Ianya diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri. Tempahan untuk penginapan ini boleh dilakukan secara online di portal SBBPH. Saya ada sediakan tutorial ringkas untuk melakukan tempahan ini menerusi blog post ini - Cara Tempah Rumah Peranginan Persekutuan
Kategori Rumah Penginapan Persekutuan
Terdapat 3 kategori rumah penginapan yang disediakan:- Rumah Peranginan Persekutuan Premier
- Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif
- Rumah Transit
Saya nak kongsikan mengenai kadar sewa untuk penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan yang selalunya menjadi tumpuan saya dan isteri setiap kali mahu pergi bercuti di tempat-tempat menarik seperti di Langkawi, Penang, Port Dickson, Morib, Cameron Highlands, Bukit Fraser dan juga Tasik Kenyir.
Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Premier
Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif
- RPP Langkawi Federal Villa - Banglo Mengadap Laut
- Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Tasik Kenyir
- Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Buit Fraser
- Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Langkawi
- Berkayak di Tasik Kenyir
- Tempat Menarik di Bukit Fraser Pahang
Sedikit Tips
Cuma satu sahaja, jika anda sebagai kakitangan awam nak menginap, pastikan anda menginap dengan mengikut peraturan yang diberikan. Jangan sesekali rosakkan alatan yang ada, dan jaga kebersihan setiap penginapan ini. Ini adalah kerana anda mungkin kena blacklisted, dan akan sukar untuk mendapatkan tempahan di Rumah Peranginan Persekutuan ini.Untuk lebih tips bagaimana nak dapat tempahan menginap di RPP ... boleh baca post terkini saya di sini - 11 Tips Untuk Dapat Booking Rumah Peranginan Persekutuan