Kerang rebus di Warung Man Udang Lipan, Parit Buntar memang lain daripada mana-mana gerai, warung dan restoran yang ada di Parit Buntar. Keunikkannya ada pada jenis kerangan, saiz dan juga rasa kuah kacang yang dihidangkan. Dan lagi satu ialah mengenai kepelbagaian menu lain yang jarang ada di mana-mana warung dan kedai yang menjual menu yang sama - Kerang Rebus yang menjadi fenomena di Parit Buntar setiap kali hadirnya Ramadhan.

Ya, Ramadhan di Parit Buntar memang unik. Snek Kerang Rebus menjadi snek paling popular selepas jam 9 malam. Ia mendapat sambutan terhangat sebaik sahaja jemaah di surau dan masjid selesai menunaikan ibadah Sholat Sunat Terawikh dan Witir.

Kerang Rebus Warung Udang Lipan Parit Buntar

Sebelum ini, saya dah tunjukkan beberapa gambar menu snek Kerang Rebus yang ada di Warung T'Daud. Kali ini, saya nak kongsikan satu lagi kedai atau warung yang popular menjual menu snek yang sama ini iaitu Warung Man Udang Lipan.

Satu lagi warung Kerang Rebus yang memang jadi sebutan setiap kali datang Ramadhan ialah Warung Pak Mat. Cuma kali ini, saya tak nak ceritakan mengenai warung tersebut yang boleh dianggap warung jual Kerang Rebus yang lejen, kalau anda nak baca ... boleh baca post tahun-tahun sebelumnya di sini - Uniknya Ramadhan Kerang Rebus Parit Buntar.

Apa Bestnya Warung Man Udang Lipan Jual Kerang Rebus Ramadhan 2015?

Kerang Rebus Warung Udang Lipan Parit Buntar
Ok. Mari tinjau apa yang bestnya Warung Udang Lipan Parit Buntar ini?
  • Pertama sekali adalah dari segi harga. Ia tak seperti kedai lain yang jual ikut pinggan. Warung Kerang Rebus Warung Udang Lipan ini menjual ikut kilo. Harga sekilo bermula dari RM12-RM18 sekilo. Ia ikut jenis kerang, saiz. 
  • Air sirap dan air masak di sini adalah PERCUMA.
  • Jika anda beli menu air istimewa contohnya Coconut Shake atau Air Kelapa Lemon, anda akan dapat kerang rebus percuma sepinggan!
  • Kerang adalah fresh. Setiap hari ownernya - Chef Man akan pergi ke seluruh pelusuk lubuk Kerang untuk mencari bekalan. Ada yang sampai ke Kuala Selangor.... huhuhu .. tapi baru ni saya diberitahu stok kerang mentah dibeli dari nelayan di kawasan Lumut, Setiawan dan Pantai Remis.
  • Ada kerangan lain seperti Siput dan Kepah.
  • Kuah Kacang yang boleh ditambah ikut suka hati.
  • Ada menu lain seperti Mee Udang Lipan, Char Kuew Teow Udang Lipan, Udang Lipan Goreng Tepung.
  • Tempat duduk yang banyak.
Kerang Rebus Warung Udang Lipan Parit Buntar
Kerang Rebus Warung Udang Lipan Parit Buntar
Cuma yang tak berapa best ialah tempat parking. Kalau anda datang lewat, sekitar jam 10 malam ke atas, memang susah nak dapatkan parking. Al maklumlah warung ini tepi jalan, dah tu terletak sebelah surau... hoho ....

Suasana di sini lebih meriah jika dibandingkan dengan warung-warung lain. Di sini ramai orang kampung yang akan datang singgah, jadi ada suasana kampung yang penuh mesra. Kalau anda tak suka kemeriahan ini, memang bukan lokasi sesuai untuk makan kerang rebuslah .. hehehe...

Lokasi Warung

Untuk ke sini, anda perlu melalui jalan raya persekutuan (jalan utama dari Taiping - Butterworth). Jika dari arah selatan (Taiping), anda akan jumpa satu simpang lampu isyarat ke Parit Buntar, ambil kiri menghala ke Tanjung Piandang. Jika anda belok ke kanan, anda akan masuk ke pekan Parit Buntar.

Jalan terus lebih kurang dalam 10km, Warung Man Udang Lipan yang menjual pelbagai jenis snek kerang-kerangan ini terletak di Parit Haji Wahab. Anda akan perasan ada satu kedai atau warung yang banyak kenderaan berhenti di tepi jalan.

Boleh Google Map - Parit Haji Wahab, Tanjung Piandang.

Ok.

Jual Kerang Rebus Ikut Kilo - Lebih Berbaloi Beli

Ada yang pelik, kenapa jual kilo?

Sebenarnya jual kilo ni, lebih untung pada pelanggan. Kalau anda beli yang jenis sepinggan tu, anda tidak tahu berapa berat ... ntah-ntah tak sampai 200-300 gram, walhal dengan harga sepinggan tu boleh dapat sekilo kerang di pasar. :)

Pelbagai jenis kerangan - siput dan kepah

Kerang Rebus Warung Udang Lipan Parit Buntar
Harga Kerang Rebus tak macam dulu, dah naik harga .... dulu boleh dapat RM2 sepinggan Kerang Rebus; tapi kali ini dah naik sehingga RM3-3.50 sepinggan. Untuk info, sekilo kerang rebus yang fresh dibeli dari nelayan ada yang sampai RM8-10 sekilo. Dulu boleh dapat RM8-10 seguni! Dan harga ini ikut saiz. Kalau saiz kecil, harga mungkin boleh jadi antara RM2-3.00 sekilo.

Hanya Pada Bulan Ramadhan

Jadi, jika anda tidak mahu lepaskan keunikan Ramadhan di Parit Buntar, bolehlah datang dan merasa fenomena Kerang Rebus ini. Ianya tak ada di bulan lain. Bak kata owner Warung Udang Lipan, berniaga sebulan .. untungnya boleh cover selama setahun berniaga .. begitulah hebat dan larisnya perniagaan Kerang Rebus ketika Ramadhan di Parit Buntar ini.
Kerang Rebus Warung Udang Lipan Parit Buntar
Dan in Sha Allah, mana-mana warung yang amalkan konsep sedekah, pasti akan jadi semakin maju dan laris .. sepertimana dilakukan oleh Kerang Rebus Warung Man Udang Lipan ....



11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Oh MY! Dah terliur dah ni!! ena memang suka kerang, hari2 kat sini makan kerang. Nanti kalau ena pergi sana, bawa ena ke sini boleh?? ekekeke

    ReplyDelete
  2. Menarik betul warung ni.. Tapi jauh la pula. Kalau dekat memang nak pergi dah. Sedap makan kerang rebus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia hanya ada dalam bulan puasa je, hari biasa, hari lain memang tak ada ...:)

      Delete
    2. Terbaik abg man toya...taun je miss,x dtp blik kg..

      Delete
  3. bestnya kerang rebus.......fav SA ni....

    ReplyDelete
  4. Beli kat market balik rebus sendiri pastu bancuh teh tarik or teh ais lg berbaloi puas hati dpd mkn di kdai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feel dia lain, dapat jumpa rakan .. leh sembang ngan orang sebelah yang tak kenal .. ukhwah bang. Ramadhan ni lain rasa dia bila kumpul ramai2 gini

      Delete
  5. Beli kat market balik rebus sendiri pastu bancuh teh tarik or teh ais lg berbaloi puas hati dpd mkn di kdai..

    ReplyDelete
  6. Wlupun dok Dkt prt buntar gk Tp saya x pi pun..kata p dgn kawan Tp tgk pi dgn kluarga ja bang..x nampak pun tgur orang sbelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya bawa makan ni kawan dari Sungai Besar.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement