Dalam seumur hidup saya, rasanya dah lebih daripada 10 kali saya ke Muzium Negara. Ia merupakan antara tempat menarik di Malaysia yang harus dilawati. Kalau anda belum pernah pergi ke Muzium Negara, cubalah cari satu masa yang sesuai untuk pergi dan bawa bersama keluarga dan anak-anak ke Muzium Negara. Dan bagi kebanyakkan orang, Muzium Negara sesuai dilawati ketika cuti sekolah.

Muzium Negara ada banyak khazanah, cerita, bahan, rujukan dan artifak mengenai sejarah, budaya dan pengetahuan mengenai pelbagai perkara. Mungkin ada sudut yang agak membosankan, tetapi untuk anak-anak yang mudah teruja .. mereka boleh belajar dan tahu banyak perkara dengan hanya melawat Muzium Negara.
Lawat Muzium Negara Semasa Cuti Sekolah

Lawat Muzium Negara Semasa Cuti Sekolah

Jangan fikirkan apa yang anda suka, tetapi fikirkan apa yang anak-anak anda akan dapat dengan melawati Muzium Negara. Ada sesetengah ibubapa tak mahu bawa anak-anak ke muzium kerana mereka hanya fikirkan - "Apa bestnya Muzium" untuk diri, dan bukan untuk anak-anak.

Saya sendiri bawa anak-anak melawat muzium yang ada di Malaysia. Saya pernah bawa anak-anak ke Muzium Lukut, Muzium Samudera, Muzium Perang, Muzium Batik, Muzium Jeruk, Muzium Terengganu, Muzium Istana Jahar, Muzium Keretapi, Muzium Penang .. dan banyak lagi setiap kali saya ke satu-satu tempat.

Anak Ketahui Banyak Perkara Tidak Terdapat Dalam Buku Teks

Hampir semua cerita mengenai tempat menarik muzium ini saya kongsikan dalam blog ini, anda boleh baca dan lihat reaksi anak-anak saya yang teruja dengan bahan pameran, artifak dan segala pengetahuan yang tidak terdapat dalam buku teks sekolah.

Saya kongsikan beberapa gambar terkini semasa bawa anak-anak ke Muzium Negara ... mungkin anda boleh dapat cebisan pengetahuan daripada gambar-gambar ini .. nak lebih, kenalah pergi lawat Muzium Negara ye ... huhu

Gambar Model Keretapi Penumpang Pertama Malaya

Koc Keretapi Pertama Malaya - Port Weld ke TaipingKoc Penumpang Keretapi Pertama di Malaya
Anak-anak saya cukup teruja melihat model kapal-kapal zaman Kesultanan Melayu Melaka, terutama Kapal Lanchang Kuning yang mempunyai fungsinya tersendiri dalam pemerintahan. Hoho .. sebelum ini, saya sendiri tak pernah tahu mengenai rupa bentuk kapal Lanchang Kuning yang menjadi tajuk lagu popular dilagukan oleh Jamal Abdillah.

Gambar Kapal Perang Belanda, Lanchang Kuning

Model Kapal Lanchang Kuning
Kapal Perang Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Kapal Perang Belanda yang Menawan Melaka
Anak-anak juga dapat belajar mengenai kebudayaan bangsa lain yang sekarang sudah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia, dapat tahu mengenai bagaimana Islam mula menapak di Malaya ... dan dapat tahu bagaimana arwah moyang mereka ada tembikar yang tulis tulisan jawi .. hoho ...
Manuskrip Champa
Lawat Muzium Negara Semasa Cuti Sekolah
Pengaruh Islam Dalam Seramik
Pengaruh Islam dan Budaya Cina dalam Seramik
Pengaruh Islam dalam Seramik
Lawat Muzium Negara Semasa Cuti Sekolah

Jenuh ronda semua bangunan yang ada dalam Muzium Negara. Semasa kami melawat, ada 3 bangunan utama kami masuk dan setiap satunya ada keunikkan tersendiri .. paling anak-anak saya suka ialah muzium berkaitan reptilia di Malaysia - ada haiwan hidup dipamerkan ... dan ada ruangan untuk anak-anak berkreativiti ....

Saya dan anak-anak ambik masa lebih daripada 2 jam berada di Muzium Negara .. bila penat dan letih, ada ruang rehat dan cafe untuk melepaskan lelah. Sambil anak-anak berehat, saya lak cuci mata tengok ramai pelancong luar datang ke Muzium Negara ... hmmm ...




1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement