Cara batalkan tiket tren ETS dan prosedur pemulangan tambang. Baru-baru ini, isteri saya minta tolong saya dapatkan tiket ETS untuk pergi balik dari KL Sentral ke Parit Buntar. Almaklumlah, baru je jejakkan kaki di Kuala Lumpur, susah sikit nak berjalan walaupun ada kenderaan sendiri untuk ke kaunter KTM. Nak buat cara online, akses internet pula tak ada.

Jadi, sebagai seorang suami prihatin, yang mahukan isteri pulang menjenguk anak-anak, saya pun tempahlah tiket ETS secara online. Ini bukan pertama kali saya menggunakan servis tiket online KTM, dah beberapa kali saya gunakan sistem tiket online ini dan saya boleh katakan saya berpuas-hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Cara Batal Tiket ETS dan Pemulangan Tambang

Cara Batal Tiket ETS dan Prosedur Pemulangan Tambang

Nak dijadikan cerita, telah terdapat perubahan sedikit pada plan asal. Jadi, tiket ETS yang dah siap dibeli terpaksa dibatalkan. Ingat mahu tukar tarikh tetapi tak ada seat kosong, jadi apa yang boleh dibuat ialah mendapatkan pemulangan tambang.

Anda tentu nak tahu cara-cara untuk membatalkan tiket KTM ETS dan bagaimana untuk mendapatkan wang pemulangan tambang. Saya kongsikan info ini supaya anda ketahui cara-caranya jika perlu kelak.

Prosedur Pembatalan Tiket & Pemulangan Tambang 

  • Sekiranya tiket dibatalkan melebihi tempoh 72 jam sebelum waktu tren berlepas, pemulangan tambang adalah sebanyak 75%. 
  • Sekiranya tiket dibatalkan di dalam tempoh kurang dari 72 jam sebelum waktu tren berlepas, pemulangan tambang adalah sebanyak 50%. 
  • Sekiranya tiket dibatalkan selepas dari waktu tren berlepas, tiada sebarang pemulangan tambang diberikan. 
  • Caj pentadbiran tidak dikembalikan - sekiranya tiket dibeli melalui laman sesawang rasmi KTMB.
  • Jumlah pemulangan tambang akan dikreditkan ke dalam akaun asal pengguna di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembatalan - sekiranya tiket dibeli menggunakan kad kredit.
  • Pembatalan tiket boleh dilakukan di mana-mana stesen KTM Intercity/ETS.

Ok. Dah jelas mengenai prosedur pembatalan dan pemulangan tambang tiket ETS tu tak? Nak selamat dan tidak mahu kerugian, saya syorkan anda untuk tukar tarikh tiket berlepas anda sahaja daripada anda minta pemulangan tambang.

Jika mahu tukar tarikh tiket ETS, anda perlu lakukan sekurang-kurangnya tidak kurang dari 24 jam dengan waktu tren berlepas. Ia untuk memudahkan urusan. Tapi, boleh cuba tukar tiket dalam hari yang sama, dengan syarat masih ada tiket atau tempat duduk yang masih kosong pada waktu berlepas yang lain.

Oh ya, untuk info, saya difahamkan tempahan tiket ETS secara online hanya boleh dilakukan untuk jarak tempoh 3 bulan sahaja, tidak lebih daripada itu. Dan selalunya kalau sudah terbeli tiket dan mahu cari waktu yang lain memang susah sedikit untuk masa terdekat sebab tren ETS selalunya penuh.

Penukaran tarikh berlepas untuk tiket ETS yang telah dibeli hanya boleh dibuat di kaunter stesen KTM Intercity dan ETS sahaja. Ia tidak boleh dilakukan menerusi online.

Semoga bermanfaat.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement