Akuarium Tunku Abdul Rahman, baru sahaja selesai diubahsuai sekitar September 2014. Saya fikir dekat setahun lebih juga pengubahsuai dilakukan ke atas tempat ini. Dan selama setahun lebih jugalah saya dan famili tak berkunjung ke akuarium ini.
Destinasi Bajet Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang
Sejarah Akuarium Tunku Abdul Rahman FRI Batu Maung
Ikut sejarahnya, dulu Akuarium Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Akuatorium Malaysia Pulau Pinang dan ia mula beroperasi pada Jun 1996. Ia sebenarnya menggantikan Akuarium Tunku Abdul Rahman, di Jalan Akuarium, di Gelugor, Pulau Pinang yang amat terkenal suatu ketika dulu di rantau Asia. Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, akuarium milik Fisheries Research Institute (FRI) telah dirasmikan pada tahun 1968 oleh Tunku Abdul Rahman sendiri.Sebenarnya tak ramai pun tahu akan kewujudan Akuarium Tunku Abdul Rahman ini yang terletak di Batu Maung. Mungkin tak banyak promosi dilakukan sehingga ada pelancong terlepas pandang akan destinasi bajet di Penang ini.
Dapat Tahu Sebab Kerja
Saya dapat tahu pun sebab pernah melakukan kajian khas di sekitar kawasan Batu Maung. Buat pembaca setia blog ini, tentu sedar bahawa saya adalah bekas penyelidik di USM satu ketika dahulu, dan salah satu lokasi yang saya kaji adalah jajaran jalanraya sekitar Batu Maung, yang semakin pesat membangun.Info Penting Mengenai Akuarium Tunku Abdul Rahman
Ok. Untuk melawat atau berkunjung ke Akuarium Tunku Abdul Rahman ini, info di bawah perlu anda tahu.- Harga tiket masuk - RM5 Dewasa, RM2 Kanak-Kanak, Warga Emas dan OKU adalah percuma.
- Harga tiket masuk untuk kumpulan pelajar sekolah - RM1.50
- Dibuka dari Khamis sehingga Selasa dari jam 10 pagi - 5 petang
- Jumaat dibuka mulai 10 pagi hingga 12.15 dan dibuka semula pada jam 3 petang sehingga 5 petang
- Akuarium ditutup pada hari rabu.
Murahnya Harga Tiket!
Murah tak harga tiket masuk ke Akuarium Tunku Abdul Rahman ni? Aha .. kalau ada kelapangan, terutama mereka yang tinggal sekitar Parit Buntar, Taiping, Alor Setar, Bukit Mertajam ... memang boleh sangat untuk pergi ke sini. Ada banyak haiwan marin yang boleh anda lihat, sangat berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.Layan beberapa gambar yang saya kongsikan ... dan tarikan paling menarik ialah ikan-ikan saiz gergasi yang ada di sebuah tangki besar dalam auditorium akuarium ini, selain rangka ikan terbesar Malaysia yang heboh diperkatakan satu ketika dahulu.
Malah, di akuarium ini terdapat juga tangki sentuhan di mana anda boleh menyentuh ikan-ikan yang ada dipamerkan. Serius seronok melihat anak-anak gembira keriangan dapat sentuh ikan-ikan kecil yang comel.
Oh ya, lupa nak beritahu mengenai kemudahan yang ada di sini.
- Surau lelaki dan surau perempuan
- Pondok kecil
- Kedai cenderamata
- Kedai makan