Inilah yang dikatakan pengaruh promosi yang dilakukan oleh blogger Malaysia. Ramai usahawan Malaysia samada online dan offline yang nampak keberkesanan promosi yang dijalankan. Alhamdulillah, saya sebagai blogger turut mendapat tempias apabila ditawarkan banyak peluang pengiklanan di blog ini, khususnya advertorial dan juga review.
Kemeriahan Buffet Ramadhan 2015 di Bangi Golf Resort Club House
Saya pasti ramai rakan blogger saya yang telah menerbitkan banyak entri seperti Buffet Ramadhan Bukit Merah Laketown Club House, Shawl Rekaan Terkini Bidadary, Susu Momma Terbaik Untuk Ibu Mengandung, Bisnes Printing Tanpa Modal Dari Rumah, Minuman Bertenaga Untuk Bulan Puasa dan banyak lagi.
Alhamdulillah, artikel advertorial mengenai Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort berjaya menjadi antara artikel atau post paling popular sepanjang awal Ramadhan tahun ini. Ia telah berjaya berada di page pertama Google sejak saya mula terbitkan di blog ini. Sedikit sebanyak, secara lansung atau tidak, ia telah memberikan impak positif kepada restoran di Bangi Golf Resort untuk memperoleh pendedahan sehingga berjaya menjadikan ia antara lokasi popular berbuka puasa Ramadhan 2015.
Gambar Kemeriahan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort
Buktinya, saya kongsikan beberapa gambar kemeriahan buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort yang telah disertai oleh rakan saya yang tinggal di Kuala Lumpur. Komen beliau - "Memang puas hati, ruang makan cukup luas dan menu semua sedap-sedap".Kepada rakan blogger yang lainnya, seandainya peluang itu belum dapat anda peroleh, mungkin anda boleh mencuba untuk mempromosikan blog anda menerusi laman web Advertorial.MY yang menyediakan platform untuk anda perkenalkan servis advertorial anda.
Memang terbaik
ReplyDeleteMemang best .. macam2 pilihan menu ada di sini, tu sbb saban tahun jadi pilihan untuk berbuka puasa ..
DeleteRamai juga yang rekemen tempat ni ya
ReplyDeleteYa tuan, selesa berbuka puasa di sini, Parking mudah percuma ... pastu tempat makan pun luas ... dewannn besarrr ...
DeleteMakanan memang terbaiklah tuan. CUbalah ye. Tak rugi, in Sha Allah.
memang best makan kat sini. Makanan buffetnya memang sangat banyak, puas hatilah
ReplyDeletebanyak baca review yg best tentang tempat ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.