10 Langkah Pencegahan Demam Kepialu. Penyakit lama kini kembali, awas ye anda semua, Demam Kepialu (Typhoid) sudah kembali merebak di Malaysia, setelah lenyap lebih daripada sedekad yang lalu. Seperti dilaporkan di dalam akhbar tempatan, kali terakhir Demam Kepialu melanda negara adalah pada 2006. Apakah yang menyebabkan Demam Kepialu ini kembali, dan apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu kita semua tahu untuk elak wabak Demam Kepialu?

Adalah dipercayai, wabak Demam Kepialu kembali disebabkan oleh kemasukan warga asing secara haram tanpa melalui saringan kesihatan. Demam Kepialu sangat mudah merebak menerusi makanan dan minuman. Dan kalau kita lihat, banyak restoran dan kedai makan yang menggaji pekerja asing yang mungkin menjadi antara pembawa dan penyebab penyakit ini.

10 Langkah Pencegahan Demam Kepialu (Typhoid Fever)

10 Langkah Pencegahan Demam Kepialu (Typhoid)

Ok. Biar saya kongsikan sedikit panduan dan pengetahuan am berkaitan langkah pencegahan Demam Kepialu ini agar semua alert akan bahayanya.

  1. Segera ke hospital atau klinik jika alami cirit-birit, demam atau sakit perut yang teruk.
  2. Minum banyak air yang dimasak dengan sempurna.
  3. Makan makanan yang baru dimasak.
  4. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas ke tandas.
  5. Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.
  6. Tutup semua makanan dan minuman untuk elak dihinggapi lalat.
  7. Guna sudu, garfu, senduk dan penyepit yang bersih.
  8. Bersihkan kawasan rumah untuk elak lalat membiak.
  9. Gunakan tandas yang sempurna.
  10. Pilih gerai dan kedai makan yang bersih, ini termasuklah pengendali makanan di gerai dan kedai makan tersebut.

Pekerja Kedai Makan, Restoran Mahupun Kilang Makanan Wajib Ambil Suntikan Typhoid

Untuk makluman, pekerja di kedai makan adalah tertakluk dengan peraturan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan suntikan tertentu. Suntikan yang saya maksudkan itu ialah suntikan Typhoid. Semua orang yang bekerja di sektor berkaitan makanan perlu mengambil suntikan ini, dan menjadi satu kesalahan sekiranya suntikan tidak diambil dan pada masa sama ada kes keracunan makanan dan juga penyakit seperti Demam Kepialu.


Demam Kepialu wujud disebabkan oleh sejenis kuman dinamakan Salmonella Typhi yang boleh hidup dalam apa jua keadaan persekitaran. Ia menyerang manusia menerusi sebaran makanan dan minuman yang telah tercemar dengan najis atau air kencing pesakit mahupun pembawa penyakit ini.

Tanda Terkena Demam Kepialu

Antara tanda-tanda terkena Demam Kepialu adalah:

  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Demam panas
  • Hilang selera makan/minum
  • Tidak sedarkan diri

Demam Yang Boleh Bawa Maut!

Demam Kepialu boleh membawa maut sekiranya langkah awal dalam rawatan tidak dilakukan. Ia akan menjadi kronik seandainya kuman yang berada di dalam badan terlalu banyak sehingga menghasilkan terlalu banyak toksin dalam badan. Kuman ini boleh menyerap dan masuk ke dalam darah manusia yang akan menyebabkan berlakunya sepsis dan akhirnya tekanan darah terlalu rendah dan kematian berlaku.

Pendarahan dalam usus juga boleh berlaku kerana Demam Kepialu, dan ia juga merupakan antara punca kematian. Ia juga boleh merebak ke bahagian paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement