Nasi Goreng Kampung dan Sup Ekor, memang menjadi pilihan saya kalau makan ala-carte di Selera Intan, di pekan Parit Buntar, Perak. Restoran Selera Intan adalah antara restoran Melayu yang telah lama bertahan dan dikenali penduduk setempat, dan menu Nasi Goreng Kampung dan Sup Ekor antara menu yang menjadi kegemaran ramai.

Selera Intan antara restoran yang menjadi kegemaran saya, wife dan anak-anak. Setiap kali datang makan ke restoran ini, Nasi Gorang Kampung adalah antara menu yang sering saya pilih. Manakala, anak-anak pula sukakan Chicken Chop yang disediakan di sini. Malah, saya lihat kebanyakkan pengunjung Selera Intan banyak yang akan memesan Nasi Goreng Kampung dan Chicken Chop. Harganya pula memang sangat berpatutan. Serius, kalau nak bawa anak-anak makan Chicken Chop, memang Selera Intan lah yang menjadi pilihan utama.

Nasi Goreng Kampung Sup Ekor Selera Intan

Nasi Goreng Kamung di Selera Intan, Parit Buntar
Dah lama saya tak merasa makan Nasi Goreng Kampung di Selera Intan.Tetiba rasa rindu pulak .. hahaha ... sib baik ada ambil gambar tempoh hari.

Saya suka Nasi Goreng Kampung di Selera Intan kerana ikan bilis dia rangup, pastu banyak, dan paling best, guna kangkung dan cili api segar - antara ciri penting menu bernama Nasi Goreng Kampung.

Nasi Goreng Kampung di Selera Intan ada keropok dan disediakan juga sup biasa. Saya selalunya akan order triple - samada kombinasi nasi dengan Telur Goreng Goyang, nasi dengan sup tulang/ekor atau nasi dengan tomyam - dengan Teh Tarik. Kalau nak sejuk, saya suka order air buah-buahan.
Tadi, dok belek gambar-gambar dalam komputer, terjumpalah beberapa gambar Nasi Goreng Kampung Selera Intan. Memang ada niat nak cerita dalam blog, dan alhamdulillah ... hari ini baru tercapai, malang sekali ia dikongsi dalam bulan umat Islam sedang berpuasa.. hoho.
Nasi Goreng Kamung di Selera Intan, Parit Buntar
Jika ke Parit Buntar, boleh singgah ke restoran ini. Siang ada nasi campur dengan lauk pauk, dan malam ada menu Ala-Carte yang pelbagai. Harga memang puas hatilah ...

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Huishh sedapnyaaa.. kat kuantan ni susah nak cari sup ekor sesedap... nanti nak try makan kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh meh .. dijemput datang ke Parit Buntar, nanti call bro di sini, in Sha Allah boleh bawak makan sini sekali dengan tempat Mee Udang .. :)

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement