Jika ke Cameron Highlands, anda akan perasan akan lokasi Taman Rama-Rama Cameron Highlands (Butterfly Farm Cameron Highlands) ini. Ada dua Taman Rama-Rama di Cameron Highlands yang sering menjadi tumpuan pelancong. Dan dua-duanya terletak berdekatan antara satu sama lain, iaitu di Kea Farm. Ia terletak kira-kira 3 km dari Brinchang, dan 5 km dari Tanah Rata.
Taman Rama-Rama Cameron Highlands
Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini berbayar ye. Kali terakhir saya dan famili pergi ke sini, kena bayar RM5 untuk dewasa, dan RM3 untuk kanak-kanak. Dua-dua tempat mengenakan harga tiket masuk yang sama. Cuma saya dan anak-anak lebih suka masuk Butterfly Farms yang pertama (jika dari arah Kea Farm). Ada restoran di Butterfly Farms ni, dan ada ruang letak kereta disediakan di sebelah pintu masuk.

Rama-Rama 'Jinak'
Anak-anak saya seronok masuk ke Butterfly Farm Cameron Highlands ini sebab rama-rama yang ada boleh dikatakan 'jinak'. Seronok bermain, siap main tangkap-tangkap dengan tangan lagi. Bagus untuk anak-anak melihat sendiri akan kehidupan dan habitat rama-rama ni.



Tempat Terbaik Untuk Photographer
Butterfly Farm Cameron Highlands juga tempat paling sesuai untuk mereka yang gemar ambil gambar flora dan serangga kecil seperti rama-rama. Ada banyak spesies rare yang hanya terdapat di Malaysia, antaranya Rajah Brooke yang bersaiz besar.


Tips Berada Taman Rama-Rama Cameron Highlands
- Datang pada waktu pagi hari, sewaktu matahari baru nak naik - sebaiknya sebelum tengahari. Rama-rama akan aktif waktu ni mencari makanan.
- Elakkan datang selepas hujan, sebab rama-rama akan duduk diam di tempatnya. Selalunya di tempat tinggi, susah nak ambil gambar.
- Pakai bau-bau yang wangi, in Sha Allah, akan menarik minat rama-rama untuk 'kerumun' anda.
- Basuh tangan jika pegang atau terpegang rama-rama kerana 'debu'nya dikatakan beracun.
Ok. Dah pernah pergi? Kongsikan rasa dan pengalaman anda di ruangan komen ye, dan jangan lupa baca entri seterusnya - Apa Yang Menarik di Dalam Cameron Highlands Butterfly Farm