Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan cerita ini kepada semua, tetapi idea nak bercerita itu seperti tersekat. Mungkin kali ini, saya dapat menyampaikan dengan baik. Saya nak kongsikan mengenai pengalaman menarik menginap di Golden Sands Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang; terutama sekali untuk keluarga yang mempunyai anak-anak untuk berseronok di Cool Zone Kids Club yang disediakan eksklusif untuk tetamu cilik Golden Sands Resort.

Inilah hotel pertama yang pernah saya menginap yang memberikan kelebihan istimewa untuk ibu bapa meninggalkan anak-anak seharian, tanpa risau, tanpa gusar ... apatah lagi anak-anak akan ditinggalkan bukan sekadar untuk berseronok tetapi belajar mengenai sesuatu yang menarik.

Anak-Anak Berseronok di Cool Zone Kids Club, Golden Sands Resort, Penang

Cool Zone Kids Club Golden Sands Resort

Banyak Aktiviti Menyeronokkan Untuk Anak-Anak

Ada banyak aktiviti untuk anak-anak disediakan di Cool Zone Kids Club ini. Anak-anak boleh ditinggalkan di sini mulai jam 9:30 pagi hingga 9:00 malam. Dan jangan risau, anak-anak akan disediakan makanan sepanjang berada di Cool Zone Kids Club ini.

Menariknya ialah setiap hari akan ada aktiviti yang berbeza-beza untuk anak-anak. Jadi, jikalau anda menginap selama 3 hari 2 malam, anak-anak boleh check-in di sini untuk dua hari dengan melakukan aktiviti yang berlainan.
Cool Zone Kids Club Golden Sands Resort
Cool Zone Kids Club Golden Sands Resort
Antara aktiviti yang best - menurut anak-anak saya ialah aktiviti menyediakan kek cawan, origami dan juga aktiviti luar iaitu membuat dan bermain layang-layang. Aktiviti lain yang disediakan untuk anak-anak termasuklah melukis batik, membuat tanglung, bermain karom, bermain board game, dan banyak lagilah; semunya menyeronokkan .. huhuhu .. ayah macam saya pun nampak tertarik .. hahaha.

Mana Gambar Anak-Anak di Cool Zone?

Anda mungkin tak nampak saya kongsikan gambar anak-anak saya melakukan aktiviti ini, kerana seperti saya katakan aktiviti di Cool Zone Kids Club Golden Sands Resort ini adalah eksklusif .. dan hanya untuk anak-anak antara umur 5-12 tahun. Hoho .. 'No Parents Allowed' .... jadi, memang anak-anak akan lepas bebas bersama staff Golden Sands Resort yang friendly dan profesional..
Cool Zone Kids Club Golden Sands Resort
Ketika anak-anak saya dok bergembira dan berseronok di Cool Zone Kids Club, saya dan wife pula buatlah aktiviti bersama .... hooho dengan romantiknya. Anak berseronok, dan saya dengan isteri pula bersantai-santai berdua-duaan.

Jadi, kalau anda ke Penang, lebih-lebih lagi berada di sekitar Batu Feringgi ... bolehlah mencuba untuk menginap di Golden Sands Resort. Ia merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang menitik-beratkan percutian menyeronokkan seisi keluarga. Anda bersantai dan anak-anak pula bergembira tanpa perlu rasa risau dan gusar, segalanya diuruskan oleh pihak pengurusan terbaik Golden Sands Resort.

[Baca] Weekend Getaway di Golden Sands Resort

Untuk pengetahuan semua, hotel Golden Sands Resort merupakan sebuah hotel family-oriented yang telah memenangi pelbagai anugerah. Ia menyediakan segala kemudahan terbaik untuk sebuah percutian keluarga. Anda boleh semak mengapa hotel ini adalah family-friendly di sini - Family Friendly - Family Oriented Resort

Untuk lebih info berkaitan Cool Zone Kids Club di Golden Sands Resort ini, bolehlah hubungi:

Telefon: (60 4) 886 1911 (9.30 am - 9 pm)
Email: gsh@shangri-la.com
http://www.shangri-la.com/penang/goldensandsresort


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Cuti sekolah ni memang kena juga la bawa anak berjalan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah tak bawak anak2 berjalan ... :) kami bawa sebelum cuti sbb tak ramai orang dan boleh dapat murah.

      Delete
  2. syok jugak bila pi hotel yg sediakan aktiviti...xde lah bosan sangat kan.. kena bayar jugak ke untuk aktiviti anak2 tu bro hh>?

    ReplyDelete
  3. Perghh..seronok gak cuti-cuti santai macam nie...

    Yerlah nak cuti-cuti santai ker aussie tgk kanggaroo skrg tak mampu aa...kalo ada dapat duit derma bleh gak sampai kan...

    sampai batu feringghi pon masyuk gak nie...bleh roger tn hh utk xtvt suaikenal...kalo sudi nak jumpa laa... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu kata bukan nak derma kat saya berbilioon rupiah ke? hahahahaa

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement