Saya mewakili Kelab Blogger Belia, juga dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, samada anda pembaca dan pengunjung setia blog ini, mahupun bukan. Tak kiralah dari mana anda datang dan singgah ke blog ini, ucapan Selamat Hari Raya dari Blogger Malaysia ini adalah untuk anda semua.
Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya
Kami Blogger Biasa - Bukan Keyboard Warrior
Kami bukan keyboard warrior seperti ramai yang sangka. Kami juga bukan penyebar fitnah dan pembuat cerita. Apa yang kami cerita adalah keikhlasan kami, blog kami adalah kisah kami, pandangan umum kami dan pengetahuan kami yang diinspirasikan dan dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk dimanfaatkan sekalian makhluk. Mana yang baik, jadikan amalan, mana yang tidak elok itu mungkin akibat kedaifan dan kekurangan kami.Terima kasih warga internet kerana berikan ruang untuk kami, terima kasih kerana share, like dan tweet cerita kami.
Seikhlas hati, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan mohon maaf zahir dan batin. Halalkan pendapatan dari blog yang kami perolehi, dan doakan kami agar terselamat dari azab api neraka. Amin.
Terimalah ucapan dari rakan-rakan blogger ini.... anda kenal mereka? Merekalah rakan Kelab Blogger Belia Malaysia.
Blogger Zaza Iman - www.zazazehra.com
Blogger Mahadi Arifin - www.mahamahu.com
Blogger Karlisa Latisya (Joe) - satunsiam.blogspot.com
Blogger Najeeb Abdullah -katanajeeb.blogspot.com
Blogger Shazillah Sani - secretofshaila.blogspot.com
Blogger Nora Dee - norazis2908.blogspot.com
Blogger Julia Johari - www.juliajohari.com
Blogger Nor Hidayah - sayaiday.blogspot.com
Blogger Papa Izz - ekjozbuluh.blogspot.com
Juga ucapan jutaan terima kasih pada semua yang.tak putus-putus mendoakan kesembuhan adik Izz dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Terimalah serangkap pantun dari kami : Beraya di kota memang berbeza, Namun masih boleh bergembira, Ampunkan dosa kami sekeluarga, Selamat menyambut Hari Raya. Dari kami : papa Izz, mama Izz, along Izz, angah Izz dan adik Izz"
..
..
In Sha Allah, saya akan update lagi post berikutnya untuk senaraikan lebih ramai blogger Malaysia dengan ucapan Selamat Hari Raya masing-masing.
Jika anda seorang blogger, saya jemput untuk memeriahkan group blogger - Kelab Blogger Belia Malaysia (klik). Kini, keahlian sudah mencecah 8400 blogger seantero benua.
Akhirnya.... Terima kasih bro HH.
ReplyDeleteSalam Aidilfitri!
Nampak meriah semuanya :D
ReplyDeleteSalam Aidilfitri 2015, maaf, zahir dan batin. Moga ceria di hari lembaran.... jgn lupa ucapkan syukur Alhamdulillah kerana berjaya melakukan segala ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga memperolehi pahala berlipat kali ganda. Insya Allah.....
ReplyDeleteselamat hari raya pada bro HH dan semua para blogger juga :)
ReplyDeleteAlhamdulillah... Selamat hari raya kepada semua
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua
ReplyDeleteTerima Kasih , Selamat Datang Ke Dunia Melayu Ku.....
ReplyDeleteselamat hari raya bro HH dan semua blogger
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.