Baru-baru ini, atas kesempatan dijemput untuk mencuba Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort (BGR); saya dan anak-anak telah berpeluang untuk mencuba satu lokasi memancing yang sedang hot di Jugra. Kalau disebut sahaja kolam Pancing RM3 .. ramailah kaki pancing sekitar Selangor akan dok bersembang mengenainya.
Pancing Ikan Sewa RM3 Satu Joran Sehingga Puas
Mana taknya, dah la sewa memancing murah - RM3 satu joran memancing sampai puas. Jadi, memang berbaloilah. Cumanya ikan yang dipancing wajib dibawa balik, dan nak bawa balik ikan anda kena bayar ikut harga ikan tersebut. Kalau Bawal Emas, dalam RM23 sekilo. Jadi, faham-fahamlah kalau anda berjaya bawa naik beberapa ekor ikan Bawal Emas tu .. hoho ...Perjalanan 20 Minit Dari Putrajaya
Saya dapat tahu pun disebabkan adik ipar yang tinggal di Putrajaya ada berkongsi gambar ikan Siakap yang berjaya dipancing di kolam tersebut menerusi WhatsApp. Dek kerana teruja, saya minta adik ipar untuk bawa saya dan famili ke kolam tersebut. Uhh jauh juga perjalanan dari Presint 18 Putrajaya ke Kolam Pancing RM3 ni.Berjaya Pancing Bawal Emas Hanya Beberapa Minit
Sampai ke lokasi, kami terus sahaja ke kolam Bawal Emas memandangkan tidak ramai orang. Terkejut saya, tak sampai pun lima minit, ikan pertama berjaya dinaikkan. Kemudian, ikan kedua dan ketiga selang beberapa minit kemudian. Anak-anak saya, Amri, Zikri dan Maira semua merasa teruja dapat menarik ikan Bawal Emas naik ke darat. Punyalah mudah nak naikkan ikan sehingga pada satu tahap ... kami merasakan tak mengapa jika ikan dipancing terlucut atau terlepas .. hoho... yelah, bayangkan kalau setiap ekor tu dalam 500gram, dapat 4 ekor dah dua kilo, sekilo RM23 ... haaa darab la sendiri ye ..hehehe..Sedikit info:
- Sewa mancing satu joran RM3 (tanpa had masa) waktu siang, RM5 satu joran untuk memancing malam.
- Terdapat lebih daripada 5 kolam pancing - Ikan Siakap, Ikan Kerapu, Ikan Bawal Emas, Senangin semuanya dalam kolam berasingan.
- Harga sekilogram ikan dipaparkan di setiap kolam.
- Terdapat kolam tangkap lepas - RM50 sejam.
- Ikan dipancing wajib bawa balik. Harga ikut berat ikan dibawa balik.
- Servis siang ikan disediakan dengan upah tertentu.
Sebenarnya terdapat lebih daripada 10 lokasi memancing ikan dengan harga RM3 satu joran (tanpa had masa) di Jugra ini. Ada yang jauh masuk ke dalam ladang Kelapa Sawit, ada pula kolam memancing yang letakknya berdekatan sungai, dan ada yang terletak di bawah Jambatan Jugra. Anda boleh pilih mana-mana lokasi yang sesuai dan mencuba duga ikan-ikan yang terdapat di situ.
Jika anda kaki pancing, dan mahu bawa anak-anak dan keluarga; maka bolehlah mencuba untuk memancing pelbagai jenis ikan yang bernilai tinggi di kolam memancing RM3 ini.
Ikan Kolam Tidak Berapa Sedap Dibuat Lauk
Cuma yang tak berapa best ialah ... ikan di situ tak berapa best untuk dimakan... hoho... saya bawa balik 3 ekor Siakap, dan 4 ekor Bawal Emas.... masak sweet sour dan kari ... uhhh tak boleh diterima anak tekak .. bila dah dimasak, ada rasa 'sampah' dan hanyir yang memang tak boleh blah .. hoho...Dengar-dengar ada kolam pancing RM3 yang sediakan ikan Giant Traveller (GT) atau bahasa pasarnya ikan Nyok-Nyok .. uhhh bolehlah try cari nanti dan masak Kari Kepala Ikan Nyok-Nyok.
Kesimpulannya - Kolam mancing RM3 ni adalah sesuai untuk riadah dan habiskan masa lapang bersama keluarga memancing ikan ... tanpa perlu rasa tension ikan tak dapat .. hoho.
Mohon share location tuan..saya berminat nk ke kolam RM3 ni...tapi tak tahu jalan..
ReplyDeleteCari je kolam pancing Jugra dalam google map dengan waze ada tulis. Ada banyak kolam pancing Rm3 ni ... yang saya pergi ni salah satu darinya. Ada yang paling senang cari adalah dekat tepi sungai tu.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.