Haha, nak tak nak terpaksalah jual Philips Airfryer yang wife saya beli dari UK. Tentu anda nak tahu kenapa saya dan isteri nak jual peralatan yang sememangnya hot di pasaran ini? Hoho ... mestilah ada sebab-sebabnya, dan saya harap anda bolehlah baca blog post ini untuk ketahui kenapa dan mengapa perlu saya jual Philips Airfryer ini.

Isteri saya beli Philips Airfryer ini menerusi laman Facebook. Memang murah masa beli, sebab beli terus dari UK, dan bayar pula secara ansuran. Jadi, ketika itu, memang membeli Philips Airfryer ini satu keuntunganlah. Harga semasa untuk jenis yang isteri saya beli ketika itu, adalah jauh lebih murah dengan harga yang dijual di Malaysia. Kalau tidak silap sayalah, kurang dalam RM300 rasanya. Jadi, keputusan membeli ketika itu adalah berbaloi.

Terpaksa Jual Philips Airfryer

Sekarang, setelah beberapa bulan menggunakan Philips Airfryer ini, akhirnya saya dan isteri ambil keputusan untuk menjualnya. Alhamdulillah, sudah ada yang telah menaruh minat untuk mendapatkan Philips Airfryer ini, cuma belum lagi dibayar, dan masih lagi dalam simpanan di dapur.
Terpaksa Jual Philips Airfryer
Kami bercadang nak jual Philips Airfryer ini dengan harga RM500. Ia masih lagi dalam keadaan baik, malah buku resepi pun masih lagi ada, cuma kotak sahaja yang missing in action.

Sebab Menjual Airfryer

Antara sebab kami nak menjual Philips Airfryer
  • Sudah ada kelengkapan lebih baik untuk menggoreng secara sihat
  • Langkah untuk jimatkan penggunaan tenaga elektrik
  • Untuk jimatkan ruang dapur
  • Jarang digunakan
Produk ini sebenarnya bagus, malah sudah ramai rakan blogger yang bercerita mengenai kebaikan yang ada pada Philips Airfyer ini. Ia dicipta untuk memastikan makanan yang kita ambil, masak adalah makanan sihat dan kurang berminyak.

Isteri saya dah pernah masak ayam goreng, ayam panggang, ikan panggang, french fries, sayur dan memasak roti canai segera menggunakan Philips Airfryer ini. Makanan yang dimasak amat cepat kerana tenaga haba dalam ketumpatan tinggi digunakan untuk memasak.

Tetapi itulah, selera tak sama. Anak-anak pun macam kurang berkenan nak makan masakan dari Airfryer ini. Dari masak makanan yang akhirnya ditongsampahkan, maka eloklah saya dan isteri cari alternatif lain.

Maka, dengan sebab-sebab yang telah dinyatakan, kami ambil keputusan untuk menjualnya.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement