Saya pasti ramai rakan blogger yang mempunyai akaun laman sosial popular Facebook ini. Menerusi Facebook, seorang blogger boleh mencipta page tersendiri untuk blognya, malah boleh mewujudkan group follower sendiri di situ. Seorang blogger boleh meningkatkan pengaruh blognya dengan mudah menerusi Facebook, asalkan digunakan dengan cara berkesan dan terbaik.
5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat
Saya sendiri menggunakan Facebook untuk menyalurkan ilmu berkaitan tips blogging dan panduan blogger, khas dan khusus untuk blogger baru. Saya ada beberapa page Facebook, dan saya ada beberapa group tersendiri di Facebook. Setiapnya ada fungsi berbeza.Namun begitu, harus sentiasa waspada apabila mempunyai banyak Facebook page dan group ini. Tersilap langkah, akaun peribadi Facebook anda boleh terkena tempias, dan disekat oleh pihak administrator Facebook.
Ketahui 5 Perkara Yang Boleh Membuatkan Akaun FB Personal Disekat
Berikut adalah 5 sebab akaun Facebook boleh kena sekat. Dan sekatan ini samada bersifat sementara atau kekal. Apabila akaun anda dikenakan tindakan ini, anda akan nampak satu mesej 'Account Disabled' dipaparkan ketika mahu login. Jika tiada mesej 'Account Disable', tetapi anda tidak boleh login, kemungkinan besar anda ada isu mengenai cara untuk login - termasuklah dari lokasi mana anda cuba login akaun Facebook anda itu.- Secara terus-terusan melakukan tindakan yang dilarang setelah menerima nota amaran dari Facebook. Tindakan ini termasuklah LIKE sesuatu secara bertalu-talu. Tag rakan-rakan pada sesuatu post secara melulu.
- Menambah atau membenarkan rakan Facebook ditambah dengan tujuan untuk pengiklanan, gangguan, dating, atau perkara-perkata lain yang tidak sepatutnya.
- Menggunakan nama palsu.
- Mengambil identiti orang lain atau menyamar.
- Kongsikan sesuatu yang langgar terma dalam Facebook.
Rayuan tersebut boleh dilakukan menerusi pautan ini - https://www.facebook.com/help/contact
Untuk makluman, pihak Facebook tidak akan memaklumkan anda mengenai sebarang sekatan akaun kepada anda. Anda hanya akan ketahui apabila mahu login ke Facebook.
Rayuan pula hanya akan diterima sekiranya kesalahan-kesalahan yang dilakukan dianggap boleh dimaafkan atau tidak terlalu serius. Jika terlalu banyak perlanggaran terma dilakukan, pihak Facebook mungkin tidak menerima permohonan rayuan anda, dan akaun Facebook anda akan hilang buat selama-lamanya.
Jika itu berlaku, tiada jalan lain. Anda perlu buat satu akaun baru dengan alamat email yang baru.
Semoga bermanfaat.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.