Baru-baru ini, saya berpeluang untuk menginap selama 2 hari 1 malam di RockBund Fishing Chalet. Setelah membaca beberapa review ringkas oleh rakan blogger lain termasuklah dari ProjekTravel, saya ambil keputusan untuk mencuba penginapan yang banyak diberikan review pada skala sederhana di beberapa laman web seperti TripAdvisor, Agoda.com, dan Booking.com ini.
RockBund Fishing Chalet Destinasi Sesuai Untuk Kaki Pancing
Harga Penginapan
Harga penginapan yang saya dapat untuk penginapan 2 hari 1 malam ialah RM330 termasuk GST. Harga ini saya peroleh menerusi tempahan di Agoda.com; setelah membuat perbandingan menerusi TripAdvisor dan juga Booking.com; termasuklah menggunakan aplikasi Trivago.com. Hotel ini diberikan penarafan 2 bintang, dan ada yang memberikannya penarafan 3 bintang.Harga terendah yang boleh anda dapat ialah RM283 untuk sehari semalam menerusi Agoda untuk hari-hari tertentu. Harga ini mungkin tidak termasuk caj lain dan GST. Dan harga penginapan yang paling mahal ada ditawarkan ialah RM400 untuk penginapan 2 hari satu malam (semalaman).
Berbaloikah Menginap di Rockbund Fishing Chalet?
Adakah harga penginapan yang saya bayar berbaloi dengan masa menginap selama 2 hari satu malam di RockBund Fishing Chalet ini? Saya harap anda akan dapat jawapan ini dengan membaca secara keseluruhan kisah saya ...Untuk kaki pancing seperti saya (walaupun bukan tegar), Rockbund adalah satu tempat yang sangat baik. Ia merupakan lokasi memancing yang boleh dianggap ideal kerana ia mengunjur ke laut, dan merupakan satu kawasan yang berada di bahagian kepala teluk - dimana ikan-ikan kategori game fish atau bernilai tinggi sering memasuki bahagian teluk.
Saya datang sekeluarga dari Parit Buntar, menggunakan laluan Taiping - Pantai Remis. Jarak masa perjalanan adalah selama 2 jam setengah termasuk berhenti dan keadaan jalan basah akibat hujan.
Dapatkan Harga Terbaik Penginapan di Rockbund Fishing Chalet - Agoda
Kami tiba betul-betul jam 3:00 petang, dan staff di receptionist terus mengecam saya sebagai Hasrul sebaik sahaja memasuki ruang kabin pendaftaran. Tidak sukar mencari lokasi Rockbund Fishing Chalet ini kerana ia berdekatan dengan jeti feri ke Pulau Pangkor di Marina Island, Lumut. Anda hanya perlu ikuti papan tanda arah kecil yang menunju ke chalet ini bermula dari Pintu Gerbang Marina Island.
Keadaan Dalam Kabin serta Bilik
Saya dan keluarga menginap di bilik 821, iaitu kabin kedua dari pintu masuk Rockbund Fishing Chalet ini. Chalet berbentuk kabin ini boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa, dengan variasi 1 katil Queen, dan 2 katil single atau 4 katil single.Kemudahan yang ada di dalam chalet untuk RM300 sehari semalam tidak banyak, malah anda tidak dapat menikmati siaran TV satelit walaupun ada piring satelit tersergam megah di atas bumbung kabin. Tiada peti sejuk disediakan, malah anda hanya diberikan satu cerek elektrik dan cawan polesterin untuk kemudahan 'mini bar' yang diletakkan dalam deskripsi tempahan hotel.
Kekurangan Kemudahan Dalam BilikTandas pula agak bersih dan luas. Ada kemudahan mandian (shower) air panas dan sinki di dalam bilik air. Untuk keperluan seperti sabun mandi atau shampoo yang selalunya tersedia percuma di hotel bertaraf 2 bintang, ianya hanya tersedia dalam bentuk 'press to use' atau refill.
- Tiada TV (Perlu sewa)
- Tiada gelas/cawan proper disediakan.
- Tiada sudu
- Tiada peti sejuk mini
- Mini bar kurang sempurna
- Tiada telefon
- Wifi lemah
- Tuala kecil tidak disediakan
Bilik lengkap dengan penghawa dingin yang berkeadaan cukup baik, dengan tuala mandi disediakan di setiap bilik. Setiap bilik ada tingkap yang mengundang satu pemandangan yang indah kawasan teluk yang kadangkala disapa bayu angin yang mendamaikan.
Keadaan katil, bantal, tilam, tuala, selimut sangat memuaskan dan bersih.
Berkelah Depan Kabin Chalet
Selesai sahaja saya, isteri dan anak-anak melepaskan lelah penat dalam kenderaan; kami ambil peluang untuk berkelah makan tengahari di depan chalet. Walaupun agak runsing dengan teriakan burung gagak yang berada di atas kepala kami, ia satu pengalaman yang menarik untuk anak-anak dapat berkelah di bawah pokok, di tepian 'pantai' dan di depan kabin tempat menginap di Rockbund Fishing Chalet.Bawa Bekal Dari Rumah
Isteri saya sempat memasak dan menyediakan makanan sebelum kami bertolak. Ia memang menjadi satu rutin kalau mahu ke mana-mana destinasi percutian singkat - weekend getaway kami sekeluarga. Mana boleh lawan masakan isteri saya ... memang terbaik !! ... Pasti tak boleh tandingi dengan mana-mana menu yang ada di restoran, walaupun menu tersebut hanya ikan atau ayam goreng.Dan ketika isteri sedang sibuk menyiapkan makanan untuk perkelahan makan tengahari, saya pula gigih menyediakan pancing untuk menduga apa yang ada di perairan Rockbund Fishing Chalet ini. Saya hanya perlu berjalan beberapa tapak sahaja untuk ke pelantar memancing yang disediakan. Saya sempat memasang satu joran pancing sahaja ketika ini.
Apa Menarik di Luar Kabin Chalet?
Pelantar memancing ini disediakan dan dikongsi untuk dua buah kabin. Sebanyak 4 tempat meletak rod/batang pancing disediakan di atas pelantar. Keluasan pelantar ini, pada fikiran saya boleh memuatkan sehingga 6 orang pemancing dewasa dalam satu-satu masa.Kemudahan Di Luar KabinSelesai sahaja menjamu selera makanan tengahari, saya dan anak-anak pun pergilah memeriksa joran yang telah tersiap sedia dengan umpan udang hidup yang saya beli sebelum ke tempat penginapan kami. Uhh alangkah terkejutnya saya, dalam masa kurang setengah jam berada di chalet berkenaan, saya sudah pun berjaya menaikkan seekor ikan Kerapu Singa seberat setengah kilogram.
- Tong sampah besar
- Meja dan kerusi santai
- Lampu koridor
- Pelantar memancing yang selesa
- Lampu pelantar memancing
Anak saya juga mendapat beberapa tangkapan lain yang agak bagus, antaranya ikan Kerapu Botol, selain saya berjaya menaikkan ikan Tetanda. Ada ikan lain yang turut dinaikkan iaitu ikan Blow Fish dan juga Tetuka. Dan pada satu masa, saya hampir berjaya menaikkan seekor sotong yang bersaiz besar. Sotong yang sudah tersangkut di mata kail terlepas dengan sekali semburan dakwat hitam yang hampir mengenai diri saya.
Tangkapan hasil memancing di Rockbund pada saya agak memuaskan walaupun kami tersasar waktu sebenar yang baik untuk memancing di teluk seperti di perairan Rockbund Fishing Chalet ini. Mungkin saya dan anak-anak akan kembali menduga potensi sebenar kawasan ini khusus untuk kaki pancing.
Sarapan
- Nasi Goreng
- Sosej
- Telur Goreng
- Roti Bakar
- 1 jenis buah
- Minuman sejuk serta panas
Kelebihan
- Rockbund jauh dari kesibukan bandar
- Suasana mendamaikan
- Bertentangan dengan Pulau Pangkor
- Eksklusif dan terpencil
- Boleh lihat matahari terbenam dari kabin
- Kawasan luas untuk riadah petang
- Ada tempat permainan kanak-kanak (indoor)
Dapatkan Harga Terbaik Penginapan di Rockbund Fishing Chalet - Agoda
Ada apa-apa yang anda mahu tahu atau tanya mengenai penginapan weekend getaway saya dan keluarga kali ini - bolehlah komen di bawah ini atau email saya menerusi ruangan contact.
Cantiklah pemandangannya HH...
BalasPadamYeap .. memang pemandangan cantik kat sini .. air laut pun nampak biru je ... leh nampak anak-anak ikan berenang lagi kat tempat memancing.
Padammempersona..saujana lautan biru..
BalasPadamBagus gak utk kaki blogger cari idea nie...ngadap dinding putih kat rumah kenkadang slow jek sel2 nak berhubung... :D
BalasPadamMinum susu la ... apa la
Padamsangat menarik...
BalasPadamsaya memang gila kalau ada tempat macam ni... orang rumah boleh berehat sambil memancing.... terima kasih kerana berkongsi...
Best tempat ni untuk kaki pancing .. serius ni
Padamboleh memasak x di sana?
BalasPadamDalam kabin tidak boleh, kecuali masak macam meggie bolehlah.
PadamBoleh masak BBq atau panggang ikan di luar, ada disediakan tempat khas.
Masak nasi boleh, jika bawa periuk nasi
Padamwow...HH minat mancing juga rupanya....
BalasPadamsaya minat juga cuma belum mencuba umpan hidup...biasanya umpan apa yang dipakai untuk naikkan kerapu Singa?
bulan 6 ni insyaallah nak mencuba memancing disini.
BalasPadamMemang seronok memancing di sini .. walaupun tak dapat ikan, boleh rasa keghairahan bila pancing diduga sesekali.
Padambestnyeh! ada kayak x?
BalasPadamTempat simpan kayak saya nampak .. tapi tak pasti boleh dilakukan aktiviti tu ... angin kuat kat sini .
Padammenarik.habis musim panas boleh try.
BalasPadamtahun lpas d chalet amir pn,tidak mengecewakan.siakap 2.7kg.
thx bro..
pemandangan yang cantik..
BalasPadamTerbai entry...coz tengah mencari harga sebenar kabin di rockbund ni..thanks HH
BalasPadamHi Encik,
BalasPadamNak find out, baits untuk memancing boleh dapat nearby?? and boleh masak the ikan if we catch it right??? Banyak nyamok x??
Please advise.
Ok. Untuk umpan, boleh cari dari 3 tempat berikut:
Padam- Kg Setiawan (boleh Google Map/Waze)
- Boleh telefon Ah Keong, kedai dia on the way ke Open Univerisiti (OUM) Maritim sebelah kanan, betul sebelah restoran nasi kandar
- Kg Baru, lokasi dekat dengan Chalet Amir ... boleh telefon Panjang 0165945117
Ikan boleh masak, nak senang .. bawa ikan ke restoran berhampiran (keluar dari rockbund ada banyak), boleh upah siang dan masak ikan ikut suka. Sila tanya harga nak masak dulu. Nak dapat murah, bagi sedekah sedikit ikan yang dipancing. Kalau nak BBQ kat chalet, leh sewa peralatan yang disediakan. Dia akan sediakan termasuk tempat bakar, arang dsb.
PadamNyamuk hanya kat pelantar, dalam kabin .. rasanya tak ada. Pastu time maghrib je banyak nyamuk ni .. memalam dah tak ada sebbb angin bayu agak kuat.
Salam tuan..tumpang tanya..tuan pergi tu bacaan air mcm mana?nampak lumayan jgk hasilnya..tuan tahu waktu sesuai untuk pergi menginap & mancing di sana tuan?ada terikh or bacaacn air yang tuan rasa terbaik?
BalasPadamTak .. saya main redah je. :) tapi boleh je ikut petua dgn tgk kalendar islam. Ada saya berikan tips sebelum ini untuk mancing ikan di sini, terutama tip memancing kerapu
PadamWith who I Have to contact for book the chalet..I'm looking for chalet at rockbund...Can I get the contact number??
BalasPadamU can book using Agoda, i have given u the link in the above post to directly go to Agoda booking site.
PadamSalam,saya nak pegi sbtu dan ahad ni .Nak tanye tuan dlm kabin pinggan mangkuk sume ada ke. ni no phone sy 0122569404 arie.Thanks tuan
BalasPadamBila masa yg sesuai utk memancing disana tu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.