Bagaimana nak gunakan aplikasi WhatsApp di komputer? Saya sebenarnya baru sahaja tahu mengenai cara ini, itupun diberitahu oleh salah seorang rakan yang memang aktif menggunakan aplikasi WhatsApp. Patutlah ada rakan-rakan saya laju sahaja membalas mesej di WhatsApp, dan boleh tulis panjang-panjang dan
copy-paste dengan mudah sesuatu dari laman web ke aplikasi yang semakin terkenal itu. In Sha Allah, menerusi post dan perkongsian ini, saya akan beritahu
cara menggunakan WhatsAppa menerusi komputer.
Jadi, atas ilmu dan pengetahuan yang saya baru dapat ini, saya sukacita nak kongsikan kepada rakan-rakan pengunjung dan pembaca blog ini. Mungkin akan ada manfaat nanti, in Sha Allah. Cuma diharapkan aplikasi ini yang telah dipermudahkan dengan membolehkan ia digunakan di komputer digunakan sebaik mungkin.
Saya tak mahulah apa yang saya kongsikan ini disalahguna pula, al maklumlah rakyat Malaysia ini cepat benar suka berkongsi sesuatu perkara atau isu tanpa usul periksa. Ramai yang mudah percaya dengan berita disampaikan di media sosial walhal kadangkala ada isu itu telah lama 'padam' tetapi dikembalikan kerana sentimen dan emosi yang tanpa asas.
Cara Menggunakan WhatsApp di Komputer
Ok. Pertama sekali anda perlu ke laman
WhatsApp for web (klik). Anda hanya boleh akses dengan baik menggunakan pelayar internet - Crome dan juga Firefox. Paparan di bawah akan kelihatan di pelayar internet anda. Anda akan nampak code QR dipaparkan di skrin.
Kemudian, anda perlu aktifkan aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda. Cari menu berikut seperti di paparan di bawah, tertulis WhatsApp Web. Seandainya anda tidak jumpa, anda perlu upgrade aplikasi WhatsApp di telefon anda dengan versi terkini.
Sebaik sahaja anda klik bahagian tersebut, maka paparan di bawah akan keluar. Scan paparan tersebut pada paparan QR yang tertera di pelayar internet anda tadi. Jika kod QR telah hilang, sila
refresh balik.
Dan walla, anda akan nampak senarai group dan mesej WhatsApp anda di pelayar internet anda. Jangan tutup pelayar internet anda selagi anda mahu gunakan aplikasi ini menerusi komputer. Sekiranya anda tutup, maka anda perlu ikuti arahan seperti di awalnya tadi.
3 Perkara Penting Untuk Gunakan WhatsApp di Komputer
Ok. Beberapa perkara penting harus anda ambil perhatian.
- Aplikasi WhatsApp perlu yang terkini.
- Hanya boleh digunakan untuk telefon Android, Blackberry, Nokia S60, Nokia S40, Windows Phone dan Blackberry 10.
- Hanya boleh digunakan dengan pelayar internet seperti Crome dan juga Firefox.
Selamat mencuba.
Lagi satu telefon mestilah sentiasa ada sambungan internet. Kalau terputus, WhatsApp web tak dapat digunakan...
ReplyDeleteinfo yang berguna.terima kasih
ReplyDeletekalau download bluestacks lagi seronok boleh buka akaun terus. boleh buka akaun wechat whatsapp boleh main coc koikou hehehe... saya selalu guna bluestacks jak utk buka whtsapp di komputer..
ReplyDeleteWahh.. memang seronok berwasap gunakkan komputer.. rase macam luasss mata memandang u... ekeke.. nice sharing bro... kipidap...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.