Digi WWWOW Awards. Anugerah ini kembali lagi untuk tahun keempatnya bagi tahun 2015. Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2011, ia menjadi antara medan untuk memperkenalkan dan mempromosikan mereka yang memberikan impak dalam dunia online di Malaysia.

Pada tahun 2011, hashtag #DGWWWOW telah ditag jutaan kali dan memberikan kesan dalam carian Google sehingga menjana lebih 2.77 juta keputusan carian. Malah, laman web wwwow.my merekodkan lebih 500K pengunjung untuk satu tempoh yang singkat.

Digi WWWOW Awards 2015

Digi WWWOW Awards 2015
Digi WWWOW Awards bukan anugerah biasa. Ia merupakan anugerah yang berprestij yang telah berjaya memberikan impak positif buat ramai penggiat media online, terutama sekali rakan-rakan blogger dan media sosial saya. Ia satu anugerah untuk mereka yang dapat memberikan inspirasi kepada orang lain, dan menjadikan dunia online sesuatu yang lebih baik, lebih hebat dan lebih bermanfaat untuk semua.

Kategori Digi WWWOW Awards 2015

Untuk tahun 2015, terdapat 8 kategori dibuka untuk pencalonan Digi WWWOW Awards
  1. Videos & Photography
  2. Social Influencers
  3. Independent Publishers
  4. Web commerce
  5. Mobile app commerce
  6. Social media commerce
  7. Social impact
  8. Social gathering
Dan antara lapan kategori terbaik yang dipertandingkan untuk anugerah ini buat tahun 2015, saya tertarik nak berkongsi sedikit mengenai Web Commerce, sesuatu yang sering saya tulis di blog ini dalam kategori Buat Duit Online - perniagaan (bisnes) secara online.
Web Commerce Digi WWWOW Awards 2015
Web Commerce ialah berkaitan perniagaan yang dijalankan di atas talian, atau perniagaan online. Untuk mereka yang baru nak tahu mengenainya, saya lebih suka menerangkan ia sebagai berniaga menggunakan internet. Banyak benda boleh diniagakan menerusi internet, dari sekecil barangan seperti pin baju sehinggalah ke sebesar produk seperti kapal layar. Malah, anda boleh berniaga servis perkhidmatan dengan menggunakan internet menerusi laman sosial seperti Instagram, Facebook mahupun blog.

Tips Berjaya Dalam Perniagaan Online (Web Commerce)

Tips Web Commerce
Saya telah berikan banyak tips berkaitan Web Commerce atau perniagaan online ini. Walaupun saya bukanlah pakar untuk berkata mengenainya, namun impak perkongsiaan saya tanpa jemu telah membolehkan saya menjadi salah seorang penceramah jemputan untuk satu karnival keusahawan yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UKM satu ketika dahulu (2014).

Untuk berjaya di dalam web commerce, perkara-perkara berikut mesti dititik-beratkan:
  1. Produk atau servis yang dijual atau yang disediakan.
  2. Kualiti produk dan servis.
  3. Harga produk.
  4. Gambar produk dan servis yang disediakan.
  5. Testimonial atau ulasan serta review berkaitan produk dan servis.
  6. Platform berniaga samada laman sosial, laman web atau blog
  7. Cara membuat bayaran.
  8. Bonus khas.
Anda mesti mempunyai produk atau servis untuk dijadikan sumber dalam perniagaan online anda. Produk dan servis tersebut mestilah yang berkualiti, dan boleh memberikan 1001 kelebihan kepada mereka yang mendapatkannya secara online.

Dari segi harga, mereka mestilah menawarkan harga yang jauh lebih baik dan berpatutan dari dijual di kedai-kedai biasa. Malah, sepatutnya ia dijual dengan harga yang jauh lebih murah.

Aspek paling penting untuk berjaya dalam web commerce ialah kehebatan visual atau gambar. Gambar yang cantik, menarik, nampak original serta meyakinkan adalah kunci untuk membuat keuntungan dalam perniagaan online. Bukan sahaja gambar berkaitan produk, atau servis yang disediakan tetapi juga gambar testimoni, gambar iklan, gambar cara gunakan produk, gambar cara membuat bayaran dan sebagainya.

Apabila berniaga secara online, perlu difikirkan ialah cara membuat dan menerima bayaran. Adalah penting memastikan pelanggan selesa untuk membuat bayaran terutama sekali dari segi keselamatan transaksi yang dibuat di dalam internet.

Dan akhir sekali, untuk memperlihatkan lebih kejayaan kepada bisnes online ialah sentiasalah bersedia untuk memberikan bonus yang terbaik kepada pelanggan. Saya sendiri melihat bagaimana laman web seperti Zalora, Lazada, Nile, malah blogshop tempatan seperi jenama tudung Radiusite berjaya hanya kerana mereka menyediakan bonus khas untuk pelanggan setia mereka.

Inspirasi Kejayaan Menerusi Digi WWWOW Awards

Digi WWWOW Awards 2015
Nak berjaya di dalam perniagaan online atau web commerce? Maka, anda perlu mendapat inspirasi daripada mereka yang telah berjaya di dalam bidang ini.

Untuk itu, Digi WWWOW Awards adalah platform yang sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai rujukan.

Pencalonan Digi WWWOW Awards 2015

Anda tahu siapa di kalangan penggiat media online atau yang menjalankan bisnes di internet yang boleh berikan inspirasi kejayaan? Jika ada, maka calonkan mereka dalam Digi WWWOW Awards. Bukakan peluang untuk mereka berkongsi kisah kejayaan dalam web commerce #DGWWWOW Awards 2015. Tonton "Digi #WWWOW2015 Awards. Are you the next Internet hero?", ia mungkin boleh berikan anda satu inspirasi ...

Watch "Digi #WWWOW2015 Awards. Are you the next Internet hero?"


Atau mungkin anda sendiri merasakan ada sesuatu yang bermanfaat mahu orang lain tahu berkaitan dunia internet ini, maka jangan segan untuk calonkan diri sendiri dalam salah satu daripada lapan kategori anugerah Digi WWWOW Awards 2015.

Ingat tarikh penting di bawah ini, dan buatlah sesuatu supaya anugerah ini dapat memberikan dan dijadikan jambatan inspirasi dari semua untuk semua.
Digi WWWOW Awards 2015

Untuk info lanjut dari segi cara pencalonan, boleh terus ke http://www.wwwow.my

#DGWWWOW now!

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement