Mitsui Outlet Park terletak 60km daripada Kuala Lumpur, dan hanya 6km sahaja dari dua lapangan terbang utama di Malaysia, iaitu KLIA dan KLIA2. Ia merupakan sebuah gedung membeli belah yang menawarkan produk-produk terus dari kilang. MOP adalah gedung beli belah berkonsepkan factory-outlet yang menyediakan produk dan jenama kelas menengah atas serta high-end untuk para pelanggan terutama sekali pelancong.
Mitsui Outlet Park KLIA

Tawaran Diskaun MOP Mengundang Tarikan
Ketika saya tiba di MOP, saya lihat ramai betul orang sedang membeli-belah walaupun ketika itu sudah jam 9 malam. Paling menarik, saya ternampak satu barisan panjang sedang berada di depan outlet Nike. Saya fikir mungkin sebab ada jualan istimewa dilakukan oleh Nike, sehingga perlu dihad jumlah pelanggan masuk ke premis.Mitsui Outlet Park KLIA ini memang luas. Ia merupakan outlet dua tingkat dengan terbahagi kepada Pier Walk, Bench Walk, Sunshine Square dan Tropical Plaza. Memang letih la kalau nak berjalan, apatah lagi kalau bawa anak-anak.. hoho. Saya pun tak habis jelajah MOP ini...huhu.

Kecewa Dengan Pengurusan Parking
Mungkin pihak pengurusan masih lagi belum sempat menyediakan mesin pembayaran parking yang mencukupi, al maklumlah ... mereka tak menyangka bahawa MOP mendapat sambutan menggalakkan... hoho.
Papan Paparan Ketibaan dan Perlepasan Pesawat
Dan satu ciri menarik MOP yang ingin saya kongsikan ialah terdapat paparan waktu tiba dan perlepasan pesawat dari KLIA disediakan di sini. Jadi, ia mungkin satu strategi dan servis khas yang digunakan untuk menarik pelancong yang tiba samada secara kekal atau sementara menerusi KLIA dan KLIA2.





