Dan sebab itu, andainya ada kesempatan, saya akan cari peluang agar anak-anak saya dapat belajar untuk berenang, memanah dan juga berkuda. Setakat ini, alhamdulilah, ketiga-tiga sukan yang disunnahkan dalam Islam ini, telah diperkenalkan kepada anak-anak saya. Dan mereka semua suka.
Ajarkan Anak Agar Pandai Berenang
Saya Tak Pandai Berenang
Saya akui jujurnya saya bukanlah seorang yang pandai berenang. Tetapi isteri saya dan anak lelaki saya, in Sha Allah, memang tahu berenang. Isteri saya semasa muda memang kaki renang di Universiti Malaya. Begitu juga dengan ipar duai saya. Adik ipar saya antara yang cekap berenang, pernahlah beberapa kali saya lihat dia berenang rentas Sungai Perak beberapa kali. Malah, salah seorang adik ipar saya pernah terjun ke laut berenang menyelamatkan seorang budak kecil yang terjatuh ke dalam laut.Saya pun tak tahu kenapa saya tak pandai berenang. Mungkin kerana saya nie tak reti nak apungkan badan. Kalau boleh apungkan badan tanpa bantuan, in Sha Allah, belajar berenang akan jadi lebih mudah. Agak segan juga apabila ada rakan, sedara mara yang ajak pergi berenang ... haha .. nak tak nak, terpaksalah cari alasan.
Berenang Bagus Untuk Kesihatan Kardiovaskular
Berenang adalah salah satu aktiviti berstamina yang sangat bagus untuk tubuh. Mereka yang mahukan sistem kardiovaskular yang terbaik perlu melakukan aktiviti ini. Ia akan membantu diri mengawal pernafasan serta pada masa yang sama, memperkuatkan otot-otot tubuh badan. Apabila kita berenang, seluruh tubuh akan mengerahkan tenaga, begitu juga dengan organ dalaman terutama sekali jantung dan paru-paru.Bagi Peluang Seluasnya Untuk Anda Belajar Kemahiran Berenang
Dengan sebab itu, setiap kali dapat peluang menginap di hotel yang ada kolam renang, memang saya akan biarkan anak-anak gunakan masa terluang yang ada untuk berenang. Kalau tak, saya dan isteri akan bawa anak-anak ke kolam renang di Bukit Merah Laketown Club House yang ada kemudahan kolam renang ini. Hanya bayar RM2 untuk berenang dan mandi di kolam yang disediakan tanpa had masa.Takpun, saya dan isteri akan bawa ke Kolam Renang Coronation yang terletak di kaki Bukit Larut, Taiping. Air di kolam renang ni sangat sejuk, al maklumlah air dari puncak Bukit Larut. Harga masuk ke kolam ini juga murah, sekitar RM3 untuk satu sesi (ada 3 sesi).