Baru-baru ini, saya telah berkesempatan mengikut reunion bekas pelajar sekolah rendah lama isteri saya iaitu Sekolah Seri Utama, Sungai Besar. Ini merupakan perjumpaan besar kali ketiga kalau tidak silap saya. Kali ini, reunion SK Seri Utama (SSU) Sungai Besar diadakan di Mengkawan Chalet berdekatan dengan Hotsprings Sungai Kelah, Sungkai, Perak.

Reunion Sekolah Seri Utama (SSU) di Mengkawan Chalet, Sungai Kelah, Sungkai

Isteri saya merupakan bekas pelajar SSU dari tahun 83-88 semasa keluarga mertua saya menetap di Sungai Besar, Selangor. Disebabkan sekolah rendah agak dekat dengan kawasan perumahan, maka kebanyakkan bekas-bekas pelajar agak akrab.

Kemudian, isteri dan keluarganya pindah ke Parit, Perak ... namun keakraban mereka sebagai pernah bersekolah di sekolah yang sama tak pernah hilang. Malah, walaupun sudah beranak-pinak dan ada kehidupan masing-masing, mereka tetap berkawan dan sering bertemu apabila ada peluang.

Dan saya, memang tiada masalah dengan aktiviti sosial isteri saya ... malah, saya sedia support mana dirasakan perlu, dan cuba blend-in dengan rakan-rakan sekolah rendah isteri saya .. 

Hoho.. bukankah saya seorang house husband yang sporting ... ? :)
In Sha Allah, siapa yang berkawan dengan isteri saya, saya juga akan jadi kawan mereka. Tak ada masalah walaupun kadangkala rasa janggal juga berada di dalam kelompok di mana ada kisah dikongsi bersama, sedangkan saya terpinga-pinga dan blur .. haha.

Seronok dapat kenal keluarga-keluarga dari kenalan lama sekolah isteri saya ni, dan banyak juga cerita, pengalaman dan pengetahuan menarik saya peroleh. Kata orang, banyak berkawan, jauh berjalan .. akan dapat banyak pengalaman serta pengetahuan.

Sebab Pilih Mengkawan Chalet Sebagai Lokasi Reunion

Lokasi reunion SSU kali ini memilih Chalet Mengkawan kerana ia merupakan antara pilihan ekonomi bagi semua. Tak jauh dari Kuala Lumpur, dan tidaklah susah untuk ke sini. Saya dan keluarga dari Penang pun merasakan perjalanan ke Chalet Mengkawan ini adalah ok, walaupun memakan masa selama lebih 3 jam untuk tiba .. hoho.

Chalet agak bersih, cuma beberapa kemudahan asas di luar chalet sahaja agak kurang baik dan tidak terurus. Ada tandas awam yang besar tetapi air paip kejap ada, kejap tak ada. Surau juga disediakan, tetapi nampak seperti telah lama terbiar. Ruang untuk ambik wudhuk pun tak terurus, malah paip air yang ada hanyalah sekadar hiasan semata-mata .. hoho.

Nasib baik kedudukan Chalet Mengkawan ini berdekatan dengan sungai, jadi dapatlah berendam lama-lama dalam air sungai yang sejuk. Sungai ini pula terletak di hujung chalet, dan mudah untuk diakses.

Suasana agak nyaman dan sunyi ketika malam; al maklumlah agak jauh dari penempatan orang setempat. Jika nak ke kolam air panas, Hotspring Sungai Kelah, jaraknya dari chalet ini hanyalah dalam 3km sahaja.

Chalet Mengkawan menyediakan beberapa buah chalet dengan harga berbeza mengikut kehendak dan keperluan pelanggan. Ada chalet yang seperti sebuah rumah lengkap dengan dapur, ada pula chalet dengan harga lebih murah disediakan.

Saya difahamkan chalet ini sering menjadi tempat penginapan dan bermalam untuk geng motor, dan juga kelab-kelab rekreasi tertentu memandangkan di sini disediakan penginapan jenis dorm dan ada dewan yang boleh digunakan untuk aktiviti.

Kalau anda tersesat ke Sungkai, nak melayan air panas dari pagi sampai petang di Hotspring Sungai Kelah serta merasai kedinginan air sungai yang ada, bolehlah pilih Chalet Mengkawan ni ... in Sha Allah selesa untuk seisi keluarga.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement