Untuk sebarang info lanjut mengenai pakej Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort, anda boleh terus berhubung dengan Puan Luliy Shalwani Shafpii (016-9645544/016-2678284).
Info am mengenai Bangi Golf Resort
Nama: Bangi Golf Resort Restaurant Sdn Bhd
Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, Malaysia
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E
Laman Web : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Email : bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu Operasi : 6.30 pagi – 9.30 malam setiap hari
Ok la harganya. Boleh cuba ni nanti.
BalasPadamMenu ada lebih 200 tu .. memang berbaloi dengan harga, tambah dengan suasana yang selesa, luas dan lapang.
Padamsedap sedap sedapppppppppp sangat semuanya!!
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.